Pageviews

13 April 2014

Letih berbaur hampa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Letih dan kecewa bercampur baur sehingga terasa sungguh kecewa... dengan diri dan dengan harapan.  Semoga titipan ini mampu memadam rasa kecewa yang tersembam di dasar hati.



Telah kian lama kau ku intai
Telah puas mereka mengadu
Hingga aku hampir lesu
Dibuai aksimu membuat aku hampir kaku

Peluang itu bukan sekali dua
Malahan berulang-kali
Ku pujuk hati jiwa agar bersama
Mengikut rentakmu seraya menari

Saksi itu tidak bisu
Tidak juga bisa menipu
Namun rentakmu tetap begitu
Sesekali saja tidak selalu

Letih ini bukan kerana lagakmu
Letih ini kerna kecewa
Gagal menarikmu ikut rentakku
Kerna pasti aku jua tidak sempurna
Namun hasratku hanya satu
Menutup fitnah yang melata
Seakan buta mata kalbu
Tuduhan itu buat aku kian menderita

Hampa itu bercampur baur
Antara suka dan kecewa

Haruskah suka dengan keputusan ini
Atau kecewa dengan sikapmu
Dalam diam membuka amarah
Lalu dibiarkan saja perasaan itu berlalu

Pasrah dengan sikapmu
Membuatkan aku seakan semalu
Sembunyikan diri kerana malu
Gagal menjadi idola di angin lalu

Sehingga kini dan selamanya aku sentiasa mengharapkan yang terbaik dalam setiap detik nafasmu
Biarlah kecewa duka laraku ini humbankan saja

Selamat berbahagia....
posted from Bloggeroid

2 ulasan:

  1. nape ne kak. pilu je puisi tu. have a great weekend ahead kak :)

    BalasPadam
  2. penuh makna ealaupun tak faham isu sebenar, yang penting mudahan semuanya dipermudahkan, selesai dan berkesudahan yang baik...

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.