Pageviews

07 Ogos 2015

Mencari kebaikan setiap hari

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mencari kebaikan setiap hari


Kebaikan ada di mana-mana.  Hanya kita yang perlu mencari dan praktikkan.  Dalam hidup kita setiap hari pastinya ada kebaikan yang kita lakukan.  Sama ada kebaikan itu untuk diri kita sendiri atau kebaikan diri kita itu untuk orang lain.

Pastinya kita akan merasai keperitan bila kebaikan yang kita lakukan seperti tidak dihargai.  Namun bukanlah kuasa kita untuk memaksa orang lain menghargai kebaikan kita.  Pastinya ada kesilapan kita di mana-mana pada masa lain yang kita tidak perasan.  Justeru kita jadikan kebaikan yang tidak dihargai itu sebagai bayaran kepada kesalahan yang telah kita lakukan.  Kerana kita bukanlah selamanya sempurna.


Pagi selasa
Pagi selasa


Lakukan sedikit kebaikan, lama-lama kebaikan itu akan membukit.  Anggaplah kebaikan itu seperti harta Karun yang kita sembunyikan di sebalik tembok tinggi.  Tidak perlu terkinja-kinja menunjukkan kebaikan.

Semoga kebaikan sentiasa mengiringi setiap langkah hidup kita.






6 ulasan:

  1. inshaaAllah .. best bila buat kebaikan sebenarnya , rasa tenang

    BalasPadam
  2. Every day may not be good but there is something good in every day. Betul tak, kak?

    Suka ayat "jadikan kebaikan yang tak dihargai sebagai bayaran kesalahan yang dilakukan". :)

    BalasPadam
  3. Macam menabaunglah kan....sikit-sikit lama jd bukit. :)

    http://alongwawaerna.blogspot.com

    BalasPadam
  4. singgah sini dari segmen blogwalking kak mia..:)

    BalasPadam
  5. Semoga kebaikan akan sentiasa bersama kita setiap masa dan ketika

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.