Pageviews

25 Februari 2014

Ada apa dengan pujian

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ada apa dengan pujian

Bukan hendak mempersoalkan pujian yang diterima.  Tetapi untuk mengingatkan diri sendiri supaya tidak mudah terpengaruh dengan pujian.  Lantas untuk lebih menguatkan jati diri, sebaik saja terima pujian ucaplah Allhamdulillah ; segala pujian hanya bagi Allah.

Andainya kita terleka dengan pujian yang diberikan... kelak dibimbangi kita akan kecewa yang teramat sangat bila mengetahui ada orang yang mencela kita.  Celaan itu tidak semestinya datang dari orang yang memuji tetapi orang lain yang tiada kaitan dengan pujian.

Pada pandangan aye sendiri, tidak salah untuk memberi pujian di atas kejayaan atau kebolehan rakan kita.  Tetapi pujian itu hendaklah ikhlas datang dari hati yang suci bukan pujian itu kerana ada tujuan yang tidak baik.  Tidak salah juga untuk kita menerima pujian tetapi hendaklah penerimaan pujian itu diiringi dengan rasa rendah diri dan perhambaan kepada Allah.

Semoga setiap pujian yang kita terima datang dari lubuk hati yang suci.



suka duka pentas dunia


$$$

1 ulasan:

  1. Dengan pujian boleh memberi semangat dan motivasi tetapi pujian juga boleh membawa kpd sombong dan bangga diri.
    Sukarnya menetapkan hati...

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.