Pageviews

18 Februari 2014

Tugas mendesak yang tidak menentu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sibuk dengan anak-anak
memang tidak boleh dielakkan.
Sibuk macam mana sekalipun
kerenah anak-anak tetap kena layan.  Gambar hiasan

Hari yang sibuk.  Macamlah tiada hari yang tidak sibuk.  Dalam sibuk pun masih sempat lagi berblogging.  
Ambil masa sekejap.


Buat entri ni untuk makluman kepada Rakan Blogger yang singgah.  Kalau-kalau ada yang tertanya-tanya mengapa YB tidak singgap kembali blog mereka.  YB akan ambil masa yang sesuai untuk singgah ke semua blog Rakan Blogger yang singgah.  Sabar yer.

Petang semalam mesyuarat Ekspo Selangkah ke UiTM 2014.  Hari ini, tengok dalam planner tiada apa-apa yang tercatat.  Jadi ambil peluang ini untuk menyiapkan minit mesyuarat Ekspo Selangkah semalam dan minit mesyuarat TAPA yang baru siap separuh.  Sebenarnya banyak lagi kerja sampingan yang menunggu sebabnya sekarang YB menanggung tugas rakan sepejabat yang Cuti Bersalin.

Dalam keadaan tertentu kadang-kadang ada saja tugas yang mendesak.  Kalau tidak disusun dengan betul mau pengsan jadinya... sabar dan tenang.


suka duka pentas dunia


$$$

2 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.