Pageviews

10 Januari 2014

Cabaran atau peluang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Cabaran atau peluang

Masih terkesan lagi dengan ungkapan yang tertera pada banner satu majlis dan kemudiannya diungkapkan pula oleh seorang ahli akademik pada bulan lepas.  Ungkapan yang cukup memberi makna dan rasanya inilah peluang yang aye perolehi setelah berjaya melepasi cabaran untuk hadir ke program berkenaan.  Nama program yang diringkaskan dengan CHAD2013.



Ungkapan yang dimaksudkan ialah "Jadikan Cabaran sebagai Peluang".  Memang diakui aye sendiri amat takut dan tidak berapa suka dengan cabaran di tempat kerja... terutama cabaran kerja yang tiada kaitan dengan bidang tugas.  Mana tidaknya bila berhadapan dengan satu tugasan baru yang bukan dalam bidang kita, menuntut banyak pengorbanan seperti korban masa dan yang agak perit terpaksa berhadapan dengan dugaan yang kita sendiri tidak tahu dan tidak pasti bagaimana akan terjadi.

Sebenarnya cabaran itu memberi kita peluang untuk bersemuka dengan kerenah baru.  Jika kita tidak sanggup berhadapan dengan cabaran sudah pasti kita tidak akan menemui peluang baru.  Tidak semestinya peluang itu dalam bidang tugas kita tetapi dalam pelbagai situasi.

Setelah mendapat peluang baru ianya tentu juga memberikan kita sedikit kelebihan dan keupayaan walaupun terhad. Dengan kelebihan yang ada bukanlah bermakna kita boleh mencantas orang lain sebaliknya peluang itu memberikan kita satu nilai tambah baru tanpa kita sedar.

Berusaha berhadapan dan menempuh cabaran menjadikan kita lebih 'kebal' dari segi emosi dan spiritual. Namun kita seharusnya berwaspada dengan cabaran yang akan kita tempuhi.  Persiapkan diri, mental dan fizikal agar tidak membebankan pemikiran kita.

Setiap cabaran yang berjaya kita tempuhi menambah ilmu dan kemahiran.  Kegagalan dalam cabaran berkenaan jangan pula bersedih atau kecewa kerana kegagalan bukanlah penamat kepada kehidupan.

Teruskan hidup seperti biasa dan kumpul semula semangat baru untuk terus berjaya dan berjaya.


suka duka pentas dunia
yangbaik.blogspot.com


$

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum yangbaik, in shaa Allah akan terus bersemangat dalam hidup dan kerjaya. hehe. sihat ke? lama sheila tak singgah sini :)

    BalasPadam
  2. Salam Admin yang baik. Nice entri. Semoga lebih bertekad dan bersemangat menjalani hidup yang penuh liku2 ini :)

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.