FOLLOWER

30 Januari 2016

Jangan sampai tertipu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jangan sampai tertipu


Bergembira tidak salah tetapi jangan sampai tertipu.  Tertipu dengan diri sendiri.  Mungkin juga kita pernah mendengar di mana-mana suatu masa dahulu ketika kita masih kanak-kanak, orang tua selalu berpesan jangan seronok sangat nanti menangis.  Tetapi masa kita kecil tidaklah kita faham sangat apa maksudnya, yang pasti kita patuh dan akur untuk tidak terlalu gembira ... untuk seketika. Akhirnya bila kita kembali gembira, 'orang tua' tadi sudah tidak menegur lagi... kesannya kita semakin bergembira sehingga sesuatu yang tidak diduga menimpa kita.

Pada masa itu kita akan mendapat 'buah keras'.  Kerana degil tidak mendengar teguran dan nasihat orang yang lebih berusia dari kita.

Zaman kanak-kanak kini tidak jauh bezanya dengan zaman kanak-kanak kita masa dahulu.  Apa yang berbeza adalah kita yang dewasa kini menjadi sakit.

Selingan

Banyak orang gembira yang tertipu. Dia makan, minum dan tertawa, padahal telah jelas di dalam kitab Allah bahwa dia adalah bahan bakar neraka (Bilal bin Sa'ad)



Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda membaca entri Jangan sampai tertipu.

29 Januari 2016

Kata kunci hari ini dan minggu ini di Nuffnang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kata kunci hari ini dan minggu ini di Nuffnang


Kata kunci, pada pandangan YB adalah satu frasa kata atau perkataan yang digunakan oleh pengunjung alam maya untuk mencari sesuatu maklumat yang diperlukan.  YB juga sering menggunakan kata kunci untuk mencari maklumat di laman web seperti di google.com.  Lazimnya di YB menggunakan google untuk mencari sesuatu maklumat.  Taip saja kata kunci yang dikehendaki semua ada.  

Berikut adalah contoh kata kunci yang sempat singgah di blog YB.  

Kata kunci hari ini dan minggu ini


Tidak jauh bezanya antara kata kunci yang ada hari ini dan minggu ini.  Agak lama juga diperhatikan, kata kunci ini ini sering berlegar di laman blog YB yang berjaya 'ditangkap' oleh Nuffnang.

Bagaimana kata kunci ini dirakam oleh Nuffnang jangan tanya YB, kerana YB tidak tahu mekanisma apa yang digunakan.  

Walau apapun entri ini sekadar untuk berkongsi maklumat mengenai kata kunci bagi carian yang boleh diperolehi di alam maya.

Sekian.

Terima kasih kerana sudi melayan kerenah YB dan baca entri Kata kunci hari ini dan minggu ini di Nuffnang.


Bubur Nasi dan Kopi vs. Ais Cincau

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bubur Nasi dan Kopi


Bubur nasi kini menjadi hidangan yang paling enak di antara banyak-banyak makanan yang ada di muka bumi.  Tambah sedikit kicap pastinya lebih ngam dengan selera orang yang sedang menanggung kesakitan gigi.  Sebenarnya bukan gigi yang sakit tetapi gusi kerana gusi yang menanggung gigi itu kini sedang membengkak dan hampir surut setelah satu fasa pertama antibiotik telah dilengkapkan, tunggu lagi 4 hari.  4 hari bukan lah satu tempoh yang panjang tetapi bila menunggu yang membuatkan tempoh itu terlalu lama... bermakna 4 hari lagi YB harus meneruskan hidup dengan makan bubur nasi berlaukkan kicap yang paling enak.

Alhamdulillah, syukur biarpun bubur nasi menjadi peneman selera YB masih lagi bisa meneruskan hidup.  Maka nikmat mana yang hendak dinafikan berbanding sebahagian lain yang tidak bisa makan sendiri walaupun sesudu nasi.

Bubur dan Kopi


Kopi merupakan antara minuman kegemaran YB sejak dari kecil.  Dibesarkan bersama orang tua yang hidupnya setiap pagi harus dimulakan dengan kopi.  Namun kini, cara penyediaan kopi telah dipermudahkan.  Dengan adanya kopi segera hanya perlu tambah air panas sahaja tidak perlu tambah gula dan tidak perlu penapis... lebih mudah.  Nikmat ini pastinya tidak dapat dibandingkan, biarpun sakit gigi tetapi kelansungan hidup masih berterusan.

Mulai hari ini menu utama adalah bubur nasi dan kopi putih segera.  Enakkan?

Ais Cincau Tabur


Ais Cincau Tabur.  Antara menu yang disukai bila berkunjung ke gerai tepi jalan.  Ais yang ditabur dengan susu pekat dan susu cair kemudiannya dihias indah cincau yang telah diparut.  Sungguh menyelerakan dan mendamaikan.

Tetapi itu suatu masa dahulu ketika gigi ini masih lagi berfungsi dengan baik.  Kini ais cincau tabur itu hanya mampu dilihat sahaja.

Kesyukuran juga dipanjatkan kepada Ilahi atas kurnianya kerana sempat juga menjamah dan menikmati sebahagian kecil daripada nikmat yang tidak terhitungkan.  Biarlah menu itu disitu untuk dinikmati oleh insan lain yang lebih berhak.

Sejujurnya YB sedar dan insaf bahawa bila tiba masanya kita akan menempuh banyak perkara. Seterusnya hal-hal yang tertentu kita perlu lewati dan biarkan ia berlalu.  Bersyukur kerana diberi peluang untuk meneruskan hidup ini.  Bila tiba masanya kita tidak tahu kita akan sampai juga.

Sekian.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa singgah dan baca entri Bubur Nasi dan Kopi vs. Ais Cincau.


Salam Jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Salam Jumaat


Oleh kerana hari ini Jumaat, banyak pula orang mencari hikmah hari Jumaat.  Maka YangBaik dengan ini persembahkan sekali lagi petikan yang ada Jumaat di dalamnya.


Salam Jumaat

Barang Siapa yang mempermudahkan kesulitan orang lain maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat (Hadis Riwayat Muslim).

Bersegera ke Masjid


Sekian, selamat berJumaat.

Terima kasih sudi singgah dan baca entri Salam Jumaat.


28 Januari 2016

Habiskan bila perlu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Habiskan bila perlu


Ubat-ubatan tidak kiralah ubat tradisional atau moden, ada peraturan makannya yang tersendiri. Lazimnya bagi ubat moden bila dah mula makan perlu dihabiskan iaitu antibiotik. Bila tidak dihabiskan mungkin ada kesan sampingan, tidak pasti pula apa kesannya. Kerana setiap kali dapat antibiotik bila dah dipesan makan sampai habis, memang dihabiskan walaupun tak suka.

Makan bila perlu pula lebih kepada ubat tahan sakit atau "pain killer". Sejenis ubat yang sewajarnya dielakkan, diambil dengan nasihat doktor apabila sakit yang ditanggung sudah tidak tertahan lagi.

Ubat-ubatan

Inilah antara ubat yang terpaksa dihabiskan, antibiotik. Ubat ini diberikan oleh doktor kerana gusi yang semakin membengkak. Hasrat hati nak cabut gigi kerana sakit yang sudah tidak tertahan. Sakit gigi yang menyerang hampir seminggu. Habis sudah ikhtiar secara tradisional, ke klinik juga akhirnya.

Minggu depan selepas habis antibiotik baru dapat cabut gigi. Sementara itu, bila sakit melanda telan saja "pembunuh kesakitan".


Selfie jom!!
Dua hari sebelum itu, biarpun sedang menahan sakit sempat juga selfie. Pipi sudah pun bengkak.


Pilih jangan tak pilih
Melihat gelagat mereka pilih kenderaan, macamlah kereta itu disewakan secara percuma.


Apa tengok-tengok
Yang satu dah lepas, tinggal lagi 3 buat pilihan. Pilih pilih jangan tak pilih. Biar kempis sikit dompet duit ayah kome.


Akhirnya, masa dah cukup tapi masih lagi tak puas. Sabar yer anak-anak, lain kali kita datang lagi. Mood ayah dah tersentap bila modalnya dah hampir habis untuk benda yang kurang diperlukan.

Ada benda yang perlu dihabiskan ikut masa, bukan semua benda perlu dihabiskan ikut suka hati.

Sekian.  Terima kasih kerana singgah dan baca Habiskan bila perlu
posted from Bloggeroid

27 Januari 2016

Paling ikhlas dan benar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Paling ikhlas dan benar


Amal yang paling baik adalah yang paling ikhlas dan paling benar. Jika amal itu ikhlas tapi tidak benar, maka tidaklah diterima. Jika amal itu benar tapi tidak ikhlas, juga tidak akan diterima kecuali jika dilakukan secara ikhlas. Ikhlas artinya dilakukan hanya karena Allah. Adapun benar artinya adalah sesuai dengan sunnah (tuntunan dan petunjuk Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam).
(Fudhail bin 'Iyadh)


Hiasan

Bila YB sakit gigi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bila YB sakit gigi


Dah hampir satu minggu YB sakit gigi.  Sakitnya tidak menentu kadang-kadang kuat, kadang-kadang perlahan.  Tidak pasti pula bila masanya gigi ini terasa sakti.  Hanya tersedar bila hendak makan dan minum gigi terasa ngilu dan diikuti dengan rasa sakit. Aduhhh.  Bila tidak sakit makan segala-galanya yang boleh dimakan terlupa pula gigi itu sedang menunggu masa untuk sakit semula.

Hiasan

Alhamdulillah, walaupun sakit masih lagi boleh berjalan dan membuat kerja-kerja rumah termasuk menguruskan makan dan pakai anak-anak.  Cuma sedikit kekurangan kerana rasa kurang selesa. Bukan takut hendak cabut gigi tetapi nak cabut gigi pun ada kerenah birokrasi juga.

Jangan tak percaya.  Sebelum ini mungkin YB tidak terasa sangat bila dengar cerita kawan-kawan, nak cabut gigi kena buat temujanji dengan doktor.  Rasa macam pelik saja, agak mustahil juga bila kita sakit gigi nak jumpa doktor harus buat temujanji.  Mengapa tidak boleh kita terus saja jumpa doktor gigi, asalkan ketika itu doktor tidak merawat sesiapa.  Tunggu giliran pun tidak mengapa lagi.

Oleh kerana perlu membuat temujanji dengan doktor maka terpaksalah YB ke farmasi untuk mendapatkan ubat tahan sakit dan ubat tahan bengkak.  Mujur tidak perlu buat temujanji dengan ahli farmasi.  Walaupun ditelan ubat tahan sakit dan bengkak, gigi ini masih lagi berdenyut-denyut, gusi juga masih lagi membengkak.

Hampir terlupa buat temujanji sama doktor gigi.  Hari ini, petang ini dapatlah jumpa doktor gigi. Tidak mahu terpengaruh dengan cakap-cakap orang, cabut gigi dengan doktor ini sakit.  Tunggu saja kesudahannya.  Sakit atau tidak itu semua atas kemahuan kita.


Terima kasih.


Wordless Wednesday #62016 | Kelemahan dan Kelebihan Manusia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Wordless Wednesday #62016 |  Kelemahan dan Kelebihan Manusia


 Kelemahan dan Kelebihan Manusia


Terima kasih kerana singgah.

26 Januari 2016

Menjadi ibu lebih baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Menjadi ibu lebih baik


Bukanlah kerana kita tidak baik tetapi kerana kita hendak menjadi lebih baik.  Biarpun sukar sangat hendak berubah menjadi lebih baik tetapi bila kita ungkapkannya maka kebaikan itu akan datang sendiri.


Menjadi ibu lebih baik

Boleh jadi iltizam seorang ibu:

  1. Saya ingin menjadi ibu yang lebih baik dari semalam.
  2. Saya yakin saya mampu menjadi ibu yang lebih penyabar, lebih tabah, lebih cekal, lebih prihatin, lebih lemah lembut, lebih penyayang, lebih berkasih saya dan lebih bijaksana.
  3. Saya hendak menjadi hamba Allah yang lebih taat.
Semoga permohonan kita mendapat pertolongan dari Allah.

Sekian.

Terima kasih kerana sudi melawat dan membaca entri Menjadi ibu lebih baik.

Alexa Traffic Rank Blog YangBaik 26 Januari 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Alexa Traffic Rank Blog YangBaik 26 Januari 2016


Dua minggu lepas YangBaik keluarkan entri mengenai Alexa Traffic Rank blog yang pertama bagi tahun 2016.  Kali ini ini entri kedua pula mengenai Alexa Traffic Rank di blog YangBaik.  Pada mulanya YangBaik berhasrat nak keluarkan entri mengenai Alexa Traffic Rank pada setiap minggu, tetapi terlupa pula nak buat entri minggu lepas.  


Alexa Traffic Rank 26 Januari 2016

Global Rank:  21,799,076
Link in:  211

Maklumat terdahulu di SINI


Pada minggu ini nampak ada kenaikan dalam Rank.  YangBaik perlu tingkatkan usaha untuk kekalkan mood update blog supaya rank blog bertambah baik.


Terima kasih kerana sudi meluangkan masa melawat dan membaca entri  Alexa Traffic Rank Blog YangBaik 26 Januari 2016




JOM Tambah Kawan BLOGGER !!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


JOM Tambah Kawan BLOGGER !!!


Sekali lagi join segmen.  Kali ini segmen tambah kawan blogger.  Melalui segmen penganjur akan terus SINGGAH, FOLLOW & BLOGWALKING ke blog yang menyertai segmen ini.  


JOM Tambah Kawan BLOGGER !!!



Segmen ini tamat pada 31-01-2016

5 Blogger terpilih akan dimasukkan dalam senarai MOST VVIP BLOGGER untuk Bulan Januari 2016 nanti sepanjang 1 bulan (Feb 2016).

Apa ditunggu lagi.  Jom klik banner di atas untuk melihat syarat penyertaan.

Sokong rakan blogger.

Terima kasih kerana sudi singgah dan baca entri JOM Tambah Kawan Blogger !!!


25 Januari 2016

Apabila mak banyak fikir

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Apabila mak banyak fikir

Dah berapa hari baru dapat update blog. Inipun kira dah cukup "advance", selalunya pada hari cuti mana sempat update blog. Bukanlah nak kata hari ini mak tak sibuk atau tiada kerja. Tetapi kerana mak ambil kesempatan sambil-sambil lipat kain yang dibasuh semalam :-P



Tiba-tiba mak terlupa tadi nak buat apa, jadi bila mak nampak handphone atas meja teringat pula nak update blog.

Sekian, mak nak sambung lipat kain sambil memikirkan semula apa yang hendak dibuat tadi...

Terima kasih.

posted from Bloggeroid

22 Januari 2016

SEGMEN: BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


SEGMEN: BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH


Agak lama juga YangBaik tidak join segmen anjuran Cikgu Ayu.  

Dah kehilangan kata-kata pulak.

Tengoklah apa yang ada.

Segmen Blogwalking Ayu Insyirah
Segmen Blogwalking Ayu Insyirah

Segmen Blogwalking bersama AyuInsyirah berlansung mulai 22 Januari hingga 12 Februari 2016.

Jom kita pakat ramai-ramai berikan sokongan kepada Ayu Insyirah.

Klik banner di atas untuk turut serta.

Terima kasih.

Segmen Blogwalking + Bloglist #2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




(klik banner kalau nak join)

Antara segmen yang paling mudah untuk disertai.

Segmen ini dijangka tamat 31 Januari 2016.


Terima kasih kerana sudi memberi sokongan dan meluangkan masa membaca entri ini.




Cerita Petang Jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Cerita Petang Jumaat



Petang-petang begini menghadap komputer lama-lama mahu juga komputer yang taip sendiri.  Paling tidak tengok komputer tembus sampai dinding belakang.  Oleh kerana masa rehat tengahari tadi yang agak panjang, masa makan pun panjang.  Boleh sembang panjang-panjang tetapi mata tidak mampu dilelapkan kerana memikirkan kain dalam bakul yang belum dilipat.  Banyak juga yang bermain difikiran.

Bukan tidak mahu sambung kerja semula tetapi mata ini terasa seakan semakin layu dan ayu saja.   Tersengguk-sengguk sendirian depan komputer.  Zaman sekarang semua maklumat kerja tersimpan rapi di dalam komputer.

Sebelum YangBaik berbicara lebih panjang dan menambah lagi rasa mengantuk, dikongsikan di sini beberapa bait bicara sebagai peringatan buat diri.

Doa


Tasbih dan Zikir
Tasbih dan Zikir

Semoga bermanfaat buat semua.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca entri ini, Cerita Petang Jumaat






Kuasa kita terhad

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kuasa kita terhad


Agak sukar sebenarnya untuk kita mengatakan orang lain telah membuat aniaya kepada kita.  Bila difikirkan semula apakah jenis penganiayaan yang telah kita terima.  Kerana bila difikirkan semula penganiayaan yang diterima oleh sahabat Nabi S.A.W iaitu Bilal bin Rabah, pastinya tidak sama dengan apa yang dikatakan kita dianiaya.

Bila kita syak orang telah buat aniaya kepada kita terus saja kita membalasnya mengikut kefahaman dan kudrat yang kita ada.  Kadang apa yang kita balas itu nampak seperti tidak masuk akal dan tidak setimpal.  Tetapi apa kita peduli asalkan kita rasa puas hati dan dendam kita terbalas.

Gambar hiasan.  Sumber Facebook

Pada pandangan saya yang kurang arif ini, walaupun kadang-kadang geram juga dengan apa yang berlaku kepada kita.  Selalu juga memikirkan ada orang hendak menganiaya kita.  Adalah tidak bijak sebenarnya untuk kita membalas semula apa yang dikatakan penganiayaan terhadap kita.  Kerana kita sebenarnya tidaklah mampu berlaku adil walaupun kepada diri sendiri inikan pula hendak menilai penganiayaan orang ke atas diri kita.

Cara yang terbaik adalah memaafkan penganiaya jika kita rasakan dianiaya.  Pastinya ada sebab tertentu yang menyebabkan penganiayaan itu berlaku.

Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingat pula bahwa Allah lebih berkuasa membalasnya.  (Umar Al Khatab)

Serahkan saja penganiayaan itu kepada Yang Maha Kuasa.

Semoga mendapat menfaat dan peringatan buat diri sendiri agar tidak terus menjatuhkan hukum kepada orang lain.

Sekian, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca Kuasa kita terhad.

21 Januari 2016

Kelebihan Kacip Fatimah Orang Kampung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Kelebihan Kacip Fatimah Orang Kampung


Ramai di antara kita terutamanya kaum wanita mengetahui kelebihan minum air Kacip Fatimah. YangBaik sebenarnya terpengaruh juga dengan situasi semasa. Maklumlah sekarang ni dah buat lebih dari 2 kerja, kesihatan dan tenaga perlu dijaga. Bagi kita yang telah berusia, tenaga untuk bekerja sudah tidak segagah dulu. Sesekali diserang juga rasa letih dan lenguh sana sini.

Teringat juga ketika zaman muda dulu, bila minum air kacip fatimah tidak kiralah kopi 3 in 1 atau dalam tin, waktu malam terasa cergas dan mampu menyiapkan kerja-kerja rumah. Kadang-kadang ditambah pula dengan kerja pejabat yang dibawa balik ke rumah. Walaupun berjaga malam dan tidur lewat, boleh saja bangun awal pagi dan terasa segar.

Kacip Fatimah OK
Kacip Fatimah OK 

Sekarang, mungkin disebabkan faktor usia minum air kacip fatimah ini sekadar untuk kesegaran semasa saja. Atau untuk menghilangkan dahaga ketika di pejabat. Bila balik rumah dan buat kerja rumah ... tetaplah juga badan terasa letih.

Cuma sekarang ni harganya dan naik selari dengan GST kot. Kalau tahun lepas RM5 boleh lagi dapat dua tin, sekarang dah tak lepas kena tambah lagi.

Walau apapun kelebihan minum air kacip fatimah tidaklah diragui kerana sedikit sebanyak dapat memberikan tenaga untuk kerja seharian.

Sekianlah dulu pengalaman YangBaik bersama Kacip Fatimah Orang Kampung.


Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca Kelebihan Kacip Fatimah Orang Kampung.


FIRST MINI GIVEAWAY BY ZYA & YANA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





FIRST MINI GIVEAWAY BY ZYA & YANA



Syarat :-

1. Follow blog misszyarosesladyana (wajib)
2. Add to circle google + follower (wajib)
3. Follow instagram misszyaroseslady_yana274 (wajib untuk yg ada ig)
4. Mesti like page Hello Kitty Lover (wajib)
5. Follow twitter @nlyana_ishak (kalau tak da di maafkan)
6. Buat satu entry bertajuk "FIRST MINI GIVEAWAY BY ZYA & YANA".
7. Copy semua code dan paste di ruangan HTML entry uols.
8. Tinggalkan link entry anda di ruangan komen Misszyaroses


P/s: Tolong jangan unfollow even dah habis GA nie



Terima kasih kerana membaca entri ini,  FIRST MINI GIVEAWAY BY ZYA & YANA



Kerana mulut badan binasa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kerana mulut badan binasa


Seperti biasa sesiapa pun pernah dengar atau baca peribahasa "Kerana mulut badan binasa". Mungkin tidak sukar untuk menjelaskan maksudnya kepada orang dewasa kerana mereka lebih mudah memahami maksud tersurat dan tersirat.  Walaupun ada juga yang berpura-pura tidak faham.

Namun tidaklah mudah untuk menjelaskan maksudnya kepada anak-anak yang berusia sekitar 4 atau 5 tahun. Kerana apabila bertanya, anak-anak itu pastinya mahukan jawapan yang ringkas dan padat. Kefahaman kita orang dewasa tidak sama dengan kanak-kanak.  Tersalah menjelaskan akan memberi makna yang salah kepada kefahaman mereka.


Gambar hiasan dari Facebook

Lalu bagaimana hendak dijelaskan maksud "kerana mulut badan binasa" ini.  Jawapan yang paling ringkas dan mudah adalah setiap orang yang bercakap akan mendapat balasannya.  Jika dipanjangkan lagi maksudnya adalah orang yang yang bercakap tidak elok dan suka bercakap yang bukan keperluannya akan mendapat balasannya.  Sebagai contoh orang yang suka bercakap bohong lama-kelamaan akan diketahui juga, walapun tidak sekarang tetapi bila tiba masanya akan diketahui.

Mungkin jarang sangat orang yang menyedari akan hakikat percakapannya akan mendatangkan kesan kepada badannya.  Kerana lidah itu tidak bertulang dan mudah sangat menuturkan kata-kata.

Perumpaan di atas agak bertepatan juga dengan hadis Nabi Muhammad S.A.W, berikut:
Perkara yang paling banyak mengantarkan orang masuk ke neraka adalah mulut dan kemaluan.  (HR Tirmidzi)

Semoga kita sentiasa menjaga tutur kata dan memikirkan dengan teliti setiap perkataan yang hendak diucapkan.

Terima kasih kerana membaca Kerana mulut badan binasa.


Gold Giveaway #1 by Qiya Saad powered by Sayap Infiniti Network

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Gold Giveaway #1 by Qiya Saad powered by Sayap Infiniti Network


Giveaway emas?  Ada hadiah emas ke?  

Pastilah itu yang bermain di minda korang kan?

Zaman kegawatan ekonomi macam sekarang ni dapat hadiah emas sangatlah berbaloi-baloi.  Rasanya YangBaik belum pernah lagi join mana-mana giveaway yang menawarkan emas sebagai hadiah.  Eh... tunggu sekejap, betul ke hadiahnya emas?  Korang jangan memain dengan emas ni.  Barang yang sangat bernilai tinggi.  Cuba semak sekali lagi betul ke hadiah yang ditawarkan adalah emas. 

Bila cakap mengenai emas, bukan sahaja perempuan yang teruja lelaki pun turut sama.  Bagi lelaki memakai emas sudah pastilah haram tetapi menghadiahkan emas kepada ibu, isteri atau anak tidaklah salah.  Pastinya semakin bertambah kasih dan sayang.  Betul ke emas ini pengikat kasih sayang? Pandai-pandailah korang menilainya.  

Sebelum lebih panjang lagi celoteh yang mengarut ni, jom kita tengok apa yang ditawarkan oleh Qiya Saad melalui giveaway ini.  Adakah betul hadiahnya emas?

Gold Giveaway #1 by Qiya Saad powered by Sayap Infiniti Network
Gold Giveaway #1 by Qiya Saad powered by Sayap Infiniti Network

Betul-betul nak tahu hadiah yang ditawarkan?  Klik banner di atas.

YangBaik taknak bercerita panjang di sini.  Lebih senang kalau korang tengok sendiri syarat-syarat yang ditawarkan untuk membolehkan hadiah emas itu menjadi milik korang.  Klik banner di atas yer.

Tarikh penyertaan untuk giveaway ini berakhir pada 14 Jun 2016.  

Betul !! Giveaway ini tamat pada bulan Jun 2016 bukan Januari 2016.  Antara giveaway yang mempunyai tempoh penyertaan paling lama.

Selamat menyertai Gold Giveaway #1 by Qiya Saad Powered by Sayap Infiniti Network.

Selamat maju jaya kepada semua.  



20 Januari 2016

HOODPATH Travel Blog Giveaway 1.0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


HOODPATH Travel Blog Giveaway 1.0


Jumpa blogger baru.  Rasanya bukan blogger ini yang baru tetapi YangBaik yang baru jumpa blog ini.  Itu itulah, untungnya ada blog dan anjurkan giveaway, dapat ramai kenalan baru.  Untung juga kepada blogger yang join giveaway kerana dapat menambah kenalan blogger yang pelbagai ragam dari ceruk alam maya.  Bila dah kenal tu kenalah rajin blogwalking untuk mengerakan ukhuwwah.  :D

Oleh kerana ini adalah entri penyertaan giveaway maka kenalah lihat apa pula syarat yang dikenakan oleh penganjurnya.

Jom kita tengok apa pula syarat yang dikenakan oleh penganjura HOODPATH Travel Blog Giveaway 1.0

HOODPATH Giveaway 1.0

Jangan segan-segan untuk klik banner di atas.  

Giveaway ini menawarkan hadiah yang agak menarik, salah satu daripadanya adalah Cash Voucher bernilai RM70.  Ha... korang mesti nak tahu voucher apa kan?  Apa lagi klik banner di atas, boleh tengok juga hadiah-hadiah lain yang disediakan oleh penganjur.

Giveaway ini dijangka tamat pada 25 Januari 2016.

Selamat maju jaya kepada semua.  



Wordless Wednesday #52016 | CPUV ke-6 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Wordless Wednesday #52016 |  CPUV ke-6 2016


CPUV ke-6 2016 |  MARIGOLD
CPUV ke-6 2016 |  MARIGOLD


Segmen Bloglisted by Misya 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen Bloglisted by Misya 2016


Sudah lama juga YangBaik tak blogwalking ke blog Misya.  Kiranya semenjak mood blogging mula kedaung.  Nampaknya sekali lagi tahun ini Misya anjurkan segmen bloglist.  Memang YangBaik kena join juga.  

Ala... tiba-tiba pula YangBaik kehilangan idea dan kata-kata untuk dititipkan di kanvas blog ini. Aduhhhh.

Jom kita tengok apa yang telah Misya sediakan untuk segmennya kali ini.

Segmen Bloglist Misya 2016

Seperti biasa juga untuk melihat persyaratan yang dikenakan, sila klik banner di atas untuk terus ke blog Misya.

Cepat yer, segmen ini dijangka berakhir pada 31 Januari 2016.

Selamat bersegmen kepada semua.  Sokong Misya !





Wordless Wednesday #42016 | Doa Dalam Sujud Terakhir

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Wordless Wednesday #42016 |  Doa Dalam Sujud Terakhir


Doa Dalam Sujud Terakhir
Doa Dalam Sujud Terakhir



19 Januari 2016

Soft-hearted people

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Soft-hearted people


Soft-hearted people are not fools.  They know what people did to them, but they forgive again and again because they have beautiful hearts.


Soft-hearted people
Soft-hearted people

Thank you for drop and read.


18 Januari 2016

GIVEAWAY January 2016 By Mezquitalifestyle

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


GIVEAWAY January 2016 By Mezquitalifestyle


Ala... Giveaway lagi.

Korang janganlah bosan sangat bila YangBaik buat entri Giveaway.  YangBaik buat entri giveaway sebagai sokongan kepada rakan blogger yang anjurkan giveaway.  Lagipun siapa lagi yang nak sokongan rakan blogger kita :P

Kali ini YangBaik join GIVEAWAY January 2016 By Mezquitalifestyle.  Jadi dengan tertulisnya entri ini maka secara tidak langsung YangBaik telah menyertai GIVEAWAY January 2016 By Mezquitalifestyle.  

Jom kita tengok apa yang telah disediakan oleh rakan blogger kita Mezquitalifestyle.  

GIVEAWAY January 2016 By Mezquitalifestyle
GIVEAWAY January 2016 By Mezquitalifestyle

Sebelum tu nak cerita sikit.  Ini adalah kali pertama YangBaik skodeng blog Mezquitalifestyle. Sebab itulah YangBaik tidak tahu sangat apa penambahbaikan yang telah dilakukan.  Tetapi ketika entri ini dikeluarkan, blog Mezquitalifestyle kelihatannya tersusun dan tidak mengecewakan dari segi loading. Memang betullah akak YangBaik tidak pandai nak komen blog orang lain sebabnya blog YangBaik pun tidaklah hebat mana, sekadar di pinggiran jer :P

So, dah cerita panjang lebar nie harapnya korang sudilah klik banner di atas untuk join giveaway ini.   Cepatlah klik banner kat atas tu ye.

Giveaway ini dijangka tamat pada 23 Januari 2015.

Jom berikan sokongan kepada rakan blogger.

Selamat maju jaya kepada semua rakan blogger!

Sedikit pengetahuan mengenai Ilmu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sedikit pengetahuan mengenai ilmu

Entah apa yang difikirkan ketika ini.  Hendak meneruskan kerja dah tak berdaya rasanya.  Rasanya masa untuk merehatkan badan dan minda sudah tiba.

Jadi sementara proses pemulihan sedang dilaksanakan, apa kata selusuri seketika petikan yang diulang semula, sebagai peringatan buat diri yang sering lalai dan alpa
Beban Ilmu
Beban Ilmu

Ilmu itu dipelajari untuk diamalkan, sebagaimana sebuah amal dilakukan untuk dapat menyelamatkan.  Kerana itu, apabila amal yang dilakukan lebih sedikit dari ilmu yang didapatkan, maka sesungguhnya ilmu itu telah menjadi beban bagi pemiliknya (Ahli hikmah)

Sekian.  Semoga bermanfaat.

Page View Blog YangBaik Mencecah 10 Ribu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Page View Blog YangBaik Mencecah 10 Ribu


10 ribu.  Bukanlah satu angka yang mudah untuk dicapai oleh blog picisan seperti YangBaik. Beberapa bulan lepas, page view blog YangBaik pernah mencecah sehingga 11 Ribu.  Oleh kerana blog kurang diupdate maka nilai itu semakin menyusut.  Hari ini, setelah hampir seminggu bertungkus lumus mengemaskini kini blog dengan entri tersendiri, maka pageview melepasi angka 10 ribu sekali lagi datang menjelma.

Bagi sebahagian besar blog yang terkemuka dan ternama, angka 10 ribu mungkin dilihat kecil kerana blog mereka boleh mencecah lebih dari angka itu.  Semuanya kerana SEO blog serta isi dan maklumat yang disampaikan oleh blog mereka menarik minat ramai pengunjung dan pembaca. Sudah pasti mereka blog otai ini ada pengikutnya yang tersendiri.

Pageview pada 18 Januari 2016
Pageview pada 18 Januari 2016

Angka 10 ribu amat bermakna.  Biarpun angka itu sering berubah naik dan turun, tetapi semangat untuk berblogging tidak pudar walaupun terpaksa menyepi seketika.

Sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk menyepikan diri.  Perlu kerja keras untuk mengisi kekosongan 2 kerja dalam satu masa. Hihihi.

Selamat berblogging.

Terima kasih.

Giveaway Cash RM500 Jan 2016 by Emas Putih

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Giveway January Cash RM500 by Emas Putih|  Salam. Dijemput join GA uzu ni. GA pertama untuk tahun 2016.  Sila tekan banner kalau nak join GA ini. Terima kasih.
[Tekan Banner Di Atas Untuk Join]
Ini ada satu produk baru yang membantu menghilangkan jerawat dalam masa 24 jam iaitu REFINITY Acne Hydrogel ! Ada 6 sebab kenapa anda perlu mencuba hilangkan jerawat anda dengan cepat iaitu :

1. PANTAS BERTINDAK
Formulasi Acne Hydrogel FOKUS pada rawatan jerawat dan bekas jerawat bagi menjadikan wajah anda kembali licin bersih berseri.

2. SENANG & MUDAH
Hanya sapu 2 kali sehari dan tunggu hasilnya. Cepat meresap dan kering tanpa rasa kesan minyak.
3. SESUAI UNTUK KULIT SENSITIF
Tidak seperti produk lain di pasaran, Acne Hydrogel diperbuat dari bahan herba Asli yang sangat efektif dalam rawatan jerawat dan bebas dari bahan kimia. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

4. PENGIKTIRAFAN
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT151105679K) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PO-BMF-PPIM01407). Diyakini halal dan dijamin keberkesanannya.

5. 98% PENGGUNA BERPUAS HATI
Hampir 10,000 botol dijual setiap bulan dan hampir kesemua pengguna berpuas hati dengan kesannya. Setiap hari kami menerima testimoni positif dari pengguna.
Sesiapa yang berminat boleh dapatkan REFINITY Acne Hydrogel di http://refinity.com.my/ . Hilangkan jerawat anda semudah A B C dan sepantas kilat dalam masa 24 jam !! 

Harga  : RM70 sebotol / 2 botol RM130 *hargapromosi*
SMS / WhatsApp : ‘CLEAR’ ke  019-544 3000

Giveaway January2016 Cash RM500 by Emas Putih disponser oleh Emas Putih , dan Refinity Malaysia. Terima kasih kerana join GA ini :)

15 Januari 2016

Tazkirah Petang Jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tazkirah Petang Jumaat |  Waktu Mustajab di Hari Jumaat


Dalam 12 jam hari Jumaat ada satu watku, jika seorang muslim meminta sesuatu kepada Allah Azza Wa Jalla pasti akan dikabulkan.  Carilah waktu itu di waktu setelah Ashar.  
(Hadis Riwayat Abu Daud)



Marilah kita bersama-sama mencari waktu mustajab itu.  Semoga kita tidak dilalaikan.


Sambal Tumis Telur Yang Mengancam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sambal Tumis Telur Yang Mengancam


Tajuk memang mengancam.  Kenapa mengancam?  Sebab sekarang nie anak-anak dah suka sangat dengan sambal tumis telur.  Bila mereka dah suka, maka akan menjadi ancaman kepada emaknya yang kadang-kadang mood memasaknya kedaung.

Sambal tumis telur ni sebenarnya memang menjadi kesukaan YangBaik juga.  Selain dari sedap penyediaannya juga mudah.

Dengan itu, izinkan YangBaik kongsikan sedikit resepi sambal tumis telur versi YangBaik.

Sambal Tumis Telur

Bahan utama yang diperlukan adalah telur ayam direbus sehingga masak.  Berapa banyak bilangannya terpulang kepada bilangan orang yang akan makan.  YangBaik hanya rebus mengikut bilangan ahli keluarga semasa sahaja (5 orang)

Bahan lain:
1.  20 tangkai cili kering
2.  5 ulas bawang merah
3.  sedikit belacan atau boleh digantikan dengan udang kering
4.  sedikit garam
5.  sedikit gula
*  semua bahan 1-5 dikisar bersama sehingga halus.  Jika hendak lebih mudah beli saja cili boh, bahan-bahan yang lain terpulang kepada kehendak dan keperluan.
6.  asam keping atau air asam jawa
7.  Air

Kaedah:
1.  Tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
2.  Masukkan sedikit air mengikut kepekatan yang disukai.
3.  Masukkan asam keping atau air asam jawa.  Jika tiada boleh digantikan dengan sos tomato atau sos cili (banyak pula pilihannya :P)
4.  Setelah mendidih, masukkan telur rebus yang telah dikupas kulit.  Kacau seketika sehingga rata dan boleh angkat serta hidangkan.

Sambal tumis kini menjadi pilihan anak-anak kerana hanya ini yang mudah dibuat.  Selain dari itu mereka juga mungkin sudah jemu dengan lauk ayam goreng.

Selamat mencuba kepada semua.


14 Januari 2016

NEW YEAR GIVEAWAY 2016 BY IZYAN ATHIRAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


NEW YEAR GIVEAWAY 2016 BY IZYAN ATHIRAH


Sekali lagi kita join giveaway dua dalam satu (2in1).  Kenapa?  Sebab giveaway ini dianjurkan oleh Izyan bersempena tahun baru 2016 serta hari lahirnya.  Hari lahir yang keberapa?  Nak tahu kenalah check sendiri kat blog Izyan.  Paling mudah korang join giveaway ini. 

Sebelum tu YangBaik nak kongsikan bait2  lagu ini kepada Izyan.

Happy birthday to you
Makan ubi kayu
Minum susu lembu
Lembu cakap 'Thank you'

Okey tak... jangan marah yer... akak tak reti nak jual :D

Ucapan yang sebenarnya adalah begini
"Izyan Athirah, Sanah helwah.  Semoga dipanjangkan umur dengan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dari segala ceruk dan peluang, dikurniakan kehidupan yang aman sejahtera disamping keluarga tersayang dunia dan ukhrawi"

Sebelum lebih banyak ucapan yang akan menjadi lebih panjang entri ni, apa kata kita tengok dulu apa yang menarik dengan New Year Giveaway 2016 by Izyan Athirah.

Assalamualaikum



Klik Sini Untuk Join
GIVEAWAY BERLANGSUNG DARI 6 / 1 / 2016 - 6 / 2 / 2016



NOTA TAMBAHAN :-
-HADIAH ADALAH RAHSIA (5 HADIAH YANG BERLAINAN) YANG AKAN DIBERIKAN KEPADA 5 PESERTA YANG BERTUAH.
-PEMILIHAN PEMENANG MENGGUNAKAN KAEDAH RANDOM.ORG SAHAJA.

-KURANG DARIPADA 20 PESERTA YAN AKAN MASUKKAN DALAM BLOGLIST SELAMA SATU BULAN DARI

 (9 / 2 / 16 - 9 / 3 / 16)




PENGUMUMAN PEMENANG AKAN DIUMUMKAN PADA 8 / 2 / 2016 (ISNIN)

Okey, dapat tak?

Apa lagi ... klik le banner di atas tu, kita meriahkan sambutan tahun baru dan hari lahir Izyan, :D

Terima kasih.

13 Januari 2016

Wordless Wednesday #32016 | CPUV ke-5

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Wordless Wednesday #32016 |  CPUV ke-5


CPUV 5/2016:  Body Perfect Starter Pack


Terima kasih  Nuffnang!

Wordless Wednesday #22016 | Pameran Seni Orbit

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Wordless Wednesday #22016 | Pameran Seni Orbit



Pameran Seni Orbit
posted from Bloggeroid

NEW YEAR GIVEAWAY BY DYLLAREZAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



NEW YEAR GIVEAWAY BY DYLLAREZAN


Tahun baru 2016 baru saja diraikan.  Rasanya catatan dan rekod azam 2016 belum lagi tertulis. Kepada yang masih lagi mencari semangat untuk memulakan azam baru, pastikan azam yang hendak dicapai itu jelas dan mampu dicapai.  Contohnya tahun 2016 saya hendak menulis dalam blog sebanyak empat entri sehari.  Itu contoh sahaja.  Kalau nak tiru pun tiadalah salahnya.

Okey untuk entri kali ini YangBaik secara rasminya menjadi peserta untuk New year Giveaway By Dyllarezan.

Untuk melihat syarat menyertai giveaway ini, apa kata klik pada banner comel di bawah ini.

New Year Giveaway by Dyllarezan

Dylla mencari seramai 5 orang blogger yang akan dipilih secara cabutan bertuah, untuk diberikan hadiah MISTERI.

Macam suspen saja kan. 

Jangan lupa klik banner di atas.  Giveaway ini dijangka akan tutup pada 16 Januari 2016.

Tunggu apa lagi?  Jom kita sama sama meriahkan segmen ini.

Terima kasih.


Giveaway Welcome 2016 by Aku Bukan Innocent

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Giveaway Welcome 2016 by Aku Bukan Innocent


Hari ini adalah hari Rabu yang biasanya dikenali sebagai Wordless Wednesday di kalangan blogger. Satu hari yang sangat-sangat dinantikan oleh blogger picisan seperti YangBaik.  Kenapa?  Kerana pada hari ini tidak perlu banyak bicara.

Tetapi disebabkan entri giveaway ini, YB nak menulis juga.  Dan adalah diingatkan tulisan untuk peranggan atas ini bukanlah keperluan atau syarat utama untuk Giveaway Welcome 2016 by Aku Bukan Innocent.

Untuk melihat persyaratan giveaway, mari kita lihat petikan berikutnya.

Silakan!


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



(klik banner kalau nak join sekali)


Giveaway Welcome 2016 by Aku Bukan Innocent dianjurkan oleh Mohd Noor Shawal dan dibawakan bersama-sama dengan Yuha Adie , Ct Roxalynna NH , Najwa Zahid , Masita Eyta & Nur Huda.


Tarikh Tamat : 15 Januari 2016


Wordless Wednesday #12016 | Berdoalah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Wordless Wednesday #12016 |  Berdoalah


Berdoalah
Berdoalah



12 Januari 2016

Segmen Bloglist & Blogwalking By Beautiful Of Iman

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Segmen Bloglist & Blogwalking By Beautiful Of Iman


Iman adalah mutiara di dalam hati manusia yang menyakini Allah Maha Esa Maha Kuasa.  Tanpamu iman bagaimanalah merasa diri hamba padaNya, tanpamu iman bagaimanalah menjadi hamba Allah yang bertaqwa.

Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa.  Ia tak dapat dijual beli, ia tiada di tepian pantai.

Walau apapun caranya jua, engkau mendaki gunung yang tinggi, engkau merentas lautan api.  Namun tak dapat jua dimiliki, jika tidak kembali pada Allah.

Tiba-tiba pula akak YB teringatkan bait-bait lagu nasyid yang pernah popular sedikit masa dahulu. Lagu Iman Mutiara yang pernah dipopularkan oleh kumpulan nasyid Raihan.

Okey, kembali kepada tajuk entri ini Segmen Bloglist & Blogwalkung By Beautiful of Iman. Segmen ini dianjurkan oleh pemilik blog Beautiful of Iman iaitu Nurul Liyana Syafiqah.

YangBaik secara rasminya dengan ini menyertai segmen ini.  Kepada rakan blogger semua sila klik banner di atas untuk dapatkan maklumat dan syarat-syarat penyertaan.  

Segmen ini akan ditutup pada 15 Januari 2015.  

Jom kita meriahkan segmen yang menarik ini kerana blog setiap peserta akan dimasukkan dalam blogslist selama 4 bulan.  Satu tempoh yang agak lama.

Okey... jom klik banner di atas.

Selamat bersegmen semua.  Terima kasih.

Alexa Traffic Rank Blog YangBaik 12 Januari 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Alexa Traffic Rank Blog YangBaik 12 Januari 2016


Agak lama juga memikirkan kaedah yang betul untuk mengeluarkan entri berkenaan Alexa Traffic Rank blog YangBaik.  Sehingga kini belum juga ditemui cara yang sesuai.  Nampaknya YangBaik perlu lebih banyak buat kajian dan belajar bagaimana blogger-blogger otai bermain ayat dengan Alexa Traffic.

Alexa Rank terakhir dikeluarkan pada bulan Oktober 2015.  Hampir mencecah 3 bulan rupanya YangBaik tidak bersiaran bersama Alexa Rank.  Manakan tidaknya, setelah domain bertukar dari dotcom kepada dotmy kedudukan Alexa Rank blog YangBaik jatuh menjunam dan menjadi tidak stabil.  Jadi mood nak menulis mengenai Alexa Rank juga menjadi pudar.  

Tetapi hari ini mood itu kembali semula walaupun tidaklah seindah dahulu. huhuhu.  Untuk melihat senarai entri berkaitan Alexa Rank di blog YangBaik boleh KLIK SINI.

Berikut adalah gambaran Alexa Traffic Rank blog YangBaik sehingga hari ini, 12 Januari 2016.

Alexa Traffic Ranks 12 Januari 2016


Global Rank: Global rank icon 21,899,059 menjunam 18,011,693 berbanding 3 bulan lepas 
Rank in Malaysia:  Tiada data, mungkin juga kerana melepasi rank 500 di Malaysia.
Links : 214

Berbeza sangat dengan keputusan trafik untuk bulan Januari 2015.  Jatuh menjunam.  Sudah beberapa kali jatuh bangun dan pastinya jatuh bangun itu akan terus berlaku dalam kehidupan kita.




Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink 


Give away lagi?  Yup.  Pastinya blog anda lebih meriah dengan kepelbagaian entri berkaitan give away.  Jom kita meriahkan entri blog dengan giveaway anjuran Nurfuzia & Mamalink.  Banyak yang menarik sebenarnya dengan giveaway ini kerana ia menawarkan hadiah bernilai RM500.  Selain dari itu rakan sponsar nya seramai 9 orang, boleh kita tambah kenalan dari kalangan rakan blogger secara tidak langsung.  Mungkin ada blogger yang kita tidak pernah kenal atau ada juga blogger yang kita pernah kenal... di alam maya.


klik untuk join
Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink | Bersempena Tahun Baru 2016 dan Hari Lahir Cik EN pada 16 Januari nanti, cik en berbesar hati untuk mengadakan Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink yang akan berlangsung pada 4 Januari 2016 sehingga 31 Januari 2016. Hanya perlu mengikuti syarat syarat dibawah dan korang berpeluang menjadi salah seorang pemenang daripada 27 pemenang untuk merebut hadiah hadiah bernilai RM535. 

Follow Blog Di bawah

Follow Page

Instagram

Bloglist


Hadiah? Mesti terlepas pandang ini, Cik en dah keluarkan awal ye. Boleh rujuk di bawah ini

Senarai Hadiah Hebat

Dah submit entry? Boleh rujuk di bawah ini pula

Senarai Peserta Hebat