Pageviews

06 Oktober 2015

Jauhi sifat dengki

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jauhi sifat dengki


Sifat dengki, semua orang pun tahu ia adalah satu sifat yang tidak baik.  Lazimnya sifat dengki ini diiringi dengan cemburu dan disertai niat jahat.  Sifat ini amatlah dilarang oleh Islam.

Sifat dengki lahir dari perasaan tidak suka, marah, benci kerana cemburu dan iri hati.  Apa faedah yang kita boleh dapat melalui sifat dengki atau hasad ini?  Tiada.  Melainkan kita dengki dengan kebaikan orang lain dan kita ikut kebaikan yang dia buat bukan dengan memusnahkan orang yang buat baik.

Rajinlah bersedekah, mudah-mudahan dapat menghapuskan sifat dengki yang bersarang dalam hati.  Gambar hiasan

Jauhilah dengki, karena sesungguhnya anak Adam membunuh saudaranya saat ia dengki kepada saudaranya.  (Aun bin Abdullah)

Mungkin agak sukar bagi kita mengikis sifat dengki yang jahat.  Tetapi berusahalah untuk menabur sedikit kebaikan. Sedikit demi sedikit agar kebaikan itu dapat menghakis sifat dengki yang tidak berfaedah.

Mudah-mudahan kita terhindar dari penyakit dan sifat dengki melampau yang langsung tiada faedah kepada kehidupan kita.


4 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.