Pageviews

19 Jun 2014

Bihun Sup power untuk makan tengahari

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bihun Sup Power!!!


Bihun sup ini sebenarnya beli dari cafe untuk breakfast pagi tadi. Tetapi tidak sempat baru makan separuh dah bos panggil ... ada perjumpaan.  Dah agak dah memang akan ada perjumpaan tetapi tak sangka pula secepat ini.  Jadi, makan sikit... tutup bekas dan masuk bilik bos... bla bla bla bla @#$@#$@#$&*** isu sensitif. :P  Hampir setengah jam jugaklah dalam bilik bos.  Bila masuk bilik ... bihun sup pun dah sejuk.  Letak tepi sikit tunggu tengahari sambung makan... sejuk pun sejuklah, sekarang ni musim panas kena banyak makan yang sejuk-sejuk baru tidak naik angin.  Asyik makan panas jer ... menggelegak dalam perut tu yang jadi angin habis satu badan.

Haishhh ... lari topik pula.

Yang sebenarnya.... pada kebiasaannya saya akan sarapan dengan ofis-mate di cafe.  Memandangkan hari ini teman saya itu cuti dan sorang lagi meeting, sorang lagi pulak puasa, yang lainnya bawa bekal makanya tinggal saya seorang.  Nak makan di cafe seorang tu tidaklah rasanya walaupun di cafe tu ramai orang.  Eeeeiii .... tak pernah dibuat makan sorang-sorang.  Kalau dulu pernah juga tetapi tidaklah selalu.  masa mula-mula sampai ke sini... belum kenal orang lagi.

Banyak juga menu lain antaranya nasi lemak, nasi goreng, kuetew, bihun, bubur nasi dan kueh mueh.  Tetapi hati terpaut dengan bihun sup.  Layan diri yer ... ambil kuah sendiri dan ikat sendiri. Orang ramai dah tak terlayan dek pekerja cafe.

Cerita ni memang lintang pukang... kejap atas kejap bawah... apa nak buat memory lost sekejap.  Ingatan pun tak berapa stabil sebab ingat macam-macam.  Habis lunch sambung blogging... sat lagi sambung buat kerja pula.

Sekian adanya... kisah di sebalik bihun sup power untuk makan tengahari.  Cubalah!!

:P



8 ulasan:

  1. sedapnya...dik an suka makan bihun sup letak sambal kicap bebanyak...argh melting hihi

    BalasPadam
  2. slurrrppp.. selamat makan tghariii.. hehhee

    BalasPadam
  3. lama jugak dah tak makan bihun sup ni...

    BalasPadam
  4. sedapnye tgok mihun sup tu, dhle hantu sup...teheee

    BalasPadam
  5. memang peberet akak bihun sup nie..tapi kalau nakcari takut tak kena dengan tekak nie...

    BalasPadam
  6. tetiba teringat nak mkn bihun sup utara mn nak cari uwarrghhh :'(

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.