Pageviews

06 April 2013

Senarai Kempen CPUV Mac 2013

As salam,


Sehingga hari ini, kempen Nuffnang iaitu CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns bagi bulan Mac 2013 merupakan yang terbanyak dalam sejarah penyertaan blog yangbaik dalam NUFFNANG.  Belum pernah dalam sejarah blog yangbaik menerima iklan CPUV sehingga 5 kempen dalam satu bulan.  Walaupun terdapat sebahagiannya telahpun dikreditkan tetapi ianya amat bermakna sekali.


Sudah agak lama aye memikirkan untuk membuat cerita mengenai Kempen CPUV tetapi sering tertangguh bukan kerana alasan skema tetapi kerana memikirkan peristiwa yang lepas-lepas.  Di mana setiap kali aye bercerita mengenai kempen yang nuffnang sumbangkan ke blog yangbaik, tidak lama selepas itu kempen berkenaan akan tamat.  Sama ada secara kebetulan atau tidak itu kurang pasti tetapi ianya memberi sedikit fobia.

Lantas aye terfikir mungkin juga kerana setiap kali bercerita mengenai kempen-kempen berkenaan, ia mendatangkan riak.  Nauzubillah.  Sebenarnya tujuan aye bercerita mengenai kempen berkenaan adalah sebagai penghargaan kepada Nuffnang kerana memberi peluang kepada blogger picisan seperti yangbaik mendapat kempen CPUV.  

Bagi blogger cap ayam seperti yangbaik ini, apabila mendapat kempen CPUV sedikit sebanyak ia memberi motivasi dan semangat untuk terus menghasilkan karya yang bernilai tinggi atau paling tidak ada juga sedikit isi untuk panduan dan bacaan umum.

Berikut adalah senarai kempen yang dimaksudkan:



Semoga kempen ini akan terus kekal lagi untuk satu tempoh masa yang panjang dan mendatangkan sumber untuk blog yangbaik.

Terima kasih NUFFNANG dan terima kasih juga kepada anda semua yang menjadi pendokong kebangkitan blog yangbaik.

Sekian.

3 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.