Pageviews

19 Januari 2015

Siapa nak jawab

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Siapa nak jawab




Kita biasa didedahkan dengan istilah siapa berani buat beranilah tanggung
Jadi kita akan bertanggungjawab atas setiap tindakan yang kita ambil
Kita tidak lepas tangan begitu saja
Kita tidak sepatutnya melepaskan tanggungjawab kepada orang lain
Walaupun pedih perit dan sukar kita terpaksa terima dan telan akibatnya
Kita tahu setiap dari tindakan yang kita ambil dan buat akan ada kesannya
Jadi kita akan teliti dengan setiap kerja yang kita buat
Kerana kita tahu setiap kesilapan yang kita buat akan ada kesannya
Tiada siapa yang sanggup buat salah
Tiada siapa yang suka dengan sengaja buat silap
Kita aturkan setiap kerja kita dengan teliti
Kita saling percaya mempercayai pada setiap arahan yang dikeluarkan
Bukan sekadar arahan tetapi kita turut serta dalam arahan itu

Siapa nak jawab?
Bila terjadinya kesilapan
Siapa nak jawab?
Bila berlakunya kesalahan
Siapa nak jawab?
Bila ada arahan tidak dipatuhi
Siapa nak jawab?
Bila ada urusan tidak selesai
Siapa nak jawab?
Bila bos bertanya
Siapa nak jawab?
Bila maklumat tidak lengkap
Siapa nak jawab?
Bila tiada jawapan pasti
Jawablah sendiri

Ada soalan tiada jawapan
Kerana kita tidak faham soalan
Kerana kita tiada jawapan
Kerana kita tidak perlu jawab sekarang
Kerana soalan itu sebenarnya ... bukan soalan
Kerana dia memang begitu suka bertanya pada orang yang tidak tahu
Dan bila tiada jawapan.... dia adalah pemenang yang tidak didendang

Siapa nak jawab bila saya bertanya "Awak apa khabar?"

Jawablah dengan jujur

Terima kasih kepada awak semua yang sudi menjawab. Jujur atau tidak hanya awak yang tahu.

posted from Bloggeroid

4 ulasan:

  1. Salam ukhuwah. Jemput singgah dan follow blog saya jika sudi http://mummyfiras.blogspot.com

    BalasPadam
  2. selamat malam..singgah sini jalan jalan..hehehe...
    ruang iklan + review blog/ business dibuka :D
    jom join giveaway juga :D jgn lupa singgah blog Syira Lokman..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih syira.
      akak join giveaway syira bila free

      Padam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.