Pageviews

17 April 2014

Pertama kali tonton Romi Cinta Julia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tonton Romi Cinta Juli Full Episode
Sumber gambar

Pertama kali menonton drama Romi Cinta Julia melalui slot Lestary di TV9.  Tak pasti pula episod ke berapa yang ditonton pada kali ini.  Agak menarik juga kerana sebelum ini tidak pernah menontoh sepenuhnya kerana berebut siaran tv dengan anak-anak (skema je kan).

Drama ini sebetulnya boleh dijadikan panduan bagi sesiapa juga yang menontonnya.  Walaupun sekadar drama tetapi mempunyai mesejnya yang tersendiri.

Namun berlainan pula dengan encik suami...
katanya drama ini agak membosankan kerana ada saja masalah.  Tak habis-habis dengan masalah.  Semuanya nampak macam ada masalah... skemanya...

Pada pandangan aye... memang betullah banyak masalah kerana segalanya berpunca dari sikap dan ego watak yang terdapat di dalam drama Romi cinta Julia.  

Tidak tahulah di mana daya tarikan pada drama Romi Cinta Julia... pendokong watak utamanya muka baru dan tidak berapa dikenali tetapi lakonan mereka nampaknya mantap. Nak komen panjang lebar aye bukanlah penonton setia drama Romi Cinta Julia.  Tengok cuma sekali sekala bila berpeluang.

Walau apapun setiap dari kita mempunyai pandangan sendiri.  Terpulang kepada kita untuk membuat penilaian tetapi ia tidak seharusnya menjejaskan industri filem dan drama negara kita.

Sekian adanya.  

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
suka duka pentas dunia
#doauntukMH370

$$$$$

1 ulasan:

  1. yup.. dila pun suka tengok.. and my sis lagi2 laa suka tengok.. katanya senyuman hero dalam cerita tu manis.. ahaha ap2 pun best gak cerita ni :)

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.