FOLLOWER

30 Oktober 2015

Jom Join Giveaway dari Ourlovebonding.com!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jom Join Giveaway dari Ourlovebonding.com!



Kebetulan pula pada hari Jumaat penghujung bulan Oktober ini YangBaik join giveaway dari blog Ourlovebonding.com.  Tak sangka juga sebabnya penganjur mulakan giveaway ini pada hari Jumaat pertama bulan Oktober.  Sudah lama juga melihat promo giveaway ini, hanya hari ini baru tergerak hati nak join giveaway unik dari ourlovebonding.com.  Boleh tambah kenalan rakan blogger dari kalangan pengedar shaklee.  Best tau untung-untung dapatlah sedikit petua dan lagi untung kalau dapat hadiah... heheheh tetiba keluar tanduk pulak.  Bukanlah begitu kita join giveaway dapat tambah kenalan.  Rezeki nak dapat hadiah tu belakang ceritalah yer.

Membebel panjang lebar tak jadi kerja juga, jom kita tengok apa yang ada dengan giveaway ini.

Giveaway Ourlovebonding.com

Giveaway Ourlovebonding.com


Nak join giveaway tak susah.  Klik banner di atas untuk lihat syarat giveaway dan juga hadiah yang disediakan.

Cepat yer klik banner di atas, giveaway bakal berakhir pada 31 Oktober 2015.

Ini cerita YangBaik:
Saya kenal effa melalui blog tetapi tak pasti blog mana, yang ingat terakhir melalui blog sayidahnapisah.com sebagai seorang blogger yang merupakan seorang agen produk Shaklee. Jika saya menang Giveaway ini, saya nak hadiah 1 botol Herblax yang terkenal untuk sembelit, detox, buang kerak usus, kuruskan badan dan hilangkan buncit!

Jom sama-sama memeriahkan dengan join Giveaway di Ourlovebonding.com



Kita Tidak Akan Pernah Kecewa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kita Tidak Akan Pernah Kecewa


Selagi kita bergantung kepada Allah, bersungguh-sungguh.  Kita tidak akan pernah jumpa perkataan 'kecewa' apatah lagi perasaan 'kecewa' dalam kamus hidup kita.  Kerana keyakinan kita hanya pada Allah yang memberi segala kebaikan kepada kita.


Sumber:  FB


Kehidupan Tanpa Manfaat Amat Menakutkan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kehidupan Tanpa Manfaat Amat Menakutkan


Bagaimana hendak dimulakan tinta ini berbicara sedangkan diri sendiri selalu juga alpa dan lalai. Peringatan ini biarpun pedih untuk diterima tetapi harus dikeluarkan agar diri dan jiwa ini sentiasa di dalam perlindunganNya.  Sesekali kita harus juga memberikan kebaikan walaupun tidak kepada orang lain kepada diri sendiri.  Berbuat baik kepada diri sendiri dengan sentiasa mengingati kejahilan yang pernah kita lakukan kemudian perbaiki diri dan muhasabah diri.  Semoga kita tidak terus mengulangi kesilapan yang sama.

Semoga pada hari yang menjadi Penghulu segala hari ini, kita terus berbuat baik dan saling mengingatkan untuk berbuat baik.

Pesona Solat Tahajud.  Gambar Hiasan.

Salah satu bentuk kelalaianmu terhadap dirimu sendiri adalah Anda berpaling dari Allah, yaitu saat Anda melihat sesuatu yang dimurkai oleh-Nya, lalu Anda berlalu begitu saja tanpa melakukan amar ma'ruf nahi munkar karena takut kepada orang yang tidak bisa memberikan manfaat maupun mudharat bagi Anda.  (Abu Abdurrahman al-'Umari az-Zahid)

29 Oktober 2015

Segmen Blogwalking YanieYusuf.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen Blogwalking YanieYusuf.com


Masih sempat lagi meraikan rakan blogger yang menganjurkan segmen.  Segmen blogwalking yang ringkas dan mudah.  Segmen yang diadakan bertujuan untuk saling berbalas kunjungan sesama rakan blogger yang membuat entri dan turut serta.  

Nak berkenalan dengan Yanie Yusuf? Jom kita join segmen blogwalking.

Segmen Blogwalking YanieYusuf.com
Segmen Blogwalking YanieYusuf.com

Klik banner di atas untuk melihat syarat penyertaan.

Harus segera ya teman-teman semua kerana tempoh segmen ini bakal tamat pada 30 Oktober 2015.


Giveaway October 2015 Cash RM500 by Emas Putih

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Giveaway October 2015 Cash RM500 by Emas Putih


Emas Putih, satu nama blog yang tidak asing lagi dari kalangan blogger.  Pemiliknya dikenali dengan nama Uzu merupakan seorang blogger popular yang masih lagi belajar.  YangBaik tidak ketinggalan mengikuti perkembangan blog Emas Putih terutamanya bila ada giveaway.  Dengan bilangan pengikut tegar yang ramai, paling tidak dapat menumpang populariti Emas Putih.

Skema jer pengenalan giveaway ini.  Entri pengenalan ini dibuat atas kehendak sendiri dan bukan kehendak penganjur giveaway.  Nak lihat keperluan dan syarat giveaway, jom tengok apa yang telah disediakan oleh penganjur seperti di bawah.

[Sila Tekan Banner Di Atas Untuk Join]


Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang

Tarikh Mula : 29 October 2015 | Tarikh Tamat :12 November 2015

Jom kita meramaikan penyertaan giveaway.

Bahagian Tersembunyi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bahagian Tersembunyi


Tanpa kita sedari kita telah menyembunyikan sesuatu.  Rasanya orang lain pun tak perasan apa yang kita sembunyikan kerana kita juga tidak perasan.

Peringatan buat diri sendiri agar merasa bimbang dengan amalan kita.  Adakah cukup untuk bekalan di sana.

Bahagian Tersembunyi
Bahagian Tersembunyi

Sesungguhnya diantara bagian hawa nafsu yang tersembunyi adalah merasa senang apabila amalan yang kita perbuat dilihat oleh orang lain.  (Ibnul Atsir)


28 Oktober 2015

Rabu Tanpa Kata | Hobi Baru Bersama Tampal Cantum

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hobi Baru Bersama Tampal Cantum








Tampal Cantum Aneka Warna

Selagi hayat dikandung badan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selagi hayat dikandung badan


Pernah tak korang dengar lirik lagu yang berbunyi 'selagi hayat dikandung badan"?

Setiap kali ada sesuatu yang terlintas lirik lagu tersebut tergiang-giang di telinga.  Terutama bila badan rasa macam nak demam tetapi masih lagi ligat ke sana ke mari menyiapkan urusan.  Tak kiralah urusan rasmi di pejabat atau urusan penting di rumah.

Nak ceritalah sikit untuk rekod dan tatapan pada masa depan.  Sekarang ni keadaan kesihatan tidak berapa baik.  Tetapi tidaklah terusk sehingga perlu masuk wad atau berehat di rumah.  Masih lagi mampu bertahan dengan kudrat yang ada.  Jika diikutkan hati nak ambil cuti kecemasan atau cuti sakit tetapi rasanya tak berbaloi pulak.  Yer lah ... selagi hayat dikandung badan, selagi ada kudrat selagi boleh bergerak maka bergeraklah dengan seadanya.  Bezanya dalam keadaan kesihatan yang tidak berapa stabil tumpuan kepada tugas juga tidak berapa nak jadi.  

pohon kelapa
Pohon kelapa nan menghijau.  Gambar hiasan

Hari ini naik turun tangga saja kerjanya.  Bermula dengan pagi tadi hadir mesyuarat, tengahari balik ofis rehat sekejap.  Petang pergi pula ke lokasi awal tadi atas urusan kerja yang lain pula.  Jadi banyak juga pergerakan luar pejabat hari ini walaupun badan tidak berapa sihat.  Tidak berani nak tangguhkan kerana bimbang ada urusan yang tersadai.

Idea nak menulis entri ini keluar ketika dalam perjalanan pulang dari pejabat sana ke pejabat sini. Walaupun tidak jauh, tetapi lokasi yang berbeza.  Hanya kerana telah biasa semuanya terasa dekat.

Selagi hayat dikandung badan 
setia berkhidmat kepada ibu pertiwi 
biarpun diri terasa kerdil
kerana janji telah terpatri


Amal Till Jannah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Amal Till Jannah


Jom Sedekah
Jom Sedekah




Ada apa dengan Bid'ah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ada apa dengan Bid'ah


Tidaklah suatu kaum membuat suatu bid'ah di dalam agama mereka, melainkan Allah akan mencabut sebagian sunnah dari agama meraka sebanding dengan (bid'ah) yang mereka buat. Dan Allah tidak akan mengembalikannya lagi kepada mereka hingga hari kiamat.  (Hassan bin Athiyyah)


Hiasan

27 Oktober 2015

Kesan daripada penulisan dan teguran

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kesan daripada penulisan dan teguran


Setiap hari kita menegur orang dan setiap kali juga kita ditegur.  Teguran dalam bentuk tulisan dan juga dalam bentuk lisan.  Kesan dari daripada teguran itu yang 'makan dalam' sehingga memakan diri sendiri atau juga boleh memberi kesan kepada orang sekeliling kita.  Teguran secara lisan boleh lah kita kata umpama mencurah air di daun keladi atau masuk telinga kiri keluar telinga kanan.  Tetapi tidak semua orang begitu penerimaannya, ketika ditegur dia diam seperti tidak faham tetapi kesannya kepada diri orang yang ditegur itu kita tidak tahu sehinggalah dia bertindak diluar jangkaan kita.


Tidak semua orang mampu bertenang dengan baik apabila ditegur.  Tambahan cara teguran yang mengguris hatinya.  

Sebagai manusia normal kita harus ingat tidak semua orang mempunyai nasib yang sama seperti kita. Tidak semua orang mempunyai kebolehan dan keupayaan yang sama kerana setiap dari kita lahir pada masa dan tempat yang berlainan.  Cara penerimaan dan kefahaman kita juga berbeza walaupun pada isu yang sama.

Bukannya YangBaik berhasrat untuk menolak teguran.  Tetapi teguran yang diberikan itu biarlah berpada bukan secara paksaan.  Kerana kesannya kita tidak tahu.  Apa yang akan terjadi dan bagaimana pula penerimaan orang bila dipaksa.  Tegurlah secara berhemah dan lemah lembut.  Kita kan kaya dengan bahasa yang indah-indah.  

Dalam keadaan tertekan bila ditegur secara kasar dan dipaksa tanpa kerelaan, ada ketika akal menjadi buntu dan bakal berakhir dengan jalan yang singkat... terjun bangunan dan sebagainya.  Fahami situasi orang yang kita tegur.



Kita yang ditegur sudah pasti memerlukan masa yang panjang untuk berfikir dan bertindak. Memahami arahan dan teguran bukanlah sesuatu yang mudah ketika kita berada dalam saat genting antara mengawal emosi dan menurut 'arahan'.

Tabahlah dalam mengharungi ujian kehidupan.  Biarkan ujian itu berlalu tanpa sebarang calar. Kerana setiap ujian yang menimpa kita itu adalah sesuai dengan tahap kekuatan kita.

Maaf seandainya tulisan ini mengundang kemarahan dan rasa tidak puas hati. 

Tegurlah saya sekiranya tulisan ini menyakitkan hati dan perasaan anda.


Segmen: Jom Tingkatkan Followers

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen: Jom Tingkatkan Followers


Antara bentuk popular dalam memperkenalkan blog dan mendapatkan pengikut yang ramai adalah melalui penganjuran Segmen.  Justeru, tidak hairanlah ramai di kalangan rakan blogger menganjurkan segmen untuk meningkatkan bilangan followers (pengikut).  Kali ini giliran Leya pula menganjurkan segmen yang bertujuan untuk meningkatkan jumlah followers serta untuk memperkenalkan blog ke dunia maya.  Konsep segmen kali ini adalah "WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK".

YangBaik juga dengan ini turut serta dalam segmen ini.  Jom kita lihat apa yang Leya sediakan untuk segmen ini.
Perkara penting sekali adalah klik banner di atas untuk melihat syarat yang disediakan.

Ketika entri ini dikeluarkan bilangan followers blog YangBaik adalah 1280.  Terima kasih kepada semua yang telah menjadi pengikut blog YangBaik dan terima kasih juga kepada anda yang bakal menjadi pengikut blog ini.

YangBaik dengan ini tag awak semua yang menjengak ke blog ini.  Tak mampu nak tag 2 orang sahaja, bimbang yang tidak disebut namanya akan berkecil hati.  Sekali lagi dimaklumkan YangBaik tag awak semua ... YEAYYY!  Jangan ada yang berkecil hati pula ya.

Kepada yang telah ditag sila join segmen ini dengan senang hati.  Cepat-cepat... segmen ini berakhir pada 30 Oktober 2015.

Sila klik banner di atas untuk mendapatkan makluman lanjut.

Selamat bersegmen kepada semua.



26 Oktober 2015

Fikir sebelum buat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Fikir sebelum buat


Selalu juga cakap pada anak-anak, sebelum nak buat apa-apa tu fikir dulu.  Tak tahulah mereka itu faham atau tidak.  Sebabnya dah cakap berkali-kali pun perkara yang sama masih juga berulang. Antaranya jangan main bola dalam rumah, main juga.  Kan dah cakap sebelum buat apa-apa fikir dulu, kalau dah jadi kan ke susah nanti.


Fikir Positif
Fikir Positif
Semoga Allah merahmati seorang hamba yang merenung sejenak sebelum melakukan suatu amalan. Jika niatnya adalah karena Allah, maka ia melakukannya. Tapi jika niatnya bukan karena Allah maka ia mengurungkannya.(al-Hasan)

Buat masa ini pesanan tetap juga diberikan.  Semoga bila mereka besar nanti mereka ingat setiap pesanan dan mampu berfikir dengan baik sebelum melakukan sesuatu pekerjaan.


24 Oktober 2015

Jangan Berharap Dengan Hak Orang Lain

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jangan Berharap Dengan Hak Orang Lain


Hak orang lain tidak perlulah kita pertikaikan.  Kerana kita tidak suka bila ada orang lain pertikai hak kita.  Sedangkan kita sendiri tidak pasti daripada mana kita peroleh sesuatu hak.  Yang pastinya kita perlu berhati-hati dengan hak yang kita ada agar tidak menyentuh hati dan perasaan orang lain.

Hak itu boleh ditafsirkan sebagai kuasa, kelayakan, keistimewaan, kebebasan, kewibawaan, kedaulatan dan prerogatif (hak istimewa).  Setiap dari kita mempunyai hak seperti di atas tetapi dalam konteks yang berbeza kerana keperluan yang berbeza.

Keywords 23 Oktober 2015
Keywords 23 Oktober 2015

Begitulah yang mendatangkan idea kepada kita menjadi hak kita untuk menulis sesuatu yang baik juga tidak baik.  Tetapi pilihlah untuk menulis yang baik-baik kerana itu lebih baik untuk kehidupan kita di sini dan di sana kelak.



Anak orang, anak orang juga bermaksud Kalau bukan hak kita tidaklah ada gunanya. 
Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu



23 Oktober 2015

Entri Menari Minggu Ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Entri Menari Minggu Ini


Setiap entri yang dikeluarkan semuanya menarik.  Menarik pada mata kasar penulis blog ini tidak lebih dari itu.  Kerana entri itu dikeluarkan pada saat tertentu yang melambangkan situasi semasa serta pengalaman semasa juga dari penghayatan kepada alam.

Berikut adalah antara 10 entri menarik yang menjadi pilihan ramai. 

Entri Menarik Minggu Ini


Untuk melihat kandungan entri ini anda boleh klik pada kotak 'POPULAR' di tepi blog.  Mungkin juga ketika anda klik di situ pada waktu lain senarai popular itu sudahpun berubah.  

Ada kekuatan tersendiri dalam setiap entri.  Mungkin juga ada kaitan dengan pembaca yang membuat pilihan.

Terima kasih kepada awak semua yang sudi menjejaki blog picisan ini.

Selamat berblogging secara berhemah.

Segmen 12 Jam Bloglist #17 Mialiana.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Oktober 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #17 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?


12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY


GMBM adalah ringkasan bagi Grup Mama Bloggers Malaysia. Grup ini telah ditubuhkan pada 21 Oktober 2014, dan tahun ini genaplah satu tahun GMBM ditubuhkan. Bersempena dengan ulangtahun pertama, GMBM dengan ini menganjurkan 1st Anniversarry giveaway.

YangBaik juga dengan rasminya dengan ini menyertai GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY. Walaupun bukan ahli GMBM, tetapi giveaway ini terbuka kepada blogger Malaysia. Nak tengok sejauh mana giveaway dijayakan. 

Jom kita tengok apa yang disediakan oleh GMBM.
GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY
GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY


JOM MERIAHKAN SEGMEN GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY 

KLIK BANNER SEGMEN UNTUK INFO LANJUT

DETAIL SEGMEN

** 19 PEMENANG DI CARI
** MULA : 21 OKTOBER 2015
** TAMAT : 31 OKTOBER 2015

GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY ini di taja sepenuhnya oleh Kathy, Mamaniza, Sofu, Suria, Sally, Hani, Eyra, Fuza, Adna, Ayumie, Yong, Zie, Eda, Hana, Yana Yani, Ida, Fiza, Ida Bits & Aida.


Selamat maju jaya kepada GMBM.

Giveaway irrayyan | Kalau Dah Jodoh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Giveaway irrayyan | Kalau Dah Jodoh


Kalau dah jodoh tak ke mana.  Begitulah juga kalau dah jodoh dengan blog pastinya berblogging juga.  Sesibuk manapun pasti nak juga buat entri sikit.  Tapi intro entri ini macam entri orang 'mati kutu' tiada idea nak mengarang.  

Langsung YangBaik buat entry untuk menyertai Giveaway irrayyan | Kalau Dah Jodoh.  Best hadiahnya, sebuah novel hasil karya novelis Elee Mardiana.  

Giveaway irrayan | Kalau Dah Jodoh
Giveaway irrayan | Kalau Dah Jodoh

Untuk melihat syarat dan cerita disebalik giveaway ini sila klik banner di atas atau klik saja di SINI.

Ketika entri ini ditulis, tiada tarikh tutup tetap penganjur menetapkan 10 penyertaan 1 peserta yang terpilih.  Menggunakan khidmat en. random.  

Apa lagi jom kita meraik Giveaway irrayan | Kalau Dah Jodoh.

Selamat membaca!

3 Cara Untuk Memberi Manfaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


3 Cara Untuk Memberi Manfaat


Dapat buat 3 perkara ini sudah cukup baik bagi kita.  Tetapi kalau boleh buat lebih lagi bagus.  Cuma kita kadang-kadang tidak perasan dengan apa yang kita buat ada ketikanya mampu memberi kesan kepada orang lain.  Bukan sahaja orang lain tetapi kepada diri kita sendiri.  Jika kita berterusan buat baik, mana mungkin kita tidak menjadi baik.




Hendaknya setiap mukmin memperoleh tiga macam perlakuan darimu;
1.  Jika kamu tidak dapat memberinya sesuatu manfaat maka janganlah membahayakannya,
2.  jika kamu tidak bisa membahagiakannya maka janganlah membuatnya sedih, dan
3.  jika kamu tidak memujinya maka janganlah mencelanya.  (Yahya bin Mu'adz)

Jom tambah nilai baik dalam diri kita.

22 Oktober 2015

OKTOBER GIVEAWAY BY MEKZUMBIE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


OKTOBER GIVEAWAY BY MEKZUMBIE


Sebab tiada idea nak menulis entri sendiri maka YangBaik gagahkan juga join giveaway.  Walaupun join giveaway, entry tetap ada.  Join giveaway juga sebagai satu lagi langkah supaya tidak terputus hubungan dengan rakan blogger walaupun YangBaik sendiri kadang-kadang tidak sempat nak melawat ke blog semua peserta.  Sebab Yangbaik hanya join sebagai peserta dan bukan penganjur. hew hew hew... entah apa-apa aje kan.

Sekarang dengan rasminya juga YangBaik join Oktober Giveaway by Mekzumbie.  Bukan Zombie. Sekali lagi yer... bukan zombie tetapi mekzumbie. Jangan ditanya mengapa Mekzumbie, sebab YangBaik tidak tahu walaupun sudah mencarinya kat blog (sebenarnya tak cari betul2 pun).  Korang cubalah belek lebih sikit kat blog tu... kot2 boleh jumpa, ceritalah kat blog korang pulak yer. 

YangBaik tak boleh nak celoteh panjang-panjang sangat nanti jadi entri lain pulak.  Oleh itu, marilah kita tengok apa yang Mekzumbie telah sediakan untuk giveawaynya kali ini.

Oktober Giveaway by mekzumbie
Oktober Giveaway by mekzumbie

Jangan lupa klik banner di atas atau klik SINI untuk melihat syarat yang disediakan.  Jangan risau syarat tak susah tetapi klik banner di atas itu merupakan salah satu daripada syaratnya. Hehehehe

Giveaway ini berlangsung mulai 18 Oktober 2015 dan tamat pada 31 Oktober 2015.

Hadiah mekzumbie
Hadiah
Di atas adalah gambaran hadiah yang disediakan kepada peserta yang bertuah dan mesra random.org. Macam mana nak mesra dengan encik random?  Ikut suka korang lah.  YangBaik tak tahu... huhuhuu

Jom berikan sokongan kepada Mekzumbie.  


GIVEAWAY CIK BELBEL TURN TO 22th

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


GIVEAWAY CIK BELBEL TURN TO 22th


Pertama kali join giveaway YB agak kelam kabut sikit, tak tahu nak buat macam mana.  Ada satu masa sekadar letak banner dan terus publish macam entry Wordless Wednesday.  Tetapi lama kelamaan setelah diperhatiakan entry rakan blogger sedikit demi sedikit dapat idea macam mana nak buat entri.  Tidaklah sekadar letak banner dan bagi link.  

Kali ini, YB meneruskan legasi dengan join giveaway anjuran cik belbel.  Giveaway pertama katanya dan bersempena Birthday yang ke-22 pada bulan October ni.  Happy Birthday my dear cik belbel. :D Penyertaan yang ramai ke giveaway ini memadai sebagai hadiah hari jadi... wah... akak suka lah dengan statement tu.

Tanpa membebel lebih panjang lagi mari kita tengok apa yang cik belbel sediakan untuk giveaway pertamanya ini.  

Giveaway Cik BelBel
Giveaway Cik BelBel

Pertama kali apa yang perlu dilakukan adalah klik banner di atas untuk lihat syarat yang lebih lanjut.

Ini adalah entri YangBaik maka, nak tirupun boleh juga tapi kalau dapat kredit lagi bagus kan. Heehehe

YangBaik tak ingat pula kalau pernah buat majlis sambut birthday.  Maaf lah memang tak pandai pun nak buat majlis segala bagai ni.  Teringat juga masa ulangtahun ke-21, rakan sekerja menghadiah pen dan mug.  Masih lagi simpan sampai sekarang.  Untuk sambutan lain-lain tu tiadalah majlis yang happening, tetapi ucapan yang penuh bermakna dari rakan-rakan dan insan tersayang saja. Paling penting ingatan.

Apa pula agaknya pengalaman rakan blogger yang lain pula ya.  Jika ada cerita yang lebih menarik dari pengalaman YangBaik bolehlah kongsikan bersama.  

Jom join giveaway ini, boleh kongsikan pengalaman sambut hari jadi.

Cepat cepat, giveaway ini tamat pada 31 Oktober 2015.

Selamat berusaha !!!


Giveaway Duit Saku Dari BBL

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



< Klik gambar untuk join >


Assalamualaikum & hello there,


Rasanya dah makin stress rakyat Malaysia dengan isu harga barang & perkhidmatan dah naik. Pergi sana - harga barang naik, pergi situ - harga itu naik & datang sini pun dah naik harga. Tapi jangan risau jangan kusut kepala kerana BBL nak kasi duit saku untuk korang! 

Tepuk tangan sikit!

Boleh buat belanja nasi lemak & teh tarik untuk breakfast atau beli nasi goreng telur mata makan malam ya. Kiran macam BBL belanja versi digital la. Okay check out berapa banyak duit saku untuk pemenang.

Hadiah duit saku dari BBL

Duit saku RM30 
untuk 1 orang pemenang

Duit saku RM20 
untuk 1 orang pemenang

Duit saku RM10 
untuk 2 orang pemenang

Duit saku RM5 
untuk 4 orang pemenang


Cara nak join sangat mudah. Follow step dibawah :


1. Add BBL di
Follow blog

LIKE fan page

Add Google+

Add Twitter

Add  Instagram

2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway Duit Saku Dari BBL"

3. Copy coding yang disediakan & paste kat ruang HTML & publish entri


Cara nak paste code dalam entri


4. Tinggalkan link URL entri korang dalam kotak komen SINI (link)

Tu saja. Senang sangat kan.

Tarikh tamat giveaway pada 14 November 2015

Pemenang akan diumunkan pada 16 November 2015 nanti



BBL ~ Cepat submit link URL korang
o\( ̄ρ ̄)/o

Sekian terima kasih & selamat hari raya

Mengapa Mencari Yang Halal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Mengapa Mencari Yang Halal


Kerana yang halal itu baik.  Dari situlah tumbuhnya segala yang bermastautin dalam diri kita yang bakal membawa kita ke jalan yang seterusnya dan perhentian yang tidak akan ada perjalanan lagi.


Mencari Yang Halal

Mencari Yang Halal


Bertakwalah kepada Allah dan carilah rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah untukmu dengan cara yang halal, karena sesungguhnya jika Anda mencarinya dengan cara yang tidak halal maka Anda tidak akan mendapatkan melebihi apa yang telah ditakdirkan untukmu.  (Muhammad bin Sirin)

Peringatan ini wajar sentiasa bermain di minda.




21 Oktober 2015

Rabu Tanpa Kata | Bakal Jurutera Automotif

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Rabu Tanpa Kata |  Bakal Jurutera Automotif



Bakal Jurutera
Bakal Jurutera


Dia juga


Dia lagi




THENAMYBLOG 1st ANNIVERSARY

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


THENAMYBLOG 1st ANNIVERSARY


Bersempena dengan ulangtahun yang menggembirakan ini, TheNamyBlog menganjurkan segmen yang pertama.   Pengalaman berblogging memang sesuatu yang menarik. Pastinya banyak pengalaman menarik sepanjang penglibatan dalam dunia blogging. Biarpun baru setahun, TheNamyBlog telah mempunyai pengikut yang ramai, jika ditingkatkan lagi usaha pastinya akan dapat menarik lebih ramai pengikut.

Jom kita lihat apa yang TheNamyBlog sediakan untuk 1st Blog Anniversary.

THENAMYBLOG 1st ANNIVERSARY
THENAMYBLOG 1st ANNIVERSARY 

Berikut adalah antara perkara menarik yang dijanjikan oleh TheNamyBlog kepada peserta segmen.
  1. 5 blog bertuah akan kekal bertepek di bloglist selama setahun
  2. 3 blog review
Segmen ini tamat pada 31 Oktober 2015.  Klik banner di atas untuk melihat syarat segmen.

Jom klik banner di atas untuk menyertai segmen dan terus memberikan sokongan kepada rakan blogger.

Selamat berusaha! Nikmati secawan kopi yang enak :P

Mengapa menunda perbuatan baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Mengapa menunda perbuatan baik


Menunda-nunda perbuatan baik adalah salah satu tentara diantara bala tentara Iblis yang telah berhasil membinasakan orang banyak.  (Abu al-Jald)

Menunda perbuatan baik
Menunda perbuatan baik


20 Oktober 2015

Segmen Blogwalking By Mirza Syazwina

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen Blogwalking By Mirza Syazwina


Antara segmen yang menjadi perantara dikalangan logger untuk saling berkenalan adalah segmen blogwalking.  Dengan syarat yang mudah dan ringkas, blogger mampu berkenalan dengan lebih ramai blogger lain yang kini semakin bertambah dengan niche yang berbeza.

Kali ini YangBaik join Segmen Blogwalking By Mirza Syazwina.  Mirza Syazwina merupakan pelajar UNIKL.  Cita-cita tidak menghalang kita dari mengambil bidang yang kita minat walaupun nampak seperti berbeza.  Pasti ada kaitan antara satu sama lain.

Jom kita tengok pula ada apa dengan Segmen Blogwalking By Mirza Syazwina.

Segmen Blogwalking By Mirza Syazwina
Segmen Blogwalking By Mirza Syazwina

Segmen ini tamat pada 25 OKTOBER 2015.

Klik banner di atas untuk berkenalan dengan Mirza dan join segmen. :D

Sorang peserta yang bertuah untuk memenangi sebuah kotak misteri.  Nak tahu apa kotak misteri tu. Jom join segmen.  

Jom berikan sokongan kepada rakan blogger.


19 Oktober 2015

Mengapa Entri Menjadi Viral

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Mengapa Entri Menjadi Viral


Sama ada tajuk yang menyebabkan entri menjadi viral atau kerana SEO.  Dua kemungkinan ini adalah antara sebab yang memungkinkan sesuatu entri menjadi viral.  Ada juga entri yang menjadi viral itu langsung tiada sumber ilmu dan panduan.  Sekadar bahan bacaan boleh juga dijadikan sebagai sempadan dalam kehidupan kita seharian.  Walaupun entri viral itu kelihatan seperti tidak bermoral tetapi itulah sebahagian daripada hakikat hidup ini. Ada yang baik dan sebaliknya. Pemikiran dan pendirian yang berbeza mengenai sesuatu isu bukanlah penghalang untuk menjadikan sesuatu entri itu menjadi viral.

viral

Viral


Apa istimewanya entri menjadi viral seandainya langsung tidak memberi manfaat dari segi ilmu dunia ataupun akhir sana.

Sebaik-baiknya kita viralkan entri atau isu yang berfaedah kepada pembangunan minda bukan sekadar untuk kepuasan nafsu yang tidak menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sahsiah.



Mengapa CPUV Bulan Oktober Lewat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mengapa CPUV Bulan Oktober Lewat


Jenuhlah menunggu CPUV muncul pada bulan Oktober, bermula dari 1 haribulan lagi.  Tunggu punya tunggu tak juga muncul.  Mulalah YB terfikirkan kot-kot encik Nuffnang dah merajuk atau ada kesilapan pada link blog.  Tak apa lah sabar lagi.... nak bertanya hantar tiket kepada Nuffnang tu rasa 'leceh'.  Jadi tunggu pula apa kata rakan blogger yang lain.  Tiada juga komentar.  Ada dari kalangan rakan blogger sudahpun menerima iklan CPUV pada minggu pertama Oktober. Oiiii... jeles juga tau.  
Rezeki masing-masing kan.  Mana yang rajin berusaha dapatlah hasil yang lebih.  Kalau dah malas nak update blog maka mana mungkin nak dapat hasil yang lebih.  SEO blog pun masih berterabur.

Tunggu lah lagi... dan akhirnya hari ini baru YB dapat update senarai CPUV yang mula beratur menari di blog YangBaik.

Nah, inilah senarainya.

CPUV 12345 Oktober 2015

CPUV 12345 Oktober 2015


Setelah menunggu sekian lamanya, pada 12 Oktober 2015 barulah muncul CPUV yang pertama iaitu UforLife Launch, iklan mengenai produk insuran.  Diikuti dengan MOH - Exclusive Breastfeeding, Lux Obsession, Sofy Compact dan U-Mobile.  Agak menarik juga iklan CPUV yang muncul kali ini kerana kelima-lima iklan berkenaan YB sempat melihatnya pada waktu siang. Kebiasaannya iklan CPUV akan keluar pada tengah malam atau lewat malam.  

Namun jawapan kepada mengapa CPUV bulan Oktober lewat dikeluarkan oleh Nuffnang masih juga tiada jawapan.

Walau apapun terima kasih juga kepada Nuffnang atas kesudian meletakkan iklan CPUV di blog YangBaik.  Terima kasih juga kepada rakan-rakan blogger yang rajin berkongsi link dan jejak yang memungkinkan Nuffnang meletakkan CPUV lebih banyak lagi.  

Bersama kita menyokong industri blog negara ke arah yang lebih murni.

Sekian.


Keywords Menarik Minggu Lepas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Keywords Menarik Minggu Lepas


Setiap hari pun penuh dengan keywords menarik tetapi tidak pula berkesempatan nak rakamkan di kanvas blog ini.  Ada kalanya nak menaip menjadi malas kerana kurangnya semangat yang kuat dalam diri. Tidak kiralah dengan bermacam-macam alasan.  Kalau nak seribu daya tak nak seribu dalih.  Jadi, marilah kita hentikan reka dalih teruskan usaha untuk meningkatkan jati diri.

Keywords menarik minggu lepas yang ingin dikongsikan adalah berkenaan dengan pencarian maklumat oleh rakan blogger yang singgah di blog ini.  Nak tahu apa yang mereka cari?  Marilah kita tengok.

Keywords 12 - 18 Oktober 2015

Minggu lepas dan seperti minggu-minggu yang sebelumnya blog YangBaik tidak lari dari keywords yang sama tetapi olahan ayat saja yang berlainan.  Sayangnya YangBaik tidak sempat merakamkan keywords menarik minggu yang terdahulu.

Ada di antara keywords yang dicari itu kena tepat dengan tajuk entri di Blog YangBaik.  Nak tahu keywords yang mana satu cuba cari di kotak 'search'.  

Okey, selamat berusaha.



17 Oktober 2015

Ambil positif tolak negatif

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ambil positif tolak negatif

Apa lagi ingin dikatakan bila mata rasa terseksa, hati pula rasa serabut.
Mungkin dari awal kita tidak tahu atau kita tidak perasan apa yang telah diaturkan.
Kita seringkali menjadi mangsa keadaan kerana kita mudah lupa.
Seringkali sangka kita ini hebat walaupun bakat kita tidak sebesar mana, jasapun tidaklah sebanyak mana
Kita seumpama malukut tepi gantang

Kembali kepada fitrah kejadian kita
Kenali dan fahami tujuan asal kejadian kita.



posted from Bloggeroid

14 Oktober 2015

Salam Maal Hijrah 1437

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Salam Maal Hijrah 1437


Selamat menyambut tahun baru hijrah 1437.  Seperti biasa juga, begitu cepat masa berlalu.  Tanpa kita sedari tahun 1436 Hijrah telahpun berlalu dan kini 1437 Hijrah menunggu kita. Apakah kita pasti dengan pengisian rohani sepanjang tahun yang telah lalu.


Salam Maal Hijrah
Salam Maal Hijrah

Kini diari baru bermula untuk tahun baru hijrah.  Semoga lebih banyak penghijrahan ke arah yang lebih baik dapat dilaksanakan pada tahun 1437 Hijrah.  Penuhkan pengisian diari hijrah dengan amalan baik, meningkatkan jati diri dan semangat kerohanian ke arah yang lebih baik secara berterusan disamping berusaha melakukan perubahan pada diri dengan memperkukuhkan pegangan akidah dan syariah, akhlak dan jati diri agar isu-isu kecelaruan akidah dan keruntuhan akhlak serta kemiskinan hidup dapat dihapuskan.

Selamat menyambut Maal Hijrah.  Semoga kita semua dipanjangkan usia dengan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki dengan penuh keberkatan oleh Allah.  Semoga kecemerlangan dan kegemilangan Islam dapat dihayati dan dikembalikan kepada umat di zaman ini.





13 Oktober 2015

Borak Petang Hujung Tahun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Borak Petang Hujung Tahun


Sepetang kalau tidak dapat berborak memang tidak sah.  Rasanya seperti tidak lengkap waktu petang jika tidak dapat borak-borak.  Terutama bila tidak dapat borang dengan orang yang tersayang. Maklumlah kadang-kadang encik yang tersayang kerja sampai malam.  Borak melalui handphone tak puas.  Mesti nak tengok wajah dan dengar suara yang asli bukan suara yang diubah oleh 'mesin'.  

Bila dalam keadaan begini, terkenang pula macam manalah rasanya orang yang terpaksa berjauhan dengan orang yang tersayang.  


gambar hiasan

Petang ni merupakan petang terakhir tahun 1436 hijrah dan masuknya waktu maghrib nanti bermulalah tahun baru 1437 hijrah.  Agaknya sebab kekurangan promosi, kita pun tidak berapa nak ingat sangat mengenai sambutan hujung tahun dan awal tahun.  Yang tahunya esok cuti umum boleh berehat... 


Tidak banyak yang dapat nak diborakkan petang ni sebab mood nak bercuti esok sedang berlegar-legar di minda.  Macam-macam perancangan nak buat walaupun cuti satu hari.

Cukuplah dulu sembang-sembang petang untuk hari ini.  Selamat menyambut tahun baru 1437 hijrah.  

Kenapa Berbuat Baik Kepada Jiran

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kenapa Berbuat Baik Kepada Jiran 


Semua orang pun ada jiran dan tahu siapa itu jiran.  Tetapi sejauh manakah kita berbuat baik dengan jiran kita.  Sungguhlah beruntung sesiapa yang mendapat jiran bertimbangrasa dan mengambil berat. Lagi beruntung lah kita seandainya kita sendiri menjadi jiran yang baik kepada jiran kita.


Bunga hiasan
Bunga hiasan sebagai penyeri entri

Demi Allah, tidaklah seseorang beriman. Demi Allah, tidaklah seseorang beriman. Demi Allah, tidaklah seseorang beriman. Yaitu seseorang yang mana tetangganya tidak merasa aman dengan segala keburukannya.  (HR Bukhari)

In shaa Allah, kita sentiasa berbuat baik dengan jiran kita.

12 Oktober 2015

CONTEST: SAYA NAK HADIAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



CONTEST: SAYA NAK HADIAH


Saya nak hadiah!.  Jarang sangat rakan blogger buat contest tak bagi hadiah.  Cuma cara pemberian hadiah saja yang berbeza.  Kaedah penganjuran contest juga berbeza, bergantung kepada sebab dan punca.  Penerima hadiah juga berbeza ikut rezeki masing-masing.  Tidak sentiasa kita dapat hadiah tetapi yang penting sokongan istimewa kepada rakan blogger.  

Istimewa contest kali ini adalah penganjurnya bershasrat mencapai target 300 follower pada penghujung bulan 10.  Menarik!  In shaa target akan tercapai bila melihatkan kepada bilangan follower sedia ada serta kesungguhan Om.

Jom kita bantu Om capai hasrat murninya itu.  Kita lihat apa yang Om tawarkan untuk contest ini.

Contes Saya Nak Hadiah
Contes Saya Nak Hadiah

Pertama sekali, klik banner di atas untuk join Contest Saya Nak Hadiah.

Adakah belog Ombak Bergigi akan mencapai target 300 follower pada hujung bulan Oktober?

Ya

Anggaran follower: 305. Mengapa 305 Sebab 305 itu adalah anggaran saja dari YB. Jika bilangan follower lebih dari itu bagus sangat-sangat dan jika kurang... usaha lagi.


Apa lagi, jom berikan sokongan anda.  Realisasikan hasrat Om untuk mencapai bilangan follower melebihi 300.

Jangan lupa klik banner di atas untuk turut serta atau klik saja di SINI.

Cepat-cepat contest ini tamat 11 November 2015.

Cara Elak Sakit Hati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Cara Elak Sakit Hati


Jika kita amat-amati, kita sebenarnya tidak mampu untuk mengelak dari rasa sakit hati ke atas sesuatu perkara dan kejadian.  Lazimnya kejadian itu tidak selari dengan keinginan kita maka ia menyebabkan kita menjadi sakit hati.  Bila kita sakit hati, seluruh hidup kita rasa tidak selesa dan rasa serta tidak kena.  Sakit hati juga mampu merosakkan keharmonian hidup kita.  Ada masanya kita sendiri tidak pasti apa yang menyebabkan kita sakit hati.

Hidup ini
Hidup ini.  Gambar hiasan


Antara cara untuk elak sakit hati adalah dengan tidak pedulikan apa mereka buat dan tidak mengikut cara hidup mereka.

Janganlah Anda duduk-duduk (bermajelis) bersama para pengikut hawa nafsu, karena sesungguhnya duduk-duduk bersama mereka akan membuat hati menjadi sakit.  (Ibnu 'Abbas)

Semoga ada sedikit manfaat untuk kehidupan kita semua.

10 Oktober 2015

Mengapa Setiap Blogger Patut Update Perkara Baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mengapa Setiap Blogger Patut Update Perkara Baik


Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, blog ialah laman web yang membolehkan pengguna menulis dan menyimpan diari, catatan, cadangan atau komentar dalam ruang siber. Blog biasanya menggambarkan personaliti, pendirian dan pandangan seseorang pengarang. Sinonim laman blog.

Setiap dari kita pastinya ada sebab tersendiri yang menyebabkan kita berkecimpung dalam dunia blogging.  Mungkin juga ketika blog dibina ia lebih bersifat peribadi dan tidak mempunyai sebab atau niche khusus.  Namun seiring dengan perubahan dan perkembangan dunia blogging, selaku blogger kita adalah sewajarnya menulis untuk kebaikan semua orang terutama pembaca.  

Saya Blogger
Saya Blogger


Mengapa setiap blogger patut update perkara baik?  


Dalam era teknologi maklumat masa kini sebaran maklumat sekelip mata saja sudah mampu meneroka ke seluruh pelusuk dunia.  Terdapat lambakan 'maklumat' yang seringkali memualkan tetapi menjadi viral kerana sifat sebahagian dari manusia yang gemarkan publisiti murahan.  Sehinggakan perkara yang baik itu seolah sudah relevan dengan dunia semasa.  Sedangkan kebaikan itu adalah untuk semua orang dan patut diamalkan setiap masa.

Lihat saja tajuk-tajuk blog yang sering mendapat perhatian ramai, agak menyakitkan mata dan hati. Namun untuk bersangka baik kita boleh saja anggap itu semua untuk pengetahuan.  Tetapi sampai bila minda kita harus disogokkan dengan isu-isu murahan yang langsung tidak memberi faedah kepada perkembangan minda positif.  

Berhati-hati
Berhati-hati


Sebagai blogger, kita harus mempunyai rasa dan hati untuk bertanggungjawab kepada pembaca blog kita dan juga masyarakat umum.  Bukan sahaja maklumat yang kita tulis itu sebagai rentetan kisah peribadi kita, sebaiknya jadikan apa yang dipaparkan di dada blog itu sebagai maklumat tambahan yang membawa kebaikan kepada masyarakat.  Antara perkara yang boleh kita selitkan adalah kebaikan dan keburukan sesuatu perkara dan tidak memaparkan keburukan itu secara total.

Buruk dan baik tulisan kita pada masa kini turut menyumbang kepada imej dan maruah anak cucu kita masa hadapan.

Selamat berblogging.



9 Oktober 2015

Alexa Traffic Ranks Blog YangBaik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Alexa Traffic Ranks Blog YangBaik


Hasrat hati nak mengeluarkan info berkala sebagai audit kendiri untuk blog YangBaik berkaitan trafik yang diperolehi melalui Alexa Traffics Ranks.  Melihatkan kepada Alexa Traffic Ranks Blog YangBaik yang sering menjunam, memberikan satu cara kepada YangBaik untuk memperbaiki kaedah penyampaian dan penulisan di blog.  Usaha itu perlu dilakukan sedikit demi sedikit, biarpun terpaksa melawan masa rehat dan sebagainya.


About Alexa: Founded in 1996, Alexa has a rich history of providing deep analytical insights to benchmark, compare and optimize businesses on the web.


Berikut adalah Alexa Traffic Ranks Blog YangBaik sehingga 9 Oktober 2015.

Alexa Traffic Rank 9 Oktober 2015

Global Rank: 3,106,482, menjunam 2,105,458 berbanding 3 bulan lepas 

Rank in Malaysia:  Tiada data, mungkin juga kerana melepasi rank 500 di Malaysia.

Sentiasa tingkatkan usaha untuk mendapatkan tempat yang terbaik dalam Alexa Traffics Rank.

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...