FOLLOWER

31 Januari 2014

Bekerja pada hari cuti umum sempena Tahun Baru Cina

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Corak ini merupakan corak ke-11 bagi tahun 2014.
Telah beberapa hari dihasilkan
hari ini baru berjaya diterbitkan untuk tatapan umum.


Selamat bercuti sempena Tahun Baru Cina.  Kebetulan pula tahun ini TBC jatuh pada hari Jumaat, menjadikan cuti untuk hujung minggu kali ini bertambah kepada 3 hari.  

Namun tidak semestinya 3 hari itu hari cuti buat semua kerana bagi sebahagian daripada kami terpaksa bekerja pada hujung minggu ini.  Termasuklah aye dan rakan-rakan sepejabat.  Bezanya pada hari cuti ini kali tidaklah perlu bergelut berebut trafik dengan bas sekolah, cikgu atau ibu-bapa yang hantar anak ke sekolah.  Tak perlu juga kejar thumb-print kerana masuk jam berapapun tidak menjadi soal.  Asal masuk pejabat dapat siapkan kerja apa yang patut sudah cukup bagus.  Yang bagusnya pada hari cuti sebegini tidak banyak gangguan seperti deringan telefon atau pelanggan yang datang bertamu.

Disebabkan kami tidak menyambut CNY maka tidaklah terasa sangat kesedihan terpaksa bekerja.  Cuma kasihan kepada anak-anak terpaksa ditinggalkan di rumah.  

Selamat bercuti dan selamat bertugas kepada semua.

Apapun aktiviti anda hari ini... semoga yang terbaik buat anda.  Berhati-hati di jalan raya.  Pastikan kesihatan dan kebajikan keluarga terpelihara.



suka duka pentas dunia





$$$



Cakap sikit-sikit sudahlah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya. Barangsiapa yang banyak salahnya, maka sedikitlah rasa malunya. Barangsiapa yang sedikit malunya, maka sedikit pula sikap wara'nya. Dan barangsiapa sedikit sikap wara'nya, maka matilah hatinya

(Umar Al Khatab)

30 Januari 2014

2ND GIVEAWAY BY NABILAMEDAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





2ND GIVEAWAY BY NABILAMEDAN




Tekan Banner diatas untuk sertai giveaway ini.

Giveaway ini mendapat tajaan daripada Hazwan Hairy, Zara Nurhaidah, Akma Khaieri, Emas Putih, Ieta Mad Sa'ad, Nur Shuhada Abdullah, Julia Jamaludin, Amirul Syahnaz dan Blog Eita.

Giveaway ini dianjurkan oleh Nabila Medan.

Top Refferal bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50.

Hadiah bagi kategori cabutan bertuah ialah seperti Wang Tunai RM100, Wang Tunai RM20, Bag, Shawl Satin, Shawl Glitter, Novel, Havoc Tshirt, Geek Tshirt, Wolf88 Tshirt, Topup, Kasut, Rantai dan juga Subang.

Sebanyak 15 orang pemenang bertuah dicari bagi memenangi hadiah-hadiah tersebut. Giveaway kali ini mencari seramai 16 orang bagi mendapatkan hadiah dalam kategori top refferal dan juga kategori cabutan bertuah.




suka duka pentas dunia


$$$

Pencarian 50 Bloglist Mamaniza.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera







Tiba-tiba dalam kesibukan menyiapkan dokumen untuk audit... teringin pula nak join Pencarian 50 Bloglist Mamaniza.com.  Entahlah ... asyik mengadap dokumen dan fail saja mesti bosan kan?

Jom hilangkan kebosanan anda dengan menyertai segmen ini.  Haa... baik punya promosi.

Rugi tak join segmen ni... Blog Mamaniza.com memang best.  Macam-macam maklumat ada. Yang paling menarik bila mama bagi nasihat... tersentuh juga.  Ala macam mak-mak yang bagi nasihat kepada anak-anaknya.  Dah bodek banyak-banyak nie... semoga termasuk dalam Bloglist ehhh.

Mama okey kan?... hehehe

Nak join segmen (opps segmen ker? hentam sudah) sila klik pada banner di atas.

YB nak sambung mengadap dokumen pula... jangan lupa klik banner di atas.



suka duka pentas dunia
yangbaik.blogspot.com


$$$

Tertipukah kita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Banyak orang gembira yang tertipu. Dia makan, minum dan tertawa, padahal telah jelas di dalam kitab Allah bahwa dia adalah bahan bakar neraka

(Bilal bin Sa'ad)

28 Januari 2014

Sambal Tumis Sotong Kembang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sambal Tumis Sotong Kembang di dalam kuali

Malam-malam ni buat cerita tentang makanan pulak eh... Sebelum tidur mengarang cerita sambil memekakkan telinga mendengar panggilan 'Acik' ajak tidur bersama.  Begitulah dia setiap malam... kadang-kadang melemahkan semangat umi nak mengarang... dok asyik 'peram' dia tidur sampai umi pun terlena sekali diulit mimpi... :P

Pengenalan sering kali 'tak boleh blah'.  Asyik merapu jer.  Korang yang baca ni janganlah berkecil pulak ehh.  Aye bukannya rajin sangat nak mengarang panjang lebar... kalau banyak sangat tulis nanti banyak pulak yang merapu.  Tetapi kadang-kadang ada isi juga tau... itupun entah bila datang angin rajin mencari maklumat... heeee

Sambal tumis sotong kembang.  Dah hampir seminggu rasanya beli sotong kembang, simpan dalam peti ais menunggu angin rajin dan mencari semangat memasak yang semakin hilang... blurr betul lah nak masak pun kena tunggu angin.... kannnnn. Bukannya tak pernah memasak, hari-haripun memasak juga tetapi cukup sekadar ikan goreng, ayam goreng kunyit, telur dadar.  Itu jer yang sempat tambahan pula anak-anak memang tak makan makanan yang 'pelik-pelik' ni... Mereka cuma kenal ikan dan ayam goreng jer.  Bukannya tak pernah masak lauk lain tetapi ... itulah mereka sentuh sikit dan akhirnya tinggal umi dan ayah jer yang habiskan... Jadi nak memasak yang istimewa seperti sambal tumis sotong kembang ni memang kena tunggu angin dan semangat.

Kenapa sambal tumis sotong kembang?  Kalau nak ikut jawapan anak-anak, mereka akan jawab selamba dan skema la sangat... macam ni "umi memang pandai masak, masakan umi sedaplah" dan macam-macam jenis pujian yang kadang-kadang tak masuk akal umi pun ada.  Dan ... pujian mereka kadang-kadang buat umi keliru adakah harus umi masak macam ni setiap hari atau sesekali saja.

Sambal tumis sotong kembang... masa zaman aye kanak-kanak atau remaja belia dulu tak berapa ingat berapa kali makan.  Mungkin pernah jumpa tetapi tak makan sebab tak suka kerana pedas.... haaa.... kan anak-anak dah ikut... hehehe.  Tidak lah sangat, masa remaja dulu kan terpengaruh dengan rakan sebaya kalau makan seafood nanti muka tumbuh jerawat.  Entah apalah sangat dengan jerawat masa tu... tempek bedak sejuk hilang lah... kannnn

Sambal tumis sotong kembang sekarang ni sudah menjadi makanan kesukaan dalam rumah kami... anak-anak pun dah semakin pandai makan... tak kiralah umi buat pedas ke pedor ke... mereka okey jer... Saaaayang umi... hehehe

Sekian adanya serba sedikit penjelasan berkaitan sambal tumis sotong kembang.  Bukan entri resepi tetapi lebih kepada cerita di sebalik sambal tumis sotong kembang.  Kalau korang nak resepi meh cari kat blog Che Mat Gebu.  Banyak resepi menarik di situ.

Terima kasih kerana sudi membaca hingga sini... nantikan episod berikutnya.


suka duka pentas dunia
yangbaik.blogspot.com


$$$

Mencari yang mulia dan dermawan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Apabila akhirat ada dalam hati, maka akan datanglah dunia menemaninya. Tapi apabila dunia ada di hati maka akhirat tidaklah akan menemaninya. Itu karena akhirat mulia dan dermawan, sedangkan dunia adalah hina

(Abu Sulaiman Ad Daroni)




suka duka pentas dunia


$$$

Duhai insan budiman

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


republish entry


pemandangan petang... gambar hiasan



Duhai awak yang budiman
Hari ini seorang lagi jiwa terluka lara
Hanya kerana menjalankan tugas
Jiwa itu tertekan

Duhai awak yang budiman
Hari ini dia kecewa
Hanya kerana melaksanakan amanah tugas
Dia dihentam dicerca
Bukan sahaja hari ini dia terluka 
Dulu semalam juga dia telah kecewa
Dia berduka lara
Namun wajahnya ceria
Tidak menampakkan setitispun derita jiwa
Kerana dia tahu semua insan adalah budiman

Duhai awak yang budiman
Kerja buatnya bukan suka-suka mengejar pangkat darjat kelangit lepas
Sama seperti awak juga
Kerjanya adalah kerana minat dan semangat

Duhai awak yang budiman
Tahukah awak apa disebalik senyum tawanya
Senyum tawa itu tirai duka lara 
Bersemadi di sanubari

Duhai awak yang budiman
Gurau senda ada batasnya
Barangkali awak tidak menduga 
Gurauan itu mencakar jiwa
Merobek jantung berlandas kecewa
Menjengok nestapa bertamu lara

Duhai awak yang budiman
Di mana letaknya budimu tuan
Hingga longgar segala pertimbangan
Tanpa menghirau duka sarat barat
Jenuhnya menyekat kudrat
Menghias peribadi
Menjerat 
Pangkat
????

Duhai awak yang budiman
Hulurkan pertimbangan 
Sembuhkan derita kian membukam
Semoga hasrat terlaksana mulia
Tanpa ada dendam kesumat

Duhai awak yang budiman
Mahukah kalian berhati mulia
Kembalikan kegemilangan
Pulihkan semula jiwa lara
Sentiasa ada baik sangka
Itulah awak jejaka budiman


Nukilah:  yangbaik
Ditulis pada:  9.00 pm, 27012014


$$$

Di mana setitis air mata

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


gambar hiasan.  sumber mr. google


Sungguh, saya meneteskan setetes air mata karena takut kepada Allah, lebih saya cintai daripada bersedekah 1000 dinar

(Abdullah ibn 'Amr)


suka duka pentas dunia


$$$

27 Januari 2014

Hari ini Isnin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


"Isnin yang puteh"


Hari ini Isnin.  
Terlewat lagi keluarkan entri.
Kerana kesibukan yang melanda
Termasuk juga kemalasan semalam
Semalam sepatutnya buat entri auto publish
Tetapi entah mengapa idea itu lesap... dan lenyap

Hari ini Isnin.
Baru sekarang berkesempatan buat entri
Setelah selesai makan tengahari
Bukan menunggu waktu solat
Kerana azan Zohor baru saja berkumandang
Semoga tidak terlewat
Menunggu giliran atau biarkan saja

Hari ini Isnin.
Banyak sungguh perkara dan tajuk bergelegar di kepala.
Semoga ingatan itu tidak luput
Nantikan saatnya
Sama ada lewat atau cepat
Hanya takdir yang menentukan

Hari ini Isnin
Semoga kekalutan hari ini tidak berterusan
Semoga hari esok dan hari-hari berikutnya berjalan lancar

Hari ini Isnin
Terima kasih kepada yang sudi menjengah
walau sekadar sebaris ayat
ucapan terima kasih siling berganti




suka duka pentas dunia




$$$

26 Januari 2014

Malu bertanya sesat jalan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sekarang walaupun bukan musim cuti sekolah sesekali ada juga jemputan majlis perkahwinan.  Musim perkahwinan tidak terhap kepada cuti sekolah sahaja.  Walaupun secara lazimnya pada musim cuti sekolah saban hari ada saja majlis perkahwinan.


gambas hiasan


Tangan kiri atau tangan kanan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


tangan kanan atau tangan kiri.
gambar hiasan


Janganlah kalian makan dengan tangan kiri sebab setan itu makan dengan tangan kiri.
(HR Muslim)










suka duka pentas dunia
yangbaik.blogspot.com


$$$

25 Januari 2014

First Giveaway By Mellya & Iola

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





http://dumtaradumdum.blogspot.com/2014/01/first-giveaway-by-mellya-iola.html


Satu lagi entri sebagai sokongan kepada Rakan Blogger yang baru menjinakkan diri dalam dunia blogging.  Juga sebagai sokongan kepada group FB yang berkecimpung dalam dunia bisness online.

Pelihara maruah dan nama baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


gambar hiasan

Pelihara maruah diri sendiri dan maruah keluarga.  Maruah adalah lambang kehormatan dan nama baik.  Adalah penting untuk kita menjaha nama baik keluarga kerana dari keluarga itulah asal usul kita.  Jika pun maruah sudah tercemar tak perlu diperbesar-besarkan.... simpanlah ia baik-baik.

Bunyi anak kucing di waktu pagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



gambar hiasan
Bunyi anak kucing?  Mana?

24 Januari 2014

1st Anniversary Giveaway by Janahazana.blogspot.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera







Sekali lagi pada hari yang sama join giveaway.  Memang untung ada giveaway dapat buat entri dengan lebih mudah dan secara tidak langsung kita dapat mengenali lebih ramai blogger.

Siap sebahagian

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Baru selesai menyiapkan sebahagian daripada kecelaruan pada 'setting' dan 'lay-out' blog.  Siapnya dah lama tadi tapi baru sekarang nak buat 'remedi' sebab dok sibuk dengan nak buat entri.  Jadi sebelum terlupa baik buat entri ini sekarang... Bunyinya macam gah sangat yer.  Macam hebat jer ... kannnn :P

Sebenarnya aye tidaklah handal mana dalam kerja-kerja 'setting' blog.  Masih lagi sedang belajar dan akan terus belajar.




Gangguan pada blog

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Blog ini dalam proses penyelenggaraan.

Akan terdapat beberapa kekeliruan ketika melawat blog ini.

Namun gangguan itu tidak lama kerana pemiliknya dalam proses menambahbaik dan menukar template blog.

Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan kerja-kerja menambahbaik tergendala sebentar.

Semoga dapat bersabar dan teruskan berkunjung ke blog ini.




Segmen Ina Sazali Mencari Rakan Bloglist 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Entri ini dikeluarkan sebagai penyertaan dalam Segmen Ina Sazali Mencari Rakan Bloglist 2014.  Untung dan menariknya blogger yang turut serta dalam segmen ini akan dimasukkan dalam Blogslit blog Ina Sazali... hebatkan?  Sungguh teruja dan rasa bangga... :DDD

Semoga sejahtera di hari Jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Pagi-pagi macam ni sungguh terkesan sekali dengan bunyi.
Maklumlah nak berhadapan dengan suasana kerja yang bakal ditempuhi hari ini.
Sungguh kita tidak tahu apa yang bakal berlaku.
Namun tidak salah kira merancang dan berdoa semoga yang terbaik untuk hari ini.

23 Januari 2014

Apa yang dirancang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Rencana jahat itu tidak akan menimpa selain orang yang merencanakannya sendiri.
(QS Faathir: 43)

22 Januari 2014

Gambar Hari Rabu | Aktiviti Seni

Assalamualaikum dan selamat sejahtera








Jagalah dua perkara itu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


kereta di panah petir.  Gambar hiasan


Perkara yang paling banyak mengantarkan orang masuk ke neraka adalah mulut dan kemaluan.

(HR Tirmidzi)


suka duka pentas dunia


$$$

21 Januari 2014

Bekerjasama antara ahli keluarga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bekerjasama bukan penderaan tetapi satu proses belajar bertanggungjawab. Kerana melalui amalan ini kita akan dapat memahami betapa kesusahan dan keperitan yang dialami oleh orang lain.  Betul tak?

Nak bagi contoh kerjasama yang lain aye tak pandai.  Tetapi berkongsi semangat kerjasama yang ada pada anak-anak aye sendiri.  Contohnya pada hujung minggu yang lepas.  Bukan atas ajakan atau arahan tetapi sekadar pemakluman sahaja.  Berebut mereka bertiga menolong ayahnya mencuci kereta.  Kereta kecil saja.


Penyebab masuk syurga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



gambar hiasan



Sesuatu yang paling banyak memasukkan orang ke dalam surga adalah taqwa kepada Allah dan akhlaq yang baik.

(HR Tirmidzi)




suka duka pentas dunia


$

20 Januari 2014

Malam ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


pemandangan malam.  gambar hiasan


Malam ini tidak dapat nak update cerita-cerita mengenai potret keluarga.  Gambar di atas adalah gambar kitar semula yang diambil pada malam kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen.

Tidak dapat update banyak bukan kerana tida cerita tetapi kerana sakit kepala.  Seharian berkursus...ditambah pula dengan kerja-kerja yang baru masuk dan kerja tertangguh yang tidak dapat disiapkan.

Sekarang nak rehatkan kepala yang sedang memberat ni.

Terima kasih atas perhatian semua.


suka duka pentas dunia
yangbaik.blogspot.com


$$

20 Januari 2014 | Corak Pertama tahun ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Agaknya dah lama sangat tak keluarkan entri dengan corak terkini.  Seringkali beberapa entri yang dikeluarkan sebelum ini ada diselitkan corak-corak yang 'dikitar semula'.  Iaitu corak yang dihasilkan daripada beberapa siri entri yang lepas berkaitan dengan corak.

Hari ini setelah dikumpul beberapa keringat dan mengerah idea terkini untuk tahun 2014 maka terhasillah corak yang pertama untuk tahun 2014.  Terdapat beberapa warna pilihan dalam rekacorak yang hampir sama.

Lihatlah corak-corak ini.

Corak Pertama dengan campuran  dan adunan warna merah jambu


Jauhilah perbuatan tidak berfaedah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Sang semut lazimnya dilihat sebagai pemusnah.  Gambar hiasan


19 Januari 2014

19 Januari 2014 | Macam tak best jer

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Nak pergi taman permainan kanak-kanak tak sabar-sabar
Baru sampai dah kata 'tak best'

Giveaway Birthday Azhafizah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Bersempena dengan ulangtahun kelahirannya pada tahun ini bogger cantik manis Azhafizah menganjurkan Giveaway. Giveaway ini menawarkan hadiah bertemakan kreativiti dan paling menarik setiap peserta akan mendapat kalendar desktop tahun 2014 sebagai wallpaper.  Menarik!

Menariknya tema giveaway ini adalah 'Be Original'.  Yup! bagus sangat sebagai blogger atau apa juga pekerjaan yang kita lakukan jadilah diri sendiri tanpa perlu bergantung kepada orang lain atau terikut-ikut dengan cara orang lain.

Apa yang kita lihat sekeliling kita mungkin akan mempengaruhi perwatakan dan peribadi kita... tetapi janganlah sampai kita terbawa-bawa dengan pembawakan orang lain yang tidak sesuai dengan diri kita. Jadilah diri sendiri.  Kreativiti tidak terhad tetapi perlulah dibatasi dengan moral setempat dan jati diri.

Giveaway Birthday Azhafizah ini berlangsung mulai 13 Januari 2014 hingga 7 Februari 2014.

Jom ramai-ramai turut serta.  Untuk keterangan lanjut sila klik pada banner di atas atau di SINI.



suka duka pentas dunia
yangbaik.blogspot.com


$$$

Berlagak dan sombong

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak omong, yang berlagak dalam berbicara, dan orang-orang yang sombong.

(HR Tirmidzi)



19 Januari 2014 | Aktiviti sebelumnya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Inilah rupa dari belakang pembantu peribadi blogger yangbaik. hehehe
Tadi dia minta susu... umi minta tunggu sekejap nak siapkan sikit lagi, kalau tinggal nanti umi terlupa nak sambung kat mana.

18 Januari 2014

18 Januari 2014 | Jangan usik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


nampak tak 'notis' yang tertera pada cebisan kertas putih itu?
Kalau tak nampak sila klik pada gambar untuk pembesaran tulisan

Masih lagi tak nampak?
Meh nak bagi tahu pada cebisan kertas itu tertulis " ini Alif punya, Alif tengah melukis"

17 Januari 2014

Siapa kawan kita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Langit tidak selalu cerah.  Semoga kawan yang dipilih itu mampu membantu kita ketika susah.  Kawan yang setia adalah kawan yang mampu menyimpan rahsia suka duka kita dan menegur kesilapan kita.  Gambar hiasan.


Manusia itu mengikut agama kawannya. Maka hendaklah diperhatikan siapa yang hendak dijadikan sebagai kawannya.

(HR Tirmidzi)



suka duka pentas dunia


$$$

16 Januari 2014

Pintu surau terkunci

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jom Solat.  Solat lima waktu tiang agama


Al kisah... bagaimana sebuah surau tempat ibadah umumnya, khususnya tempat solat boleh terkunci pintunya.  Semua ini gara-gara kesilapan percaturan atau kesilapan dalam membuat penilaian.  

Antara nikmat dan syukur

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



diambil dari komputer, sesuai untuk dijadikan wallpaper di desktop.  Gambar hiasan semata-mata tiada kaitan dengan jalan cerita.  Namun boleh dijadikan 'sempadan' dalam kehidupan.


15 Januari 2014

15 Januari 2014 | Possing sebelum tidur

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




lepas mandi walaupun dah malam
baru boleh tidur




15 Januari 2014 | Rabu tanpa kata

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


hadiah dah sampai boleh buat koleksi
penerimanya belum sampai lagi 



Pohon nan sebatang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




gambar sebelum hari ini




Berdoalah yang baik-baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



gambar hiasan


Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasannya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran

14 Januari 2014

14 Januari 2014 | Cuti Umum Balik Kampung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Abid ketika ini berusia 15 bulan genap.
Pakai baju abang dan seluar abang juga.  Masih molek dan elok dipakai.  
Nampak rupa macam suka bergaya... tengoklah besar nanti..

14 Januari 2014 | Maulidur Rasul 1435

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Hari ini ini 12 Rabiul Awal 1435 Hijrah bersamaan 14 Januari 2014 Masehi.  Hari Maulidur Rasul s.a.w.

Agak lewat sangat aye keluarkan entri berkaitan Maulidur Rasul.  Dah lewat malam dah. Apa tidaknya siang tadi balik kampung... petang sikit layan tetamu datang rumah.

Benci atau suka

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



corak ke empat ini sekadar hiasan.  tiada kaitan dengan petikan surah di bawah.



Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

(QS. Al Baqarah 2:216)


suka duka pentas dunia
yangbaik.blogspot.com




$$

13 Januari 2014

13 Januari 2014 | Jom mengaji

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Irdina Huda.  
Gambar dirakam sebentar tadi... sejurus  selepas solat Maghrib.
Sebelum pergi mengaji di rumah ustazah.
Ayah hantar... sekejap lagi ayah ambil eh..



Petang 13 Januari 2014, Isnin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari ini, Isnin 13 Januari 2014 bersamaan 11 Rabiul Awal 1435.  Umi dan ayah bekerja seperti biasa.

Umi dan ayah balik kerja mesti disambut anak-anak terutama Inas.

Ini adalah sebahagian gelagat Inas sewaktu menyambut kepulangan umi dan aya pulang dari kerja.  Gembira bukan main lagi.  Sampaikan tak sempat pakai selipar.  

Jangan kata tidak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


gambar dari akaun instagram yangbaik.  belum publish lagi ehhh


Kenapa jangan kata tidak?  ... dulu-dulu masa mula-mula masuk kerja, pernah dan selalu juga kawan baru (sebenarnya bos) akan kata "jangan kata tidak boleh" atau "jangan kata tidak tahu".  Mula tu bukan tak faham apa yang dimaksudkan tetapi tak faham mengapa 'bos' mesti kata macam tu... kat aye.  Tak suka sungguh... macam benci pun ada.

Jangan sombong

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina

(QS. Al Mu'min: 60)




suka duka pentas dunia

12 Januari 2014

Ada apa dengan kuasa manusia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




gambar hiasan


Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingat pula bahwa Allah lebih berkuasa membalasnya.

(Umar Al Khatab)




SEGMEN: Bloglist 2014 by Kiera Rashid

Assalamualaikum dan selamat sejahtera







Untuk makluman semua berikut adalah antara petikan daripada penganjur Segmen Kiera Rashid; 
"kiera teringin nak bagi hadiah misteri untuk 4 peserta SEGMEN ini . So, 4 PESERTA bertuah sedang dicari untuk memenangi HADIAH MISTERI ini . Dan semua peserta kiera akan kiera letakkan di dalam bloglist 2014 Kiera . Mari JOIN segmen ini =)"


Segmen ini dijangka tamat pada 21 Januari 2014.


Jom ramai-ramai berikan sokongan kepada Kiera Rashid.  Klik pada banner di atas untuk turut serta.



suka duka pentas dunia




$

11 Januari 2014

Makan lewat malam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Nak kata pengaruh rancangan Supper TV9 tak juga tetapi dari rancangan tu dapat idea nak buat cerita pasal makan lewat malam ni.

Malam-malam sebelum ini bukannya tak pernah makan lewat tetapi jarang-jarang sangat makan lewat malam, atas sebab kesihatan.  Memang tidak elok makan lewat terutama selepas jam 10.00 malam.  Kalau nak makan juga sekadar 3 atau 4 keping biskut tawar cicah teh o.

Mini GA Bookmark Limited Edition By Emas Putih

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Assalamualaikum


Mini GA Bookmark Limited Edition By Emas Putih di anjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Zara Nurhaidah dan Iluvtour. Siapa yang nak join sila tekan banner di atas :)



suka duka pentas dunia


$

Bagaimana Mahu Bahagia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Pemandangan waktu petang.  Gambar hiasan



Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir untuk nafsunya dan menjadi nakhkoda untuk bahtera hidupnya.

(Ali)

Nuffnangers pada hari ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Baru berkesempatan update entri terpanas untuk hari ini.  Pagi tadi tak sempat nak berblogging... sibuk masak untuk anak-anak dan encik suami.  Maklumlah pada hari cuti macam ini bila tiada kerja lebih masa atau tiada aktiviti luar... maka dipenuhkan masa terluang dengan aktiviti masak-masak.

Selepas makan bersama keluarga... keluar 'jalan-jalan' sekejap pusing bandar Seri Iskandar sampai ke Puncak Iskandar... hajat nak tengok perkembangan rumah baru tergendala kerana jalan ke sana belum siap. Masuk pusing-pusing di kawasan perumahan Desa Iskandar, kebanyak rumah di sana adalah dari jenis banglo mewah dan memang besar-besar.  Suka melihat suasana di kawasan berkenaan kerana boleh nampak kelainan dari segi lanskap dan hiasan luar serta reka bentuk rumah yang pelbagai...

10 Januari 2014

Cabaran atau peluang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Cabaran atau peluang

Masih terkesan lagi dengan ungkapan yang tertera pada banner satu majlis dan kemudiannya diungkapkan pula oleh seorang ahli akademik pada bulan lepas.  Ungkapan yang cukup memberi makna dan rasanya inilah peluang yang aye perolehi setelah berjaya melepasi cabaran untuk hadir ke program berkenaan.  Nama program yang diringkaskan dengan CHAD2013.

Memang kita tidak sempurna

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


gambar hiasan

Entah macam mana tiba-tiba dapat idea nak tulis tajuk macam ni.  Tak tahulah macam mana pengisiannya. Point nak tulis dah ada tetapi bimbang huraiannya tidak menepati tajuk dan point yang dimaksudkan. Bukanlah terdesak sangat sehingga buat tajuk macam ni.  Tetapi atas kesedaran diri sendiri dan untuk ingatan kepada diri bahawa kita ini memang tidak sempurna apatah lagk maksum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...