Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Berbuka Puasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berbuka Puasa. Papar semua catatan

08 Julai 2014

Juadah istimewa berbuka puasa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Juadah istimewa berbuka puasa



Bersempena dengan bulan puasa dan juga bulan Ramadhan banyak juga orang mencari sesuatu yang berkaitan dengan puasa atau Ramadhan antara carian yang paling popular ialah lokasi PARAM atau Pasar Ramadhan.

Saya tidaklah nak bercerita mengenai PARAM kerana saya amat jarang ke PARAM untuk mendapatkan juadah berbuka puasa.  Tetapi suatu hari nanti mungkin ada artikel mengenai PARAM belum tentu juga sebab saya memang malas nak mengarang panjang.  Sekarang pun Rank Alexa dah jatuh banyak sebab saya tak banyak berceloteh di bulan Ramadhan.  Banyak entri copy paste.  Kalau ada ayat pun sekadar sepatah dua kata tidak lebih dari pengenalan dan minta pengunjung fikir sendiri kerana saya malas nak fikir :P

Catatan kali ini adalah untuk berkongsi pengalaman mengenai penyediaan juadah istimewa berbuka puasa.

  


Ha... gambar tertera di atas bukanlah koleksi juadah istimewa sempena Ramadhan tetapi selepas Ramadhan. :P

Nak tengok juadah istimewa berbuka puasa?

Meh ... layan gambar-gambar di bawah :-

Menu wajib setiap kali buka puasa; Kurma 

Hasil air tangan encik suami; sup bubur ayam.  Mengapa sup ada bubur ayam?  Sebabnya encik suami dah terlebih kreatif masukka tepung jagung dalam sup untuk memekatkan kuah sup.... layan  jer

 
Budak kecil yang sentiasa 'puasa' setiap hari.  Siap saja hidangan dia dulu yang jadi tukang rasa.  Roti Prata ... beli bukan buat kerana belum ada kepakaran dalam menghasilkan roti prata yang nipis :P


Bila ayam dah tinggal sikit, sayur pula masih banyak.  Buat saja ayam goreng kunyit dan sembunyikan dengan sayur campur.


Akhir sekali setiap juadah yang dihidangkan hendaklah ditutup dengan tudung saji supaya tidak dihinggapi lalat.  Paling penting untuk kesihatan.


Apa macam?  Boleh cuba menu juadah istimewa berbuka puasa saya?
Gambar-gambar di atas memang sengaja bagi kecil supaya tidaklah lambat sangat nak muncul.  Kan banyak gambar tu... berat weh.

Nanti bila lapang lagi saya letakkan pula gambar lain berkaitan menu dan juadah istimewa berbuka puasa.

Terima kasih kerana sudi melayan gambar juadah yang tidak seberapanya ini.







30 Julai 2013

Tempat Berbuka Puasa Paling Istimewa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Seperti biasalah bulan Ramadhan ni memang sinonim dengan Majlis Berbuka Puasa atau Iftar.  Lokasi Iftar berlambak-lambak dan merata-merata di hotel, restoren atau di gerai tepi jalan.

Temenung sweet sour boleh digantikan dengan kerapu atau siakap
Goreng kunyit pun sedap!!

Bermacam-macam iklan di sana-sini mewar-warkan kelebihan Iftar di tempat masing-masing dengan harga dan promosi yang paling istimewa.  Dan seolahnya sudah menjadi suatu hal yang wajib atau kemestian untuk berbuka puasa di tempat yang paling istimewa untuk meraikan ahli keluarga, saudara mara, rakan taulan atan rakan bisnes.

Bagi #yangbaik pula tempat berbuka puasa paling istimewa adalah dirumah.  Berbuka puasa bersama suami dan anak-anak yang masih kecil (yang tak puasa kata puasa! :P).  Melayan kerenah anak-anak semasa berbuka puasa mengingatkan kembali zaman semasa kecil dulu.  Tak kurang juga tempat yang paling istimewa untuk berbuka puasa adalah di rumah mak.  Berbuka puasa dengan masakan mak adalah pengalaman yang paling indah.  Hanya setelah kau pergi... kenangan itu akan tetap bersatu dalam ingatan ini.

Ayat di atas tu skema sangat. bukan tak nak berbuka di luar... zaman ekonomi tak berapa nak stabil ni elok lah berjimat cermat... kalau dah satu kepala dicaj sampai RM40.00 seorang dua tak per lagi... dibuatnya empat orang tambah dengan anak2 lagi... kopak duit belanja dapur untuk sebulan... baik mengalah makan kat rumah jer... sayur ulam pucuk paku pun sedap :D

Sambil itu layan jugaklah menu atau juadah berbuka puasa tahun lepas.  Tahun ni tak sempat nak snap gambar bagai... sibuk tak bertempat!  ngeeee


Kurma udang.  tahun ni baru sempat makan kurma daging.
Udang mahal sikit.


Nasi beriani abang belanja.
simbolik di sebalik abang belanja... cari sendiri
Baru beberapa hari lepas makan nasi karot.. kak hanim buat


kueh cara berlauk rusa.  memang sedap tapi anak-anak pula tak makan
buat makan sendiri sudah.

Layan jugak lah ...

29 Julai 2012

Menu berbuka: Pengat pisang nangka berganda abang belanja

As salam,


Menu lagi!  Sementara menunggu masuk waktu berbuka puasa hari ini, @yangbaik ambil kesempatan untuk mencatatkan satu lagi menu berbuka puasa.  Mengapa abang belanja?  Ha... sebabnya hari ni pengat pisang nangka ini disediakan oleh encik abang.  Menu nya memang dia yang buat.  @yangbaik hanya tolong potong buah nangka sahaja. Selebihnya encik abang yang sediakan mula dengan ambil daun pandan hinggalah masukkan santan dan gula.  Memang dari pagi tadi encik abang mengidam nak makan pengat pisang.  Asalnya nak cari pisang tanduk tapi tak jumpa yang jumpa cuma pisang nangka jer.

Pisang nangka pun boleh juga bercampur dengan nangka pula tu sebab jadi berganda nangkanye.... hehehe.  Jom lah kita tengok resepi pulak.... itupun kalau sudi ... kalau tidak tengok gambar jer lah.


Bahan:
1 mangkuk buah nangka dipotong kecil
3 biji pisang nangka dipotong melintang
1 kotak santan segera
1/2 tin susu cair
1 cawan gula (secukup rasa)
air secukupnya
secubit garam
2 helai daun pandan

Cara membuat:
1.  Campurkan pisang dan nangka di dalam satu periuk, masukkan santan dan sedikit air.  Kacau rata dan tunggu sehingga mendidih.
2.  Masukkan susu cair, gula, garam dan daun pandan (diikat), Kacau sehingga rata dan tunggu sehingga mendidih.
3.  Sedia untuk diangkat dan hidangkan.

Sekian,selamat mencuba.



"Suka duka pentas dunia"


(@-@)
.




22 Julai 2012

Menu Berbuka Puasa Hari ini

As salam,


Sup Kepala Ikan Siakap

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri
Bercakap Bohong Lama-lama Mencuri

Selingan jer tu.  Tentu kita dah biasa dengar pantun dua kerat seperti di atas.  Terutama zaman kanak-kanak dulu.  Tetapi sejauh mana anak-anak zaman sekarang memahaminya entahlah.  Manakan tidak, anak-anak @yangbaik sendiri pun tak pernah didendangkan dengan pantun tu.  Bila cakap mesti 'direct to the point' tiada kiasan atau pantun pantun bagai lagi.  Begitu juga dengan anak-anak muda zaman sekarang, bila bercakap tak boleh berkias nanti diadunya kepada pihak pengurusan katanya kita permainkan mereka.  Kan ke naya... Cakap biar terang!!

Eh, melalut pulak.  Sebenarnya kan... percaya atau tidak @yangbaik baru saja lepas masak sup kepala ikan siakap.  Sebelum dicedok masuk dalam pinggan cepat-cepat masuk dalam gambar dulu.  Kepala ikan tu 'seketul' jer.  Nanti kita tengok siapa yang nak berebut.  Sup macam ni sedap dimakan dengan sambal belacan.. buat cair sikit ala-ala kuah asam... ha....

Nak buat sup ni senang jer, tak sampai 30 minit, tetapi disebabkan nak buat kerja lain pulak.  Cepat2 masak.  Sesapa yang sempat salin resepi ni sat lagi jam 7.00 malam pun sempat lagi nak masak janji bahannnya cukup kat dapur.

Bahan:
1  ketul kepala ikan
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 bili cili merah untuk hiasan
sedikit jintan manis, kulit kayu manis, bunga cengkih
sekeping asam keping
garam
1 gelas air

Cara membuat:
1.  Bersihkan kepala ikan.
2.  Bawang merah, putih, cili merah dan halia dihiris nipis
3.  Panaskan minyak,tumis bawang bersama halia, jintan, kulit kayu manis dan bunga cengkih
4.  Setelah naik bau, masukkan segelas air atau secukupnya.  Masukkan kepala ikan, asam keping dan cili merah diikuti dengan garam.
5.  Biarkan hingga mendidih.  Angkat dan hidangkan.


Selamat mencuba.

Lihat menu lain:  Menu 1,   Menu 2


'suka duka pentas dunia'

20 Julai 2012

Bufet Ramadhan & Sahur Di Hotel UiTM Shah Alam

As salam,



Hari ini adalah hari melihat anak bulan Ramadan.  Maka malam nanti akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berkenaan tarikh mula 1 Ramadan.

Sementara itu, layan dulu antara menu Ramadan bagi tahun 2012 yang di sediakan oleh Hotel UiTM




Hotel UiTM Shah Alam

Bufet Ramadhan - Sri Impian

Bermula 23 Julai hingga 16 Ogos 2012 ,
6.00 petang hingga 9.00 malam

RM 45 (Dewasa) | RM 19 (Kanak-Kanak)* 4-10 tahun

 
&


Bufet Sahur - Anggerik Terrace Coffee House

 
22 Julai hingga 16 Ogos 2012 , 12.00 tengah malam hingga 4.00 pagi

RM 18 (Dewasa & Kanak-Kanak) * 4-10 tahun



***



Istimewa



*10% untuk 10 tempahan awal beserta bayaran penuh bermula 23 hingga 27 Julai 2012

*Diskaun 10% untuk kakitangan UiTM

*Diskaun 50% untuk warga emas

*Diskaun 10% untuk pelajar IPTA/IPTS

*Ruang solat disediakan

* Kaunter zakat

* Persembahan artis







Untuk tempahan hubungi :

03-55192069/75/76/78 sambungan 310 atau

email : hoteluitmshahalam@gmail.com

29 Ogos 2011

Rendang Rusa lauk berbuka di penghujung Ramadan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

gambaran rendang rusa di dalam kuali yang sedang menggelegak...

Rendang Rusa?  Biar betul. Betul la.  Daging Rusa satu kg RM28.00 mana nak dapat.  Hanya di Seri Iskandar saja.  Kalau ada di tempat lain dengan harga yang sama baguslah tetapi ia hanya satu kebetulan saja. Dah survey di tempat lain yang berdekatan dengan Seri Iskandar rasanya tak dapat harga yang sama.

Oleh kerana hari ini kerja half day, balik jam 1.00 terus tumb print.  Mula-mula cari bahan-bahan untuk buat rendang.  Nak tau bahannya?  Ala biasa jer antaranya serai, lengkuas, halia, bawang merah, bawang putih, cili giling Cap Puteri jer, daun kunyit (kena beli juga sebab dah tanam daunnya masih kecil lagi), santan (kotak) dan gula kabung.  Hehehe bahan terakhir tu ada kakak kat kedai tu terkejut ? Boleh ke masukkan gula kabung dalam rendang? Mengapa pula tidak, gula kabung ni memberi rasa lemak dan manis pada masakan seperti rendang bukan saja untuk buat kueh buah melaka atau buat pengat pisang.

Cara buatnya seperti biasa saja... campak2 jer dalam kuali.  Api kecil sahaja, kacau sampai kering. Dah siap... hasilnya sedap di makan dengan lemang pemberian jiran sebelah dan juga makan dengan nasi panas semasa berbuka puasa. perghhh... lembut jer daging rusa nie..

Eh eh, macam ada orang tanya pulak. Tak per lah... entry bakal top blogger yang syok sendiri memang macam tu kan.  Perasan sendiri... hahahaha

11 Ogos 2011

Berbuka Puasa bersama D.Y.M.M Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan

Assalamualaikum dan selamat Sejahtera,


Bermula dengan jemputan ini.  Seperti selalu, nama itu sememangnya dikabuskan untuk menutup identiti penerimanya.


Seterusnya, ini adalah isi kandungan sampul urusan di atas tadi.


Sejurus menerima jemputan, bukanlah pada hari kejadian, tetapi sehari sebelumnya.  Majlis Berbuka Puasa itu sebenarnya telah diketahui sebelum puasa lagi.  Ini adalah pada tarikh yang sama sebelum ini adalah termasuk dalam perancangan untuk mengadakan mesyuarat jabatan, so mesyuarat itu ditunda ke tarikh lain.  Perlu cerita ke dalam entry ni?  Ehhh perlu lah kan ada kaitan tu... semuanya berkaitan dengan perancangan tugas dan persediaan untuk dokumentasi. 

Serius! Ini adalah jemputan majlis berkenaan.  Pasti tertanya-tanya kan?  Ehhhh mana gambar makanan ke apa-apa ker.... itulah kelemahan aye dalam menyampaikan maklumat, memang out dan tak pandai langsung nak bercerita ... tetapi seperti biasa jawapannya... no interframe of the writer ok?  Aye belum bersedia untuk menempekkan muka aye di sini.  Maluuuu... Ngeh3.

Bermula cerita ketika Majlis Berbuka Puasa tu begini.... Sebelum jam 6.00 petang para jemputan dikehendaki berada di dalam Dewan Seri Iskandar, UiTM (Perak).  Biasalah protokol kan... Dah sampai awal, kenalah dapatkan tempat untuk kawan-kawan di HEA pula. Siapa?  Tu ha... Kak Long Naziah dan Kak Ngah Safiah... hehehe gelaran ini aye yang bagi tau... sebab mereka lebih berpengalaman dari aye.  Ala... sorry lah tak sempat juga nak capture gambar mereka berdua... eh ada... nanti nak minta ngan Pak Hamid... gambar tu dalam DSLR dia.  Okey, Kak Long dan Kak Ngah dah sampai, kami duduk semeja dengan Kak Shima, Aida, Azizah, Hadijah.  Cuba teka berapa orang semua?  Kira lah.... tak der hadiah tau saja suka-suka. 7 orang kan? Satu meja sepatutnya untuk 8 orang, so yang 0 lagi tu kami reserve untuk Tn Haji Zaki... konon-konon la... Tn Haji tak dapat semeja dengan kami, mana boleh beliau Urusetia dah ada meja khas... ala seloroh jer.

HEiiii mana cerita bab makannya?

Cerita makan yer?  Macam nie lah... oleh kerana xsaited sangat-sangat nak buka puasa dengan Pemangku Raja langsung terlupa pulak nak capture gambar makanan.  Aye bagi gambaran ajer boleh?  Sebelum tu, sejurus ketibaan Tuanku kami dihidangkan dengan bacaan alQuran  oleh Qari Tilawah peringkat IPTA, pelajar UiTM (Perak)... tak ingat nama.  Seterusnya ucapan aluan oleh TNC Akademik (wakil Dato' VC) dan diikuti dengan tazkirah dan tahlil ringkas yang disampaikan oleh Ustaz Hamdi Rahman.

Kami berbuka puasa bersama Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan dengan kurma, kueh dan 'air merah'... hmmm tak ingat lah namanya rasa macam sirap tapi ada soda kot...ker air tembikai... heeee.  Seterusnya terus bergegas ke Pusat Islam untuk mendirikan Solat Maghrib berjemaah bersama D.Y.M.M Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan.  Selepas solat maghrib baru disambung pula dengan makan malam.  Kami dihidangkan dengan nasi putih bersama lauk ayam goreng berempah, daging masak hitam (kicap), sambal tumis sotong, udang bersayur campur, acar buah, gulai lemak nenas dan hirisan buah tembikai (merah)... bab buah ni jadi isu pulak... bukan apa kita biasa dah makan tembikai kan, apa lah salahnya sekali-sekala tukar menu kepada yang lebih menarik lagi...merungut yeaaaa....?  idak eh... cukup lah tu... dapat menatap wajah Tuanku dari dekat dengan mata kasar ni sendiri pun dah puas hati sangat...

Selepas makan makan kami menuju semula ke Pusat Islam untuk menunaikan Solat Isya' dan Solat Tarawih... Pertama kami semuanya (bagi aye lah, korang aye tak tau...) Solat dan Berbuka Puasa bersama D.Y.M.M Tuanku. 

Selepas selesai solat kami bermoreh pula (minum malam - ringan katanya).  Selesai minum malam kami bersurai... Bab bersurai memang suka sangat... hajat hati, ingatkan ada sesi bergambar dengan D.Y.M.M Tuanku. Tiada... beruntunglah mereka yang berkesempatan bergambar bersama Tuanku.

Aye hanya sempat capture gambar ni jer.... dari kejauhan dan keramaian orang ramai ...layan lah eh...

ketika baginda berangkat pulang.  Kami amat menjunjung tinggi kesudian tuanku mencemar duli untuk berbuka puasa bersama kami warga UiTM (Perak).  Daulat Tuanku.

gambar yang paling terdekat 'dihati' rakyat

mereka sempat bergambar ... tunggu juga kalau-kalau ada peluang dan kesempatan

sayangnya aye tak pandai ambil peluang... kecewa!! Tetapi itu bukanlah penghujung cerita, kerana peluang itu bukan sekali datang kalaupun sekali tak perlulah kesal sangat sampai capture gambar bumbung pula

Selesai.