Pageviews

15 Februari 2016

Cara pantas menghilangkan kelaparan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Cara pantas menghilangkan kelaparan 


Aduh, tak tahu lah nak letak tajuk apa. Tengahari pun dah menjelang petang.  Perut dah lapar, makanan pagi tadi dah lama hadam.  Mohon maaf lah yer ahkak terpost entri pasal makanan pula. Bukan tidak ingat insan-insan lain yang turut berada dalam situasi yang sama.  Tetapi dalam keadaan kita yang berupaya untuk bergerak dan masih lagi punya kudrat untuk mendapatkan makanan, isu kelaparan sewajarnya tidak berlaku.

Makanan di negara kita ini bersepah, terdapat di merata-rata jalan dan ruang.  Tinggal kita saja yang mempunyai cukup kuasa untuk mendapatkannya.  Kuasa dari segi kewangan atau kuasa dari segi pergerakan.  Keterbatasan masa dan tempat bukanlah alasan utama.  Yang penting perut harus diisi dengan sumber yang halal agar kehidupan dapat diteruskan.

Apollo Roka Peanut dan Yuta Choco date with almond
Apollo Roka Peanut dan Yuta Choco date with almond

Punyalah panjang caption untuk gambar tu yer.  Itulah nama makanan yang dapat menghilangkan sementara kelaparan pada tengahari ini.  Apollo Roka tu harganya 50 sen satu, YB beli dari pushcart pelajar. Harga di luar tak tahulah berapa, rasanya lebih kurang kot.  Tak pernah beli pun kat luar tu.  Lagi satu Yuta (Yusuf Taiyob) Choco date with almond adalah pemberian jiran sebelah rumah, sempena majlis kenduri di kampungnya.  Ada beberapa kotak kecil di rumah sudah habis difaraidkan oleh anak-anak.  YB sempat ambil 2 biji masukkan dalam beg.... hehehe jadilah buat alas perut.

Alhamdulillah.  Ada rezeki kita untuk tengahari ini.  Petang nanti tunggulah apa pula rezeki yang akan tiba.

Apa pula menu pantas korang hari ini?

Terima kasih sudi singgah baca Cara pantas menghilangkan kelaparan.





4 ulasan:

  1. Haha. Good idea hahaha. Menu pantas i harini biskut mary, blm lagi sentuh apaapa heavy meals utk hari ni, semuanya terbatas oleh masa dan kewangan. Ewahh hahaha. Btw, nice entry. Hehehe

    BalasPadam
  2. Menu sy kek pisang.. Sedap..

    Assalam jemput join GA saya...

    https://www.biskutsemperit.my/2016/02/giveaway-cash-rm30-feb-2016-by-ahbar.html

    Tarikh tutup 17 feb 2016

    BalasPadam
  3. hehehehe...perut saya tak tahan klu just makan choc je...
    paling2 comey pun kena makan buah

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.