Pageviews

25 Ogos 2015

Jangan kata makcik tak cakap

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jangan kata makcik tak cakap

Entahlah apa jenis cerita yang nak dijadikan bahan untuk entri kali ini. Nak reka tajuk pun bukanlah mudah. Tapi tajuk kali ini memang spontan datangnya dari naluri seorang ibu yang prihatin dengan anak-anak sekitarnya biarpun anak itu adalah anak orang lain bukan anaknya sendiri. Kita ini wanita apabila jadi ibu naluri kita pastinya berubah menjadi lebih prihatin. Dalam situasi sekarang seorang ibu itu seharusnya memiliki semangat yang kuat ditambah dengan sedikit ketebalan pada mukanya.

Wahai anak-anak, jangan kata makcik tidak pernah cakap atau jangan pernah fikir ibumu juga tidak pernah menasihatimu.

Peristiwa petang tadi bukanlah sesuatu yang mengejutkan bagi kita yang hidup di zaman moden ini. Mungkin ada benarnya bila ada orang mengatakan anak-anak sekarang sudah terlalu bijak dan tidak perlu ditegur.

Lalu, bagaimana lagi kita hendak memainkan peranan sebagai warga yang prihatin bilamana teguran kita sewenang-wenangnya dipersendakan, dipermainkan dan ditertawakan. Mohon jangan terasa.

Wahai anak-anak, jangan kata makcik tak tegur bilamana kamu dewasa kelak. Kerana setiap teguran itu pastinya ada sebab dan akibat bukan sengaja direka.

Peringatan juga buat anak-anakku, hormatlah pada orang dewasa yang menasihatimu. Pastinya ada sesuatu disebalik setiap teguran. Jikapun kamu tidak memahami teguran itu atau kamu tidak mengenalinya... hormatlah dia kerana lebih berumur darimu. Usah dipersendakan teguran itu.

Wahai anak-anak, maafkan makcik ini yang menyusahkan kamu dengan teguran itu. Jangan kata makcik tak tegur.

posted from Bloggeroid

3 ulasan:

  1. zaman sekarang makin kurang anak2 menghormati orang yang lebih biasa..baru2 ni ada brader dalam umur 50 tahun kena tengking dalam komuter pasal terlanggar awek dia...orang ramai kot..terus mamat india ni sound pakcik tu tengking2..pakcik tu inesen je...kalau la SA masuk campur sekali mmg teruk budak tu SA tengking balik...

    BalasPadam
  2. Some of them say "annoying".. Hurrmm luckily my mom taught me a good things and I must say that or maybe during my time the environment not as bad as now + Limited technologies mostly at that time with kelas kuliah subuh and zohor (sbb duduk kampung mmg ada kelas ngaji tahun 1 hingga 6 ) haha " Budak skrang agak biot sedikit" dan juga mungkin Ibu bapa juga main peranan penting membentuk anak2 spt or at least etika yang bersesuaian

    BalasPadam
  3. remaja zaman sekarang ramai dah yang tak hormat orang tua. tak tahu lah apa yang menyebabkan diorang ni jadi macam ni.

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.