Pageviews

09 April 2013

Membaca Menambah Ilmu dan Pengetahuan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Seiring dengan perkembangan semasa dan juga perubahan usia, adalah wajar sekali bentuk dan bahan bacaan kita berubah.  Seiring dengan masa dan juga umur serta tahap kefahaman.  Walaupun demikian sesekali buku awal bacaan perlu juga diteliti untuk bahan bacaan anak-anak.  

Antara koleksi bahan bacaan.



Majalah Nur merupakan salah satu bahan paling disukai suatu ketika dulu... ketika masih muda belia.  Memang banyak sumber dan ilmu pengetahuan dapat dijadikan panduan hidup dan kerjaya melalui Majalah Nur.


Selain dari majalah, buku-buku ilmiah bercorak motivasi dan keagamaan juga turut di menjadi bahan bacaan.  Bezanya jika buku sebegini selalunya lambat dihadham.  Nak kata sebab usia tidak juga tetapi lebih kepada masa.  Walaupun semua orang mempunyai masa yang sama iaitu 24 jam, tetapi agihan masa itu penting untuk  kebaikan diri dan memenuhi keperluan rohani dan jiwa.


Sementara itu, buku agama sebegini sudah tentu menjadi bahan bacaan wajib setiap hari.  Walaupun dibaca setiap hari, masih lagi menjadi rujukan dan tidak mampu dihafal sepenuhnya.  Hafalan itu sudah ada tetapi bagi memastikan tiada kesilapan dalam bacaan dan tafsiran serta susunannya.


Bahan bacaan tambahan wajib untuk menambah pengetahuan dalam bidang berkaitan serta memberi pendedahan dalam ilmu-ilmu keagamaan.


Bahan bacaan seperti novel lazimnya sekadar untuk mengisi minat membaca dan juga untuk menambah pengetahuan dan pengkayaan bahasa.

Selamat membaca!

2 ulasan:

  1. membaca dan menambah ilmu selari dengan menuntut hingga ke liang lahad...selamat membaca yer.

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.