Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Aidil Adha. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aidil Adha. Papar semua catatan

30 Ogos 2017

Solat Hari Raya Pada Hari Jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Solat Hari Raya Pada Hari Jumaat


Barangkali telah menjadi perbahasan dan isu utama kepada kita semua berkenaan Solat Hari Raya Pada Hari Jumaat.  Seperti tahun lepas, tahun ini sekali lagi Hari Raya Aidil Adha jatuh pada hari Jumaat.  Justeru timbul pelbagai persoalan mengenai solat sunat hari raya Aidil Adha, Solat Jumaat dan Solat Zuhur.


Gambar hiasan.  Milik peribadi


Berikut adalah petikan persoalan dan jawapan oleh majlis fatwa saudi yang dipinjam dari Channel Telegram Dr Zaharuddin Group, [27.08.17 08:30]

Soalan:


Banyak timbul persoalan apabila jatuh hari raya pada hari jumaat yang menyebabkan berhimpun 2 hari raya, Iedil Fitri atau Iedil Adha bersama hari Jumaat yang merupakan hari raya dalam seminggu, apakah wajib solat Jumaat ke atas sesiapa yang hadir menunaikan solat hari raya. Apakah memadai solat hari raya dan seseorang hanya perlu menunaikan solat Zohor sebagai ganti solat Jumaat? Dan apakah dilaungkan azan atau tidak untuk menunaikan solat Zohor di masjid?


Jawapan 


Dalam masalah ini terdapat beberapa hadis yang marfu' dan athar yang mauquf, antaranya:

1) Hadis Zaid bin Arqam RA bahawa Mu'awiyah bin Abi Sufyan RA pernah bertanya kepada beliau: "Apakah kamu pernah bersama Rasulullah menyambut dua hari raya (raya fitri atau Adha bersama hari Jumaat) yang berhimpun pada hari yang sama."
Beliau menjawab: "Ya, pernah." 
Mu'awiyah bertanya lagi: "bagaimana yg baginda lakukan?" 
Jawab beliau: "Baginda solat hari raya dan baginda memberi kelonggaran pada solat Jumaat. Baginda bersabda: "Sesiapa yang mahu solat (Jumaat), maka lakukanlah." 
Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Nasa'ie, Ibn Majah, al-Darimi dan al-Hakim di dalam al-Mustadrak. Beliau berkata: "Hadis ini Sahih al-Isnad, dan Imam al-Bukhari dan Muslim tidak meriwayatkannya. Hadis ini juga terdspat sokongan dari riwayat lain yang memenuhi syarat Muslim. Penilaian al-Hakim ini dipersetujui oleh al-Zahabi. Al-Nawawi di dalam al-Majmu' berkata: "Isnadnya jayyid."

2) Sokongan (ุดุงู‡ุฏ) yang dinyatakan adalah hadis Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesunguhnya telah berhimpun pada hari ini dua hari raya, maka sesiapa yang mahu, telah memadai baginya dari solat Jumaat, adapun kami akan melaksanakan Jumaat." Riwayat al-Hakim seperti yang telah dijelaskan sebelum ini. Diriwayatkan juga oleh Abu Daud, Ibn Majah, Ibn al-Jarud, al-Baihaqi dan selain mereka.

3) Hadis Ibn 'Umar RA yg berkata: "Pernah berhimpun dua hari raya (hari raya Fitri atau Adha dan hari Jumaat) di zaman Rasulullah SAW. Nabi SAW menunaikan solat hari raya bersama orang ramai, setelah itu baginda bersabda: "Sesiapa yang mahu hadir menunaikan solat jumaat, maka hadirlah, sesiapa yang tidak mahu hadir maka tidak mengapa." Riwayat Ibn Majah.
Al-Tabarani meriwayatkan di dalam al-Mu'jam al-Kabir dengan lafaz: "Pernah berhimpun dua hari raya di zaman Rasulullah SAW, hari raya fitri dan hati Jumaat. Rasulullah menunaikan solat hari raya bersama orang ramai, kemudian baginda menghadap wajah ke arah mereka seraya berkata: "Wahai sekelian manusia, sesungguhnya kamu semua telah memperolehi kebaikan dan pahala yang banyak. Adapun kami akan melaksanakan Jumaat. Sesiapa yang hendak melaksanakan jumaat bersama kami, maka lakukanlah, sesiapa yang hendak pulang, maka pulanglah."

4) Hadis Ibn Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "telah berhimpun dua hari raya pada hari ini. Sesiapa yang menghendaki, sudah memadai jumaat darinya. Adapun kami insyaallah akan melaksanakan jumaat." Riwayat Ibn Majah.
Kata al-Busiri: "Isnadnya Sahih dan para perawinya thiqat."

5) Mursal Zakwan bin Soleh katanya: "pernah bertembung dua hari raya di zaman Rasulullah SAW. Hari jumaat dan hari raya, baginda menunaikan solat, setelah itu bangun lalu berkhutbah kepada orang ramai, baginda bersabda: "Sesungguhnya kamu semua telah memperolehi zikir dan kebaikan yang banyak. Adapun kami akan melaksanakan jumaat. Sesiapa yang mahu tetap di rumahnya (tidak mahu melaksanakan jumaat), maka tetaplah di rumah. Sesiapa yang mahu melaksanakan jumaat maka lakukanlah." (Riwayat al-Baihaqi di dalam al-Sunan al'Kubra).

6) Daripada 'Ato' bin Abi Rabah katanya: "Ibn al-Zubair pernah solat hari raya bersama kami pada pagi hari jumaat. Setelah itu (apabila masuk waktu jumaat) kami keluar untuk menunaikan solat jumaat, tetapi beliau tidak keluar kepada kami (untuk solat Jumaat). Maka kami pun solat bersendirian. Ketika itu Ibn Abbas berada di Taif. Ketikamana beliau sampai kepada kami, kami nyatakan hal itu kepadanya. Beliau berkata: "Hal itu menetapi sunnah." Riwayat Abu Daud.
Ibn Khuzaimah meriwayatkannya dengan lafaz lain yang terdapat tambahan di akhirnya, kata Ibn al-Zubair: "Aku pernah melihat Umar bin al-Khattab apabila bertembung dua hari raya, beliau melakukan seumpama ini."

7) Di dalam Sahih al-Bukhari RH dan Muwattha' al-Imam Malik RH daripada Abi Ubaid Maula Ibn Azhar, kata Abu 'Ubaid: "Aku pernah menyaksikan dua hari raya bersama Uthman bin Affan RA, ketika itu hari Jumaat. Beliau menunaikan solat (hari raya) sebelum berkhutbah, setelah itu berkhutbah. Beliau berkata: "Wahai sekelian manusia, sesungguhnya pada hari ini telah berhimpun pada kamu semua dua hari raya. Sesiapa yang mahu menunggu jumaat dari kalangan orang-pendalaman maka tunggulah. Sesiapa yang pulang maka telah aku izinkan kepadanya."

8) Daripada Ali bin Abi Tolib RA, ketikamana bertempung dua hari raya (raya fitri atau adha dengan hari jumaat) pada hari yang sama, beliau pernah berkata: "Sesiapa yang mahu menunaikan jumaat, maka tunaikanlah. Sesiapa yang mahu tetap di rumah (sepwrti yang dinuatakan oleh Sufyan), maka lakukanlah." Riwayat Abd al-Razzaq di dalam al-Musannaf dan Ibn Abi Syaibah dengan riwayat yang seumpamanya.

Berdasarkan hadis-hadis marfu' kepada Nabi SAW ini, demikian juga athar-athar mauquf dari beberapa sahabat RA, juga berdasarkan perakuan majoriti ulama tentang kefahaman dari riwayat-riwayat ini, di bawah ini adalah penjelasan hukum dari Jawatankuasa Lujnah al-Daimah:

1) Sesiapa yang telah hadir untuk solat hari raya, diberi keringanan untuk dia tidak hadir solat Jumaat, dia solat Zohor pada waktu Zohor. Jika dia mengamalkan azimah dengan tetap hadir juga solat jumaat, maka itulah yang lebih utama (Afdjal)

2) Sesiapa yang tidak hadir solat hari raya, dia tidak termasuk dalam kalangan yang diberi keringanan tidak hadjr jumaat. Oleh itu tidak gugur kewajipan jumaat darinya, wajib dia hadir ke masjid untuk menunaikan solat jumaat. Jika tidak mendapati jumlah jemaah yang membolehkan solat jumaat, maka ditunaikan solat Zohor.

3) Wajib ke atas imam masjid melaksanakan Jumaat pada hari tersebut, agar boleh disertai oleh sesiapa yang hendak menyertainya atau mereka yang tidak sertai solat hari raya, jika bilangan mencukupi untuk solat jumaat. Jika bilangan tidak mencukupi ditunaikan solat zohor.

4) Sesiapa yang telah hadir solat hari raya dan mengambil keringanan untuk tidak hadir solat jumaat, hendaklah menunaikan solat zohor apabila masuk waktu zohor.

5) Tidak disyariatkan pada waktu ini azan melainkan di masjid-masjid yang didirikan padanya solat jumaat. Tidak disyariatkan juga azan jika hendak ditunaikan solat zohor pada hari tersebut.

6) pandangan yang mengatakan sesiapa yang hadir solat hari raya, gugur darinya solat jumaat dan solat zohor untuk hari tersebut adalah pandangan yang tidak benar. Kerana itu para ulama meninggalkan pandangan ini dan menghukumnya sebagai salah dan ganjil kerana menyelisihi sunnah dan ia menggugurkan salah-satu kefardhuan dari Allah tanpa dalil. Barangkali tidak sampai kepada mereka al-Sunan dan al-Athar dalam masalah ini yang memberi keringanan kepada sesiapa yang telah hadir solat hari raya untuk tidak hadir solat jumaat, dan wajib solat zohor.


Salam Aidil Adha.  Sumber gambar

Semoga mendapat manfaat dari keterangan yang tertera di atas.  Keterangan di atas memang sengaja tidak diedit bagi mendapatkan lebih kefahaman selain daripada tidak memberikan maksud yang berbeza dari yang dimaksudkan oleh penulis asal.

Semoga ibadah kita mendapat ganjaran setimpal dan diberkati.  Solat Hari Raya Pada Hari Jumaat

szi ๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š

28 Ogos 2017

Upah Penyembelih, Pelapah dan Petugas Korban

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Upah Penyembelih, Pelapah dan Petugas Korban


Hari Raya Korban bakal berkunjung lagi.  Ramai orang telah bersedia dengan lembu dan kambing untuk korban.  Sama ada sedang mencari yang paling baik atau sudah mendapatkan baka yang terbaik untuk dikorban.  Korban yang terbaik semoga mendapat berkat dan pahala berpanjangan.  

Dalam masa persediaan kita itu, ingin SZ kongsikan wacana yang dikeluarkan oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor.  Dikongsikan semula untuk manfaat dan peringatan kita bersama.




ุนَู†ْ ุนَู„ِูŠٍّ ู‚َุงู„َ ุฃَู…َุฑَู†ِูŠ ุฑَุณُูˆู„ُ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ุฃَู†ْ ุฃَู‚ُูˆู…َ ุนَู„َู‰ ุจُุฏْู†ِู‡ِ ูˆَุฃَู†ْ ุฃَุชَุตَุฏَّู‚َ ุจِู„َุญْู…ِู‡َุง ูˆَุฌُู„ُูˆุฏِู‡َุง ูˆَุฃَุฌِู„َّุชِู‡َุง ูˆَุฃَู†ْ ู„َุง ุฃُุนْุทِูŠَ ุงู„ْุฌَุฒَّุงุฑَ ู…ِู†ْู‡َุง ู‚َุงู„َ ู†َุญْู†ُ ู†ُุนْุทِูŠู‡ِ ู…ِู†ْ ุนِู†ْุฏِู†َุง

Dari Ali RA ia berkata; "Aku disuruh Rasulullah SAW mengurus penyembelihan haiwan korban, menyedekahkan daging dan kulitnya, serta mengurus segala sesuatu yang berhubungan dengan kesempurnaan korban. Tetapi aku dilarang oleh baginda mengambil upah untuk tukang potong dari haiwan korban itu. Maka untuk upahnya kami ambilkan dari wang kami sendiri." (HR Muslim No: 2320) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:


1.  ๐Ÿ‚Daging serta apa-apa sahaja daripada binatang korban hendaklah disedekahkan kepada yang berhak seperti fakir miskin serta jiran tetangga.

2.  ๐Ÿ‚Memberi daging korban kepada penyembelih atau pelapah atau petugas sebagai upah hasil kerja yang mereka lakukan adalah termasuk juga dalam hukum jual beli, iaitu menjual daging untuk membeli tenaga kerja yang dilarang.

3.  ๐Ÿ‚Imam an-Nawawi ketika mengulas hadis itu menyatakan dalam Syarah Sahih Muslim: “Hadis ini meminta agar kita tidak memberikan kepada penyembelih dan pelapah bahagian dari sembelihan korban kerana jika diberi kepadanya sebagai ganjaran kepada pekerjaannya sama ertinya dengan menjual satu juzuk darinya. Ini adalah tidak dibolehkan” (9/435 Cetakan Dar al-Khair, Beirut).

4.  ๐Ÿ‚Telah sepakat al-Imam al-Syafii dan tokoh-tokoh mazhab al-Syafii bahawa tidak boleh sedikit pun dari sembelihan semasa haji dan `umrah dan sembelihan korban dijual oleh peserta korban. Sama ada ia korban nazar atau sunat. Hal ini termasuk daging, lemak, kulit, tanduk, bulu dan sebagainya. Tidak boleh pula kulit atau selainnya dijadikan upah untuk penyembelih. (8/419-420. Beirut: Dar al-Fikr)

5.  ๐Ÿ‚Hadis ini bukan melarang memberikan upah kepada para penyembelih, pelapah atau petugas. Larangan hanya jika upah itu diambil dari bahagian korban. Upah itu boleh berbentuk wang atau selainnya yang tidak dari bahagian korban. Kerja dan tenaga seseorang itu patut dibayar upah.

6.  ๐Ÿ‚Saidina Ali menyebut: Maka untuk upahnya (penyembelih dan pelapah), kami ambil dari wang kami sendiri.

7.  ๐Ÿ‚Jika diberi kepada penyembelih atau petugas dari apa yang dikorban disebabkan kemiskinannya atau sebagai hadiah kerana dia jiran dan sebagainya, maka ini tidak mengapa. (juz. 3/ m .s.633. ctk. Dar al-Fikr, Damsyik.)

Peringatan


๐Ÿ”ชJusteru itu, diingatkan kepada para petugas korban, JANGAN sekali-kali mengambil sendiri bahagian dari sembelihan korban sebagai habuan seperti kaki, kepala, ekor dan lain-lain melainkan yang dihadiahkan oleh orang yang berkorban atau yang diterima seperti agihan kepada penerima lain yang layak.๐Ÿ”ช

Oleh itu marilah kita bersikap AMANAH dan RAHMAH sebagai petugas, penyembelih juga pelapah dalam melaksanakan ibadah korban.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
 
28hb Ogos  2017 | 06hb Zulhijjah 1438H | Isnin

Terima kasih kerana membaca entri ini Upah Penyembelih, Pelapah dan Petugas Korban
szi๐Ÿ’š

14 September 2016

Lembu Korban

Lembu Korban



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nota: Wordless Wednesday, hari di mana blogger seluruh dunia membuat entri Wordless Wednesday. Apa itu Wordless Wednesday (WW) ini? Ia merupakan entri dari blogger seluruh dunia tanpa sebarang ayat atau keterangan, hanya semata gambar, dan pengunjung boleh interprestasi dengan pandangan masing-masing menerusi ruangan komen entri tersebut.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Lembu Korban

Lembu Korban



Terima kasih baca enti ini, Lembu Korban.





13 September 2016

Perkongsian : Tempoh Makan Daging Korban

Perkongsian : Tempoh Makan Daging Korban



Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

PERKONGSIAN HADIS : Tempoh Makan Daging Korban

Hari ini dah masuk hari kedua Hari Raya Korban. Ada rezeki dapatlah merasa daging korban itupun kiranya masa agihan daging korban dijalankan kita ada di rumah. Jika tiada di rumah dan jiran pun tiada, maka tiadalah berpeluang menikmati daging korban. Apapun rezeki kita janganlah dipertikaikan. Semuanya sudah tertulis.

Sesetengah orang dapat banyak daging korban... mungkin makan seminggu pun tak habis. Tetapi pernah tak terfikir mengenai tempoh boleh makan daging korban? Terus terang YB tidak pernah terfikir. Rupa-rupanya pernah jadi isu juga mengenai tempoh ni.



Gambar hiasan


Berikut adalah petikan dan perkongsian hadis mengenai tempoh makan daging korban.



ุนَู†ْ ุนَุจْุฏِ ุงู„ุฑَّุญْู…َู†ِ ุจْู†ِ ุนَุงุจِุณٍ ุนَู†ْ ุฃَุจِูŠู‡ِ ู‚َุงู„َ ู‚ُู„ْุชُ ู„ِุนَุงุฆِุดَุฉَ ุฃَู†َู‡َู‰ ุงู„ู†َّุจِูŠُّ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ุฃَู†ْ ุชُุคْูƒَู„َ ู„ُุญُูˆู…ُ ุงู„ْุฃَุถَุงุญِูŠِّ ูَูˆْู‚َ ุซَู„َุงุซٍ ู‚َุงู„َุชْ ู…َุง ูَุนَู„َู‡ُ ุฅِู„َّุง ูِูŠ ุนَุงู…ٍ ุฌَุงุนَ ุงู„ู†َّุงุณُ ูِูŠู‡ِ ูَุฃَุฑَุงุฏَ ุฃَู†ْ ูŠُุทْุนِู…َ ุงู„ْุบَู†ِูŠُّ ุงู„ْูَู‚ِูŠุฑَ ูˆَุฅِู†ْ ูƒُู†َّุง ู„َู†َุฑْูَุนُ ุงู„ْูƒُุฑَุงุนَ ูَู†َุฃْูƒُู„ُู‡ُ ุจَุนْุฏَ ุฎَู…ْุณَ ุนَุดْุฑَุฉَ ู‚ِูŠู„َ ู…َุง ุงุถْุทَุฑَّูƒُู…ْ ุฅِู„َูŠْู‡ِ ูَุถَุญِูƒَุชْ ู‚َุงู„َุชْ ู…َุง ุดَุจِุนَ ุขู„ُ ู…ُุญَู…َّุฏٍ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ู…ِู†ْ ุฎُุจْุฒِ ุจُุฑٍّ ู…َุฃْุฏُูˆู…ٍ ุซَู„َุงุซَุฉَ ุฃَูŠَّุงู…ٍ ุญَุชَّู‰ ู„َุญِู‚َ ุจِุงู„ู„َّู‡

Dari 'Abdurrahman bin Abis dari bapanya ia berkata; "Aku bertanya kepada Aisyah; 'Apakah Nabi SAW melarang untuk makan daging sembelihan hari raya Adha lebih dari tiga hari? ' Aisyah menjawab; "Beliau tidak melakukan itu kecuali pada tahun kesulitan (manusia kelaparan), sehingga beliau berharap orang kaya memberi makan kepada yang miskin. Dan sungguh, kami boleh makan daging kambing setelah lima belas hari." Lalu dikatakan; 'Apa yang mendorong kalian melakukan itu? ' Aisyah tertawa, lalu ia berkata; 'Keluarga Muhammad SAW tidak pernah merasa kenyang kerana makan roti atau gandum lebih dari tiga hari hingga beliau bertemu dengan Allah.' (HR Bukhari No: 5003) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Daging korban sebahagian untuk disedekahkan dan 1/3 boleh diambil untuk dimasak dan dimakan serta boleh juga disimpan

2. Daging korban boleh disimpan lebih dari 3 hari tasyriq (tiada batas maksimum). Ia merupakan pendapat majoriti ulama dari kalangan sahabat, tabi’in serta empat imam mazhab.

3. Rasulullah tidak berlebihan dalam bab makan, hingga boleh berjimat memakan daging korban secara berdikit dalam tempoh yang agak lama.

4. Orang mukmin makannya apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Elakkan berlebihan dalam makan dan minum. Seperti dalam hadis lain:

ุจِุญَุณْุจِ ุงุจْู†ِ ุขุฏَู…َ ุฃُูƒُู„َุงุชٌ ูŠُู‚ِู…ْู†َ ุตُู„ْุจَู‡ُ، ูَุฅِู†ْ ูƒَุงู†َ ู„َุง ู…َุญَุงู„َุฉَ ูَุซُู„ُุซٌ ู„ِุทَุนَุงู…ِู‡ِ ูˆَุซُู„ُุซٌ ู„ِุดَุฑَุงุจِู‡ِ ูˆَุซُู„ُุซٌ ู„ِู†َูَุณِู‡

“Cukuplah bagi anak keturunan Adam agar makan sekadar untuk menegakkan tulang sulbinya (tulang punggung). Melainkan jika ia tidak dapat mengelak, maka isilah 1/3 untuk makanannya, 1/3 untuk minumannya, dan 1/3 untuk nafasnya.” (HR Tirmidzi No: 2380)

JOM bersifat RAHMAH dengan tidak berlebihan dalam makan dan minum.

Sumber : Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

๐ŸŒบ๐Ÿƒ๐ŸŒบ๐Ÿƒ๐ŸŒบ๐Ÿƒ๐ŸŒบ๐Ÿƒ๐ŸŒบ๐Ÿƒ๐ŸŒบ

Terima kasih baca entri ini, Perkongsian : Tempoh makan daging korban
posted from Bloggeroid

12 September 2016

Salam Aidil Adha 1437 Hijrah

Salam Aidil Adha 1437 Hijrah


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Salam Aidil Adha 1437 Hijrah.  Hari ini, 10 Zulhijjah 1437Hijrah bersamaan 12 September 2016. Syukur Alhamdulillah pada tahun ini sekali lagi kita meraikan perayaan terbesar umat Islam iaitu Eidul Adha atau Hari Raya Qurban.





_Indah langit kerana awan,_
_Indah laut kerana kebiruan,_
_Indah Aidilfitri kerana kemaafan,_
_Indah Aidiladha kerana pengorbanan,_
_Selamat Hari Raya Aidil Adha_
๐Ÿ’๐ŸŒฟ๐ŸŒธ๐ŸŒฟ๐ŸŒธ๐ŸŒฟ๐Ÿ’

Semoga sejahtera hidup kita semua disamping meraih keberkatan dan rahmat dariNya.


Terima kasih baca entri ini, Salam Aidil Adha 1437 Hijrah
posted from Bloggeroid

06 Oktober 2014

Hiasilah hari raya

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera




Hiasilah hari raya terutama Aidil Adha dengan takbir dan tahmid.

Banyak cara untuk dapatkan hiasan terbaik sepanjang empat (4) hati Aidil Adha. Antaranya boleh saja muat turun takbir raya dari YouTube. Memandangkan kita tidaklah sentiasa berada depan TV atau sebelah radio. Jika pun kita ada bersama TV dan radio tidak pula media itu sentiasa menyiarkan takbir raya.

Tetapi kita tidak pula boleh berenggang dengan gajet terhangat masa kini iaitu telefon pintar. Jadi gunakan keakraban ini dengan muat turun takbir raya. Supaya kita tidak terlepas dari menghias hari raya Aidil Adha.

Semoga Aidil Adha kita sentiasa terhias indah.

:-)
posted from Bloggeroid

05 Oktober 2014

Salam Aidil Adha

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera

Selamat hati raya Aidil Adha.


Semoga hari raya korban tahun ini membawa penuh makna dan erti dalam kehidupan kita.


posted from Bloggeroid

04 Oktober 2014

Menilai erti pengorbanan

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,


Menilai erti pengorbanan



Pengorbanan boleh dikatakan juga sebagai satu penghormatan. Kerana erti pengorbanan itu bagi setiap individu berbeza mengikut tahap keupayaan. Tidak semua orang mampu berkorban dengan wang ringgit untuk membiayai korban. Lantaran itu adalah menjadi satu penghormatan kiranya dia diberikan sedikit daripada hasil korban yang diusahakan oleh orang lain.

Sudah semestinya kits semua dituntut untuk melaksanakan korban kerana ia sebahagian daripada ibadah yang dituntut bagi yang mampu dan berkeupayaan. Tidak dinafikan juga ganjaran yang besar bakal diperolehi oleh orang yang melaksanakan ibadah yang dituntut pelaksanaannya itu setahun sekali. Bezanya ganjaran yang bakal diperolehi itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Tidak sedikit pengertian pengorbanan. Korban itu sendiri bukanlah terhad kepada korban haiwan tertentu semasa Aidil Adha, tetapi lebih dari itu.

Hanya insan tertentu yang tahu nilai pengorbanan yang telah dilakukannya.

Semoga pengorbanan ikhlas kita itu dinilai dan mendapat tempat yang mulia di sisi Allah. Semoga kita sentiasa ikhlas dalam melaksanakan kewajipan hidup di muka bumi ini.

Wallahu A'lam.

Selamat Hari Raya Eidul Adha. Maaf Zahir dan Batin.

posted from Bloggeroid

27 Oktober 2011

Penetapan Tarikh Hari Raya Aidil Adha 1432 H / 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sumber gambar:  google.com


Selamat Hari Raya Raya Aidil Adha.  Selamat hari Raya Qorban, Selamat Hari Raya Haji. Eid Mubarak.  Inilah di antara rangkaian ungkapan yang sering kita lafazkan atau kita ucapkan menjelang hari yang dimaksudkan.


Hari ini, 27 Oktober 2011 bersamaan 29 Zulkaedah 1432 merupakan tarikh melihat anak bulan Zulhijjah.  Telah diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu bahawa 1 Zulhijjah 1432 adalah jatuh pada 28 Oktober 2011, maka dengan itu 10 Zulhijjah 1432 jatuh pada hari Ahad bersamaan 6 November 2011.  Seperti kebiasaannya hari berikutnya adalah hari cuti umum.  Namun begitu kita nantikan dulu andainya ada pengumuman secara rasmi oleh pihak-pihak yang berkenaan.

Nantikan cerita-cerita menarik mengenai ketibaan hari raya Qurban...

.
,