Pageviews

08 Ogos 2014

Jumaat Penghulu Segala Hari | Perancangan dan Pelaksanaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jumaat Penghulu Segala Hari 


Semoga dipermudahkan segala urusan pada hari Jumaat yang mulia ini.

Hampir saja kehilangan kata-kata dan juga semangat hanya kerana satu berita tergempar yang baru diterima. Pagi-pagi lagi dah sibuk menguruskan projek 'mega' yang terjadi secara bidan terjun, walaupun tak suka terpaksa suka dan laksanakan sebaiknya dan semampunya.  Kerana projek ini diterima 'dari langit' dan tidak diketahui siapa empunya pelaksananya.

Tetapi tugas itu bukan sahaja melibatkan saya seorang yang terkejut tetapi banyak lagi pihak yang tidak sangka akan jadi begini.  Dari perubahan tempat dan perubahan ahli serta perubahan agenda.  Buat sementara waktu hanya itu yang terfikir dibenak fikir yang cetek ini.  Lain-lain tugasan penting telahpun dilaksanakan oleh satu pihak lain.  Tugasan saya tidak banyak... itu pada firasat saya dan ia bukanlah kesilapan besar bukan juga kelalaian saya

Jumaat penghulu segala hari.  Permulaan tugas hari ini bermula dari dua atau tiga hari lepas yang datangnya tidak disedari dan juga tanpa diduga.  Bukanlah masalah besar mana cuma agak tergugat sikit bila terasa seperti tugasan itu diserahkan kepada bukan empunya diri.  Sabar dan tabah.

Hari ini ... pagi hari mendapat pujian. Kembang jugak... hati ini berbunga-bunga bukan tidak pernah dipuji tetapi sesaja mengembangkan hati agar urusan hari ini dipermudahkan.

Selesai tugasan penting untuk separuh masa pertama hari ini.  Gembira dan teruja kerana dipermudahkan. Alhamdulillah.

Satu kejutan ini bukan sahaja saya yang tidak suka tetapi satu pejabat tidak suka.  Namun apakan daya kita mampu merancang biarpun untuk 10 tahun akan datang tetapi perubahan itu datang dalam sekelip mata. Lalu apakah yang bakal berlaku dengan perancangan itu.  Haruskan ia diabaikan, dimusnahkan atau murnikan semula.

Senang cakap... semuanya untuk kesenangan dan kemudahan.  Tetapi untuk siapa?  Reda dan pasrah. Maka minda ini perlu disetting semula untuk menerima perubahan itu.  Tiada perubahan yang terus diterima baik. Apa juga yang berlaku perlu mengambil masa untuk diadaptasikan dalam kehidupan seharian.

Sehingga kini, biarpun masih keliru.... pertukaran itu ada sebabnya yang tersendiri.

Semoga dipermudahkan.

4 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.