Pageviews

26 Januari 2015

Awak apa khabar ?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Forum blogger

Gambar hiasan


Awak Apa Khabar?


Tajuk di atas tiada kaitan dengan lagi yang telah menjuarai AJL.  
Tetapi pertanyaan saya tujukan memang khas untuk awak semua yang sentiasa mengikuti perkembangan blog saya.
Sudah hampir 4 hari saya tidak update blog.
Bukan kerana tiada bahan cerita, juga bukan kerana malas atau sibuk.
Kerana sengaja.
Sengaja membiarkan blog ini tidak diupdate. 
Nak lihat sejauh mana blog ini diikuti oleh Alexa Rank.
Nak kata merajuk tidak juga tetapi nak menguji ketahanan diri sendiri untuk berhadapan dengan kerenah zaman IT yang penuh dengan cabaran.
Walaupun setiap hari blog diupdate dengan lebih dari dua atau tida entri, rank tetap juga menyusut.
Nak kata berganjak ke rank yang lebih baik tidak juga.  Macam ni lah cabaran dalam dunia blogging. Sama ada kita update atau tidak, kedudukan itu tetap sama atau mungkin akan menyusut. 
Kata otai blog dan pakar dalam SEO, sebab-sebab rank menyusut adalah kerana kita tidak mahir dalam SEO dan juga entri yang kita lahirkan juga tidak berkualiti.

Okey senang cerita macam inilah dunia seorang blogger sambilan.
Kadang-kadang dapat menulis dengan baik dan kadang-kadang entrinya kosong tanpa maksud yang jelas walaupun dia menulis panjang berjela yang konon-kononnya nak menarik SEO.
Salah juga.

Bukan sahaja Alexa Rank yang merajuk dengan blog yangbaik, Nuffnang juga turut merajuk tak pasal-pasal status bertukar kepada Non-Glitterati.  
Sungguh tak faham dengan Nuffnang, sesuka hati dia jer up status pelanggan.  Walaupun blog ini memasang apa-apa yang berkaitan dengan iklan tambahan selain dari Nuffnang, tetapi juga dia nak tukar status.
Malaslah nak hantar tiket ke kaunter Nuffnang.  
Pandai-pandailah dia ubah sendiri.

Rasanya cukup dulu untuk hari ini.
Walaupun sudang petang, peluang untuk update entri digunakan dengan sebaiknya.


Mari menyertai contest SEO Malaysia Best Blog 2015 dan anda berpeluang memenangi hadiah utama, wang tunai bernilai ribuan ringgit!! Contest SEO ini dianjurkan oleh Ohduit.com.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.