Pageviews

17 Mac 2013

[Nuffnang] Kad Kredit Generasi Baru

As salam,
Catatan ini dibuat khusus sebagai menyahut cabaran dan panggilan melalui email oleh nuffnang. Hasilnya adalah kerjasama dari semua pihak termasuk ahli keluarga lain yang turut memahami hasrat hati.

Walaupun tidak sukar untuk mereka corak, tetapi melakar corak yang mampu memberi impak kepada corak penggunaan kad kredit bukanlah sesuatu yang mudah. Ini adalah kerana kad kredit bukan sahaja satu gaya hidup baru tetapi kad kredit turut memainkan peranan penting dalam pengurusan sistem kewangan generasi muda.

Kad Kredit Generasi Baru




Konsep
Konsep yang digunakan untuk kad kredit ini adalah berdasarkan situasi semasa dan global. Konsep ini berkaitan dengan keselamatan dan kerahsiaan data maklumat kewangan. Semua orang yang menggunakan kad kredit sudah pasti mahukan jaminan keselamatan ke atas maklumat kewangan. Disamping itu kerahsiaan maklumat kewangan kad kredit juga penting bagi memastikan pengguna kad kredit terasa aman dan terjamin serta tidak rasa terancam.

Warna Tema Kad

Warna Oren dipilih sebagai warna tema. Warna Oren selain daripada mewakili warna buah 'orange', ia juga turut melambangkan jiwa generasi muda yang gemarkan aktiviti yang ceria, lasak dan aktif. 

Warna oren turut melambangkan keselamatan. Bukan sahaja semata-mata merujuk kepada pentafsiran dari wikipedia, tetapi warna oren begitu dekat dalam kehidupan seharian kita. Jika dilihat pada alat-alat yang berada di sekitar kita. Antara yang paling dekat adalah 'trunking pipe' turut berwarna oren/jingga. 

Justeru warna oren digunakan sebagai tema untuk keselamatan pada kad kredit ini. Ini adalah kerana Keselamatan merupakan perihal selamat, kesejahteraan atau keamanan. 
Pengguna perlu diyakinkan bahawa keselamatan maklumat kad adalah terlindung dan bebas daripada masalah seperti:

  1. Penyalahgunaan kad
  2. Jaminan keselamatan aliran kewangan
  3. Gangguan emosi seperti psikologi, perasaan, kesihatan dan lain-lain yang melibatkan ketenteraman.
Ini bermakna kad kredit berkenaan perlu mempunyai sistem kawalan dan jaminan keselamatan seperti tidak mudah ditiru dan mudah dikesan jika hilang.
Nama kad: Secure n cubic
Kad kredit ini diberi nama secure n cubic kerana berkaitan dengan keselamatan. Maksud secure merujuk keselamatan iaitu dilindungi serangan, selamat, rahsia dan stabil dari sudut kewangan dan maklumat.
Cubic merujuk kepada corak yang tertera di atas kad. Cubic atau kubik merujuk kepada bentuk petak empat persegi yang melambangkan hak persendirian dan terasing dari campur tangan pihak luar. Tidak mudah diganggu dan kuat dan teguh kerana mempunyai enam dinding yang melindungi.
Cubic juga merujuk kepada bentuk moden masa kini yang mewakili jiwa generasi muda yang gemar kebebasan tetapi masih lagi patuh kepada peraturan yang melingkarinya.
 
Kesimpulan
 
Isu keselamatan merupakan sesuatu yang penting dan wajib diberi perhatian utama dalam menangani hak-hak pengguna demi kebaikan bersama dalam sesebuah komuniti. Apabila pengguna merasa selamat produktiviti kerja akan meningkat dan dapat menyumbang kepada ekonomi yang stabil untuk terus menggunakan kad kredit berkenaan.

Generasi muda yang lasak dan aktif sudah pasti tidak mahu mengabaikan keselamatan maklumat kewangan mereka terdedah kepada mana-mana pihak. Kesibukan dengan aktiviti di tempat kerja dan aktiviti sosial bersama keluarga dan rakan sudah pasti menuntut pengorbanan masa justeru jaminan keselamatan kad kredit adalah amat penting.


Akhirnya baru tersedar bahawa entry ini telah terlewat dipublish... 

Tetapi tidak mengapa... simpan buat ingatan diri sendiri mengenai kepayahan dan kesukaran mereka cipta corak kad dan juga ayat-ayat cinta bagi menjelaskan penggunaan warna dan corak sebagai tema kad kredit buat generasi baru.

Last but not least:  Bukan entry syok sendiri

:P

.

1 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.