Pageviews

23 Jun 2013

Larangan mandi malam sejauh mana kepatuhannya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


gambar sekadar hiasan tiada kaitan dengan jalan cerita


Larangan mandi malam.  Masih teringat ketika zaman kanak-kanak sehingga ke zaman sekarang yang jadi mak budak, selalu orang tua tegur jangan suka mandi malam... tak elok untuk badan.

Kalau zaman kanak-kanak dulu balik dari mengaji basuh kaki terus je masuk tidur.  Memang tak berani nak mandi sebabnya masa tu bilik air di luar rumah...  so memang patutlah kalau takut mandi malam.

Bila dah meningkat remaja sikit, zaman sekolah menengah masuk asrama.  Kadang-kadang basuh baju malam-malam lepas waktu 'prep' jam 10.30 malam.  Teringin juga nak mandi tapi takut sebab malam gelap, kawan-kawan sebilik pun laju jer masuk bilik... katanya tak boleh duduk bilik air lama-lama nanti kena kacau... so alasan masih sama.  Walaupun begitu sesekali ada juga kawan yang berani boleh bawa teman mandi jugak malam pun, terutamanya lepas kelas tambahan malam...panas.

Bila dah masuk zaman dewasa sikit, zaman kerja duduk rumah sewa dengan kawan-kawan, jauh dari mak (tak der orang nak tegur walaupun seringkali diperingatkan).  Balik dari kerja malam, mandi.  Kalau tak mandi tak boleh nak tidur, mana tidaknya badan dah rasa melekit berpeluh seharian bekerja, baju pun dah bau masam mengalahkan cuka.

Sesekali bila malam minggu tak balik kampung, keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan tak kiralah 'window shopping' atau sekadar menjenguk indahnya pemandangan malam diterangi lampu neon.  Bila balik ke rumah sewa... apa lagi sebelum tidur mesti mau mandi... kalau tidak memang sakit telinga kena 'kutuk' baik punya  dengan kawan-kawan.

Dan, bila dah berumahtangga, sesekali bila keluar jalan-jalan dengan keluarga, malam baru balik rumah... mandi juga kan sebelum tidur. 

So...dimanakah letaknya kepatuhan terhadap larangan mandi malam.

sama-sama kita fikirkan keburukan dan kebaikan mandi malam...

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.