Pageviews

11 Februari 2014

Corak Tribal Untuk Wallpaper

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Entri kali ini mempamerkan corak persis tribal.  Corak Tribal mula popular pada awal tahun 2013.  Boleh dikatakan di mana-mana kelihatan corak tribal sama ada pada baju, tudung atau dress.  Pada musim perayaan tahun lepas 2013 kita pasti telah melihat berjenis-jenis pakaian menggunakan corak tribal.  Adakah corak berkenaan akan kembali menjadi pilihan pada tahun 2014?  Sama-sama kita nantikan.



Bagi blog yangbaik pula, corak tribal pertama kali dikeluarkan pada Mac 2013 dengan tema Inspired by Denaihati.  Klik sini untuk melihat corak berkenaan.

Sedar atau tidak lazimnya corak tribal yang dicetak pada baju adalah dari jenis kain licra. Nampak warna macam ranggi tetapi keadaan kain licra dirasakan kurang sesuai untuk dijadikan pakaian kerana ia melekap pada badan dan menampakkan susuk badan. Sungguh tidak sesuai.  Melainkan corak berkenaan diletakkan pada kain yang sedikit tebal tetapi selesa seperti jeans (bukan skinned jeans) atau cotton.

Corak tribal pada kali ini dikeluarkan sekadar untuk berkongsi rasa dan pengetahuan yang terbatas ini.

Silakan menjamu pandangan.  Semoga ada yang berkenan :D

Corak tribal pertama dua ribu empat belas


corak tribal kedua bagi tahun 2014



corak tribal ketiga untuk tahun 2014.


Koleksi corak tribal ini diilhamkan bagi menjawab persoalan dan pencarian "corak tribal wallpaper".  Terima kasih di atas pencarian ini.  Sekurang-kurangnya memberi peluang kepada YB untuk mengenalpasti siapa yang suka berkunjung di blog ini atau paling tidak dapat juga mengetahui apa sebenarnya yang diiingini oleh pembaca blog ini.


Mungkinkah corak-corak tribal di atas boleh dijadikan wallpaper di pc anda?



suka duka pentas dunia


$$$

8 ulasan:

  1. tak pandai le bab2 ni tu sebab kekalka aje apa yg ada ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul juga... dah selesa dengan cara sedia ada asalkan sopan

      Padam
  2. memang trend skrg corak tribal ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. trend corak tribal ni kadang tenggelam kadang timbul... :D

      Padam
  3. corak tribal ni kadang² ikut trend kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul lah... tenggelam sekejap pastu timbul semula ...

      Padam
  4. Terlalu colorful corak tribal ni...tapi ramai peminatnya. Ia menyerlah penampilan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang colourful tetapi jika kena dengan gaya, penampilan akan nampak menarik dan tidak serabut :)

      Padam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.