Pageviews

14 April 2014

14.4.14 | 18 bulan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari ini, sekali lagi post entry mengenai budak ini.  Pagi tadi dah buat post mengenai dia yang bakal ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak.


Gambar: #MuhammadAbid di #kkia #nervous tunggu giliran untuk #suntikan #18bulan. Giliran #14. Huwaaaa
Muhammad Abid | Teruja atau cuak neh?

Pagi tadi, bawa Abid ke KKIA (Klinik Kesihatan Ibu dan Anak) untuk pemeriksaan berkala... kira macam berjadual.  Jika tidak ikut jadual... bising jer misi kat KKIA macamlah kita sengaja walhal kita pun ada kerja lain yang kadang-kadang terdesak kan.  Sabar jer lah...  


Lepas hantar abang dan kakaknya ke sekolah, barulah ayah hantar umi dan Abid ke KKIA.  Wah!!! perasan macam orang pertama yang sampai atau paling tidak pun orang ke dua atau ketiga.  Rupa-rupanya sangkaan umi meleset sama sekali... baru jam 7.55 dah dapat giliran ke-14.... ada orang lain yang lebih awal.

Nak kata seperti biasa tak juga tetapi hampir sama.  Masih ada ruang untuk diperbaiki di KKIA.  Abid memang tidak banyak kerenah... senang jaga Alhamdulillah!  Masa timbang diam, masa ukur tinggi pun diam.  Cuma tak boleh diam masa menunggu yang lama.  Agaknya dah jemu menunggu bertambah dengan mengantuk.

Setelah hampir satu jam menunggu baru tiba giliran Abid... sebutan misi pun tak berapa tepat namanya Abid tetapi dengar macam sebut Abib... walaupun makna nama itu masih lagi baik tetapi tidak sama ... isk isk isk.... bukanlah isu besar pun sebab tiada nama yang serupa dengannya ketika itu.  

Hari ini setelah genap usianya 18 bulan, maka kenalah diberikan suntikan suka atau tidak terpaksa akur dengan kehendak semasa. 

Bimbang juga akan demam.  Menurut 'misi' yang bertugas 'baby' akan demam mengikut antibodi dan kalau demam pun tidak lama dan tidaklah kuat sangat.

Untuk itu, umi perlu juga bersedia dengan ubat demam.  

Petang tadi, balik dari ofis keadaan Abid agak suam-suam kuku.  Nak demam tetapi lincah jer.

Walaupun tak kuat panasnya, perlu juga bersedia.  Sebelum tidur Abid diberikan ubat demam yang diambil dari klinik berdekatan kerana KKIA tidak sediakan ubat demam.

Sementara menunggu drama Mencari Datin tamat sempatlah singgah ke blog rakan blogger yang turut serta dalam segmen  Promote Blog Kaw Kaw  oleh Mak Dara.

Sekianlah coretan untuk malam ini.  

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
suka duka pentas dunia
#doauntukMH370



$$$$$

1 ulasan:

  1. salam kenal dr blog mak dara.. sy pun join segmen tu .. bdk² mmg mcm tu nak demam lg kuat main dan lincah... moga abib kuat semanagt..

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.