FOLLOWER

31 Januari 2013

Gembirakah saat ini?

As salam,




Amat sukar untuk digambarkan perasaan ini
Gembira bercampur baur gelisah
Resah dan keliru bercampur aduk
Kesedihan pula datang bertamu
Di kamar kelam ia berputar
Lalu dimanakah lagi harus diadukan perasaan ini

Hanya pada Yang Esa tempat mengadu
Hanya Yang Maha Esa Maha Mengetahui
Semoga dimudahkan segala urusan
Semoga dirungkaikan segala kekusutan yang melanda
Semoga disembuhkan segala kesakitan hati dan perasaan
dengan kesembuhan yang tidak berulang sakit dan penyakitnya
Semoga kegembiraan itu hanya untuk yang Satu
bukan kerana bahan mainan



Banyak orang gembira yang tertipu. Dia makan, minum dan tertawa, padahal telah jelas di dalam kitab Allah bahwa dia adalah bahan bakar neraka  (Bilal bin Sa'ad)

30 Januari 2013

Ada apa dalam hati

As salam,


wallpaper hiasan


Apabila akhirat ada dalam hati, maka akan datanglah dunia menemaninya. Tapi apabila dunia ada di hati maka akhirat tidaklah akan menemaninya. Itu karena akhirat mulia dan dermawan, sedangkan dunia adalah hina.
(Abu Sulaiman Ad Daroni)

29 Januari 2013

Awak! Tawaran itu bukan kehendak saya

As salam,


wallpaper hiasan |  helaian air mata? 

Awak!
Sudah lama saya dimomokkan mengenai tawaran itu
Sebelum itu ia sekadar gurauan 
bukan berbentuk tawaran tetapi gurauan yang serius barangkali
oleh rakan-rakan yang sekadar menguji atau memang mereka bersungguh-sungguh tetapi tidak sepenuh hati
tawaran itu ditolak dengan gurauan juga

Awak!
Baru-baru ini saya ditawarkan lagi
kelihatannya seperti serius 
walaupun begitu ia mungkin tidak rasmi
sebab itu saya tidak bersungguh-sungguh menelitinya
walaupun begitu ia tetap mendatangkan kebimbangan dan kerisauan
hanya segelintir saja yang tahu mengenai tawaran itu

Awak!
Pada dasarnya saya hanya menceritakan tawaran itu kepada 3 atau 4 orang sahaja
yang saya rasakan boleh menyimpan rahsia ini 
atau boleh berfikir dengan waras mengenai keseriusan tawaran ini
namun sesekali terdengar juga gurauan mesra 
dari orang yang saya maklumkan mengenai tawaran tidak rasmi itu
saya pasti mereka tidak berminat untuk mengetahuinya
kerana saya yakin mereka tahu siapa saya 
dan apalah yang saya ada untuk dapat dan terima tawaran seumpama itu


wallpaper | kesilapan yang tersirat

Awak!
Bukan niat saya tidak menceritakan tawaran itu kepada awak
sebenarnya saya buat keputusan untuk tidak menceritakan kepada awak
kerana saya tahu awak pasti tidak suka dengan tawaran itu
dan saya juga sebenarnya tidaklah suka sangat dengan tawaran itu

Awak!
Bila saya rasa saya perlu ceritakan kepada awak
mengenai tawaran itu
awak selalu tiada
saya fahami kesibukan awak
dan kesibukan saya juga
atau mungkin juga semasa ada peluang
saya terlupa membincangkan tawaran itu dengan awak
kerana sebenarnya saya tidak berapa suka dengan tawaran itu

Awak!
Walaupun ia satu tawaran yang mungkin ditunggu oleh banyak orang
tetapi saya yakin dan pasti tidak semua orang sanggup menerima tawaran itu
termasuk juga saya
bagi saya tawaran itu terlalu besar bagi saya insan kerdil 
saya juga masih lagi mentah 
umpama setahun jagung
masih lagi hingusan dalam bidang ini

Awak!
Kini tawaran itu datang lagi 
dan ianya seperti serius sangat
saya memang tidak sanggup
tetapi entah mengapa saya terkedu
tawaran itu datang saat saya sedang keliru

sumber gambar tidak diketahui

Awak!
Tawaran itu memang menarik tetapi datangnya bersama provokasi
walaupun menarik saya tahu banyak durinya
lalu saya terfikir untuk menolak terus 
tetapi saya faham kedudukan saya
umpama mentimun
ditolak tergolek tak tolak pun tergolek (betul ker ni?)

Awak!
Mungkin juga kesilapan saya ketika berbicara
maka keputusan saya itu telah disalah tafsir

Awak!
Memang bukan itu keputusan saya sebenarnya
saya faham kedudukan saya
saya harus menolaknya dengan cara yang baik
dalam masa yang sama saya harus jaga kedudukan saya
saya sedar kedudukan saya bukanlah tinggi mana pun
saya sedar kepandaian saya tidaklah hebat mana
saya sedar kebolehan saya hanya sekadarnya

Awak! 
Saya masih sedar siapa diri saya
saya tidak mahu kepercayaan itu diabaikan 
tetapi saya juga harus jaga maruah diri saya

Awak!
Awak mesti bantu saya membuat keputusan
dan sewajibnya awak tolonglah saya 
pastikan tawaran itu ditarik balik

Awak!
Ketahuilah tawaran itu sebenarnya menyesakkan nafas
dan mungkin juga mampu mencalar kebahagiaan semasa

tetapi sekiranya itulah hakikat yang harus saya terima 
maka saya akan terimanya
melainkan saya diberi pilihan untuk menolaknya atau menangguhnya
dan meneruskan kehidupan saya sekarang dengan lebih aman 
dan menambahbaik prestasi sekarang
seterusnya melaksanakan perancangan
tanpa sebarang halangan

Awak!
Akhirnya saya sedar catatan ini terlalu panjang berjela
namun untuk menceritakan segalanya yang terbuku di hati dalam satu baris amat sukar


'suka duka pentas dunia'

(^-^)

28 Januari 2013

Corak | Siri Kemboja untuk semua

As salam,


Hari ini aye siarkan gambar corak atau design dari koleksi peribadi bertemakan kemboja.  Corak-corak yang simple dan ringkas ini adalah hasil kerja tangan aye sepenuhnya dan ada sebahagian kecil adalah sumbangan idea oleh Alif... ikut warna kesukaannya.

Corak-corak ini untuk anda semua yang sudi singgah di blog picisan ini.  Sudi-sudikan.

birunya kemboja 

kemboja di bintang

enam kemboja

kelopak kemboja

tersurat merah kemboja

Hanya ini dulu yang sempat dipamirkan buat kali kali ini.  Gambar corak di atas molek juga dijadikan sebagai wallpaper di desktop komputer atau mana-mana yang berkenan seperti gambar kulit untuk facebook.

Sudilah kiranya meninggalkan pesan di kotak komen sekiranya corak di atas menarik minat.  


'suka duka pentas dunia'

27 Januari 2013

Orang muda mampu ada keluarga

As salam,



serpihan pelangi pagi



Wahai generasi muda, barangsiapa di antara kamu telah mampu berkeluarga hendaknya ia kawin, karena ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Barangsiapa belum mampu hendaknya berpuasa, sebab ia dapat mengendalikanmu.  (HR Muttafaq Alaihi)

26 Januari 2013

Hari Sabtu dan kisah sebaliknya

As salam,



bunga misteri

Hari ini Sabtu, 26 Januari 2012.  Dah tengahari baru nak mula menulis.  Sepatutnya hari ini sekeluarga lepak-lepak kat rumah buat aktiviti gotong royong perdana 5S.  Maklumlah rumah pun dah tak berapa nak kemas... sibuk memanjang. 

Paling tidak pun berkebun.  Dah lama sangat tak buat aktiviti tu.  Sekadar tengok saja pokok di rumah mak cantik-cantik banyak pula tu.  Memang sejuk tangan mak.  Apa saja yang dicucuk semuanya tumbuh subur menghijau termasuk juga yang menumpang teduh.  Apa lagi rumput lah.  Tetapi sekarang mak sudah tidak berapa sihat.  Pokok-pokok yang ditanam oleh mak dulu semakin layu dan kekuningan persis merindukan belaian sejuk tangan mak.

Tangan aye tak berapa nak sejuk.  Tanam pokok bunga tak berapa hari, tak sempat sampai sebulan dah mati.  Tak terjaga.  Bukan malas tapi tak sempat.  Termasuk pokok bunga misteri seperti di dalam gambar di atas.  Cerita mengenai dah tersiar tak lama dulu.

Tanaman kucai pemberian mak dalam pasu dulu pun dah mati.  Ada yang kena cabut dek anak-anak, tangan yang montel... geramnya.  Sekarang cuba tanak pokok cili pula.  Mudah-mudahan menjadi.


rindukan saat ini
Hari Sabtu juga biasanya tetapi tidaklah selalu, makan roti canai atau tosei di kedai mamak.  Tetapi hari Sabtu ni aye bekerja, encik suami juga bekerja.

Tengoklah perancangan petang nanti menjadi atau tidak.  Kasihan kepada anak-anak terpaksa memerap di rumah lagi.  Tetapi mereka dah biasa sebenarnya... perlu dibiasakan? 

bubur biji nangka
Jika ada kelapangan petang Sabtu ni buat bubur biji nangka.  Kalau menjadi lah, kalau tak jadi buat jer buah melaka atau onde-onde tak pun lepat tikam.  Hmmm... ketayap pun boleh juga.

Sementara itu di ofis ini pada hari Sabtu ini buat kerja dengan sebaik-baiknya.  Walaupun masih dalam mood terkejut tetapi pekerjaan mesti diteruskan.

Semoga yang terbaik untuk anak bangsa ku.

'suka duka pentas dunia'


Antara bakti kepada ibu dan tugas

As salam,


wallpaper hiasan: petak kasih

Sudah berkali-kali dan kerapkali juga kita sering diingatkan mengenai amalan untuk kebaikan dunia dan akhirat.  Antaranya berbuat baik kepada ibu bapa.

Namun sering kali juga kita tertewas dengan kehendak tugas.  Sementara itu jangan diabaikan bakti kepada ibu... semoga ibu mengerti. 

Sukarnya membuat pilihan.

Untuk itu juga kita seharusnya mengerti harapan seorang ibu.


Tiga amal yang lebih utama: sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang dijalan Allah.  (HR Bukhari)


'suka duka pentas dunia'






25 Januari 2013

Anak-anak, cuaca dan remedi

As salam,


'Hujan dan panas serta ombak laut'

Keadaan cuaca sekarang tidak menentu.  Sekejap panas dan mendung dan tiba-tiba pula hujan tanpa sebarang peringatan.  Keadaan cuaca yang  tidak menentu ini bukan sahaja tidak baik untuk anak-anak kecil bahkan orang dewasa juga.

Kadang-kadang dengan keadaan cuaca yang  tidak menentu bercampur pula dengan aktiviti luar yang tidak dapat dipisahkan dengan dunia kanak-kanak dan bercampur lagi dengan aktiviti sekolah sepanjang minggu boleh mendatangkan keletihan dan lemah badan kepada kanak-kanak.

Ayat skema tak hengat sangatlah kan, macam lah pakar kaji cuaca atau pakar kanak-kanak. :D

Jadual kelas ini telah berubah untuk kali ketiga dalam tempoh 4 minggu.

Nak diceritakan sekarang ini dah masuk penghujung minggu ke-4 anak-anak mula sekolah.  Sudah mula nampak kesan sampingannya.  Antaranya baju sekolah dah pandai pakai sendiri sepenuhnya tanpa bantuan, kerja rumah (kerja sekolah yang dibuat di rumah) pun dah pandai buat sendiri, buku aktiviti sudah dapat sepenuhnya dan siap dibalut termasuk juga dah pandai bercerita aktviti riadah di sekolah dan arahan yang diberikan oleh cikgu.  Perkembangan yang sungguh baik untuk anak-anak berusia 7 tahun dan 6 tahun.

Ini lagi satu ala-ala pakar perkembangan kanak-kanak pula. :D

Pemandangan di belakang itu telah berubah sepenuhnya,
tiada lagi kehijauan

Oleh kerana banyaknya aktiviti harian, anak-anak kadang-kadang (dan memang pun) tidak mendapat rehat yang cukup.  Sementelahan pulak memang lah anak-anak aye ni tak pandai nak duduk diam.  Asal sihat dan ada masa lapang bukanlah mereka nak berehat atau tidur tetapi lebih suka dengan aktiviti kanak-kanak seperti bermain dengan jiran sebelah paling tidak ke ‘pondok atuk’ menunggu atuk berkebun atau bersembang dengan kawan sebaya (Alia).  Kalau kata nak rehat sekejap sangat iaitu ketika minum susu, itu dah kira dahaga sangat.  Ajak makan, jika tiada makanan ‘feveret’ memang lambat sikitlah sanggup ulang minum susu.

Bila badan agaknya dah letih sangat, barulah nampak dok menempek depan tv.  Nampak baik dan sopan je memasing.  Masa tu barulah umi rasa macam aman tetapi sebenarnya tidak, kerana ‘kediaman’ mereka  itu menandakan kesihatan mereka telah merosot. 


Ketika itu mereka (anak-anak)  mungkin dalam proses membaik-pulih semula kesihatan dan menjadikan mereka cering-cering (istilah apa ni?)  Cepat-cepat ambil asam keping (wajib ada di setiap rumah) rendam dalam mangkuk kaca berisi air biasa dan sapu di kepala.  Ini remedi tradisional. 

Sama ada guna asam keping atau asam jawa sama saja.  Aye lebih suka asam keping kerana ia lebih bersih dan tidak comot seperti air asam jawa.  Dengan menyapu air di kepala boleh melegakan panas badan terutama kanak-kanak.

Ewah! Macam mak nenek pula :D.  Memanglah petua ni pun kan turun temurun dari nenek moyang kita.

Lagi satu sekiranya panas berlarutan cepat-cepat bawa ke klinik.  Selalunya musim cuaca tidak menentu klinik memang penuh dengan pesakit kanak-kanak yang demam kadang-kadang termasuk juga pesakit dewasa.

Dah jumpa doktor ambil ubat balik rumah minum atau makan ikut sukatan yang diberikan.

Terdapat juga dalam keadaan dan masa tertentu, ubat dah habis termasuk lah antibiotik pun dah habis tetapi demam masih tak kebah (istilah tradisional lagi).  Apa nak buat?  Nak ulang pi klinik semula?  Terpulang lah. 

Tetapi bagi kita yang  bekerja keadaan ini memang membimbangkan terpaksa pula isi borang keluar waktu pejabat untuk bawa anak ke klinik.  Member kat ofis pun mulalah menjeling semacam... lepas tu bergosip, macamlah dia tiada masalah.  Tapi itu bukan masalah besar bagi kita, kerana bukan kita yang minta tetapi sudah qada’ dan qadarnya begitu.  Biarkan sahaja gosip di pejabat itu, buatlah apa yang terbaik untuk anak-anak kita dan keluarga kita.  Gosip tu bukan menunggu artis jer , kita yang bukan artis pun memang tak boleh lari dari gosip.... kehkehkeh... suka lah tu!

Petua yang sering aye amalkan bila anak demam tak kebah a.k.a demam yang berulang dalam masa terdekat adalah dengan menggunakan beras dan jintan manis.  Petua ni aye dapat dari mak mertua aye.  Caranya?

Kenal tak dengan jintan manis?  Tak sama dengan jintan putih atau  rempah biji walaupun dalam keluarga yang sama.

Okey, caranya:
  1. ambil segenggam beras.  Tak kiralah beras basmati Faezah Elai , beras wangi atau beras siam.  Sebaik-baiknya beras yang biasa-biasa sahaja.
  2. Ambil pula sesudu besar jintan manis.  Cari saja di TESCO bahagian rempah ratus mudah sangat
  3. Masukkan ke dua-duanya (beras dan jintan manis) dalam kuali.
  4. Kacau / goreng tanpa minyak.  Jangan pula dimasukkan mentega atau air gula ke apa ker.  Semata-mata beras dan jintan manis sahaja. Ingat.
  5. Kacau sehingga beras nampak sedikit perang atau gelap sedikit.  Ketika ini baunya wangi sangat.   .... memang lah jangan sampai nampak jintan pula yang berwarna perang.  Masa tu beras dah hangus dah... perhatikan warna beras.
  6. Sediakan segelas air masak dan sebaldi air bersih.
  7. Ambil sedikit campuran beras dan jintan yang telah digoreng tadi masukkan ke dalam gelas.  Untuk diberi minum.
  8. Selebihnya (banyak sikit) masukkan semuanya ke dalam baldi berisi air bersih untuk dibuat air mandian.  Setelah mandi seperti biasa, bilas dengan air campuran jintan dan beras. 

Itu saja... tak susah walaupun banyak kaedah dan caranya berbanding dengan ubat moden yang hanya ambil sudu atau shrink dan suap saja ke mulut anak-anak.  Walaupun begitu ubat moden pun ada juga yang susahnya; iaitu bila anak tak nak atau tak suka makan ubat.  Memang jenuh la nak memujuk.

Walau apa pun kita hendaklah berusaha yang terbaik.  Selebihnya tawakkal semoga anak-anak diberi kesembuhan.

'suka duka pentas dunia'

24 Januari 2013

Peribahasa hari ini

As salam,
 
 
wallpaper hiasan
 

Peribahasa Inggeris
When Greek meets Greek, then comes the tug of war


Makna
Apabila dua lawan yang sama kuat bertembung maka akan tercetuslah persaingan atau pergelutan yang sengit dan berlarutan.


Peribahasa Melayu
1. Bertemu teras dengan beliung

2. Anjing galak, babi berani

3. Bertemu mura dengan tedung

4. Tahan baji oleh kelidai

5. Bertemu beliung dengan ruyung

6. Bersua baji dengan matan

 
Contoh Bahasa Inggeris
They world surely be a long drawn-out battle since both great powers are equally strong - when Greek meets Greek, then comes the tug of war


Contoh Bahasa Melayu
Pertempuran itu pasti akan berpanjangan memandangkan kedua-dua buah kuasa besar itu sama kuat - bertemu teras dengan beliung bersua baji dengan matan.


 
 
'Cintai bahasa kita'

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

As salam,



Selamat Menyambut Maulidur Rasul

12 Rabiul Awal 1434 Hijrah
bersamaan 24 Januari 2013 Masehi

'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah"



Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).


(al-ahzab 21).

23 Januari 2013

Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 #SBB2013

As salam,


Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 dianjurkan oleh Denaihati Network.  Majlis yag hebat kerana mengumpulkan ratusan blogger hebat se nusantara meliputi blogger Malaysia dan Indonesia.  Kurang pasti pula mengenai penglibatan blogger dari Brunei atau Singapura.

Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 bakal diadakan di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor pada jam 2.00 petang 26 Januari 2013 (Sabtu).  Banyak pula jemputan kenduri kahwin pada tarikh yang sama.

Antara tujuan Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 anjuran Denaihati Network :
  1. Bersuaikenal dengan blogger Malaysia dan Blogger Indoensia.
  2. Meraikan pembaca setia dan Rakan Blogger yg menyokong blog Denaihati.
  3. Pertemuan berkongsi pengalaman bersama Top Blogger Malaysia seperti Beautifulnara.com, Amanz.my, Benashaari.com, Yuyuzulaikha.blogspot.com, Kujie2.com, Apesal.com dan banyak lagi.
  4. Pelancaran blog baru Denaihati dan produk baru Denaihati.
  5. Pelancaran beberapa blog baru yang diuruskan oleh Rakan Denaihati Network.
  6. Penyerahan hadiah iPhone 5 Gadget Impian kepada pemenang yang bertuah.
Para jemputan yang datang akan dihidangankan dengan :
  1. Mini Forum oleh Blogger Malaysia dan Blogger Indonesia.
  2. Hidangan Hi-Tea yang enak.
  3. Hadiah seperti T-shirt Denaihati, Car Sticker Denaihati dan hadiah dari penaja.
  4. Cabutan bertuah seperti package Kembara Muslim Kemboja 4H3M, Gold Bar, Silver Bar dan lain-lain.
  5. Cabutan khas Kembara Muslim Kemboja 4H3M untuk peserta contest iPhone 5.
Hebat! Hebat!

Screen Shot 2013 01 17 at 10.17.38 AM Sepetang Bersama Blogger 2013 #SBB2013
 
Melihatkan kemeriahan majlis yang sama tahun lepas tidak tergambar pula kemeriahannya untuk tahun ini.  Pasti yang terhebat dari team Denaihati Network.

Kepada Rakan Blogger yang ingin turut serta masih ada peluang lagi.  Cepat-cepat masih ada masa lagi sebelum 11.59pm, 23/1/2013.  Jangan lepaskan peluang bertemu blogger pujaan.  Klik pada banner di atas untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013.

Jangan segan-segan blogger picisan atau blogger cap ayam pun boleh join.  Memang lah majlis ni nampak besar dan 'grand' tapi kalau tak datang rugi... boleh upgrade pengetahuan kita dalam dunia blogging.  ewah-ewah.... macam aye punya majlis pulak.  Tumpang promote dan tumpang glamer blogger denaihati juga nieh... :)

yangbaik sungguh lah teringin nak pergi namun tak upaya memandang urusan mendesak di sini bersama keluarga tersayang.  Sekadar sokongan dari jauh saja.

Good luck to team Denaihati Network.

Wordless Wednesday: Maulidur Rasul 1434 Hijrah

As salam,




'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah"

22 Januari 2013

Sayang

As salam,



sekadar hiasan dinding


Lirik Lagu Sayang - Shae

Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu


(*-*)

Kaedah tidak menghalalkan cara

As salam,



kegelapan merah hati



Waspadalah terhadap perbuatan kezaliman karena kezaliman adalah kegelapan di hari kiamat. Jauhilah kekikiran karena kekikiran telah membinasakan orang-orang sebelum kamu, mengantarkan mereka kepada pertumpahan darah di antara mereka dan menghalalkan segala cara.  (HR Muslim)

.

21 Januari 2013

Jom baca buku

As salam,


Minat membaca sememangnya baik dipupuk sejak kecil.
Bahan bacaan juga hendaklah dipantau agar tidak menjurus kepada bahan bacaan ringan seperti buku kartun sahaja.

Inas sedang khusyuk membaca?
Namun tidak pasti di mana silapnya si comel seorang ini.
Membaca di dalam gelap?
Sejurus disambarnya komik itu dari kedai buku terus bawa lari ke dalam kereta tak sabar nak baca.
Nasib baik umi sempat tengok, kalau tidak kan dicop **** oh !! tidak jangan sesekali... umi dah bayar pun harga buku tu.

Malam itu tidur dengan komik ini.

Semasa kecil tak pandai belek buku
Yang tahu hanyanya 'mengemas' laci dapur

Tetapi tidak lama, esoknya terus campak komik tu entah ke mana.

'suka duka pentas dunia'


.

20 Januari 2013

Tiada lagi berpimpin tangan

As salam,


pegang troli


Tiada maknanya lagi nak berpimpin tangan segala bagai.
Kalau dah mula beranak pinak... bukan kerana tidak bahagia
Haruskan bahagia itu ditafsirkan dengan berpegangan tangan sahaja
Pergi shopping pun bahagia juga kan....
Bila encik suami tolak troli berisi barang-barang dapur, makanya puan isteri pula boleh le sibuk-sibuk window shopping
... sambil lalu saja sebabnya encik suami jalannya laju sangat

Tetapi tidak mengapa bila ada kelapangan akan segera maklumkan kepada encik suami beberapa item yang diimpikan... semoga impian menjadi realiti... ngeee

Encik suami memang sporting sangat...
janji item yang nak dibeli itu memang perlu sangat dan tidak mendatangkan pembaziran... of course tidak!!!
tetapi dengan syarat jugalah... dompetnya penuh dan sarat sangat
al maklumlah encik suami tidak guna kad kredit atau kad debit (biarlah beribu datang beriklan... tidak dilayannya)

Pimpin tangan yer?
Kalau dulu masa wedding boleh le pegang-pegang tangan
sebelum sah nikah idak le nak sentuh-sentuh pun ...DOSA tau!!!
tapi selepas nikah... pegang tangan jugak lagi
tapi bila dah ada anak semakin kurang
FAHAM!!! bukan sebab tak sayang
yang penting tangan anak-anak tu nanti siapa pula nak pegang

dah resam nye begitu
terimalah seadanya

'rumahku syurgaku'

19 Januari 2013

SHORT SEGMENT BY NAA

As salam,


SHORT SEGMENT BY NAA
Klik pada link di atas untuk sertai.

Segmen ini simple dan ringkas... eh sama la maksudnya kan?

Dianjurkan oleh Nurul Ain bertujuan untuk menambah ahli dalam bloglistnye.  Hadiah?? sungguh menarik termasuk juga dapat berkenalan dengan Nurul Ain... hehehe

Segment ini akan tamat pada 21 Januari 2013 (wei... 2012 ke 2013 hehhh?).



yangbaik.blogspot.com


'suka duka pentas dunia'



Pemandangan sahaja

As salam,

Sambungan kisah terdahulu ... bawa baby Abid jalan-jalan dalam kereta sekitar Pekan Lumut.

Kaki baby Abid ... belum boleh berjalan lagi
baru 3 bulan


Pemandangan di Jeti Lumut pada hari biasa-biasa
Pada hari cuti umum memang tak dapatlah peluang
macam ni... penuh sesak dengan pelancong

dari Jeti Lumut beralih pula ke Marina Wing
Tak sempat nak tangkap gambar deretan kedai cenderahati
Mana tidaknya kereta meluncur laju
trafik lega.... tiada gangguan lalu lintas

masih lagi sekitar Marina Wing
tetapi sudah dipenghujung teluk 
di bawah pokok tu tempat yang baik
untuk berkelah bersama keluarga

Di sana adalah pulau batu... itu gelaran yang aye bagi
nama sebenar tak tahu
dengar khabar pulau milik individu  tertentu
Tempat pilihan pemancing
pada waktu tertentu
tempat ini penuh dengan pemancing ikan
dan termasuk juga pemancing orang
AWAS!
Sebelahnya adalah bukit

Salah satu hutan batu
Bangunan baru belum siap sepenuhnya
di Seri Iskandar berhampiran betul-betul
dengan Taman Teknologi

Hutan simpan di Seri Iskandar barangkali
Entah sampai bila kehijauan itu akan kekal


Dah puas tangkap gambar merata-rata dari Lumut ke Seri Iskandar buat kenangan masa akan datang.

Urusan baby belum lagi selesai... bersambung lagi entah bila pula akan buat entry baru berkenaan lawatan dan perjalanan baby Abid..

Baby's Day Out.

.

Paling jauh

As salam,


Banyak perkara dalam hidup kita yang banyak kita tak suka... atau benci.

Antara yang dibenci adalah orang yang berlagak atau sombong.  Tetapi siapalah kita untuk membenci seseorang hanya kerana tingkahlakunya. Sedangkan dalam masa yang sama kita juga ada sikap itu... sikpa berlagak dan sikap sombong hanya dalam sedar atau tidak saja.

Janganlah pula sampai benci kepada diri sendiri.  Pada pendapat aye apa yang patut kita benci adalah sikapnya yang sombong atau berlagak bukan dirinya.  Mudah-mudahan dengan apa yang kita benci tidak menjauhkan diri kita dengannya.

Sebaliknya jika kita membenci dirinya ... individu yang berlagak atau sombong akan lebih banyak mendatangkan kesusahan kepada kita.  Kesilapan adalah kita tidak berusaha untuk mengubah sika sombong dan berlagak yang ada dalam diri kita.



Gambar hiasan.
Sesekali memandang keluar ada juga baiknya,
dapat muhasabah diri kita ... agar kita tidak termasuk
dalam golongan yang dibenci atau paling jauh
dari Rasulullah



Sabda Rasulullah s.a.w:
Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak omong, yang berlagak dalam berbicara, dan orang-orang yang sombong. (HR Tirmidzi)


18 Januari 2013

Dari Seri Iskandar ke Lumut

As salam,


Dalam proses nak buat entry panjang-panjang.  Sebelum ni memang tak pernah atau jarang sangat lah aye buat entry yang panjang lebar.  Bukannya tak tau nak mengarang.... BM dalam SPM kredit ler... tetapi tak punya ide yang banyak untuk celoteh... dalam masa yang sama aye pun bukannya pandai sangat nak cakap banyak-banyak lebih suka memerhati jer sesekali mencelah itupun tengok keadaan dan mood.

Bila datang mood malas nak bercakap maka menulis pun sama jugalah malas nak tulis panjang lebar.  Panjang lebar juga intro ni yer... tetapi tak der kaitan pula dengan tajuk cerita... boleh ker macam nie?  Hentam sajalah... tajuk lain intro lain tapi jalan cerita mesti sama dengan tajuk okey!

nota temujanji dengan doktor pakar
di Hospital Seri Manjung dari Dr. Yasmin

Beberapa ketika sebelum bermulanya temujanji seperti di atas, Muhammad Abid telah diserang angin pasang sekejap kembung sekejap okey... bila kembung Abid akan merengek dan tak senang tidur maka terpaksalah umi berjaga malam untuk tuam atau sapu minyak.... bila dah lega dalam 2 hari elok jer tak nampak macam ada angin pasang.  Ada orang tanya kamu tak urut ke anak kamu tu? kenapa sampai ada angin pasang? kan baby lagi.... hmmmm nak mengeluh pun tak guna apatah lagi nak salah sesiapa... itu semua dah ditakdirkan yang penting kita berusaha untuk berubat dan meringankan sakitnya.

Dua kali cubaan berubat secara tradisional namun tidak berjaya.  Bukan tidak berjaya sepenuhnya tetapi sembuh sekejap kemudian berulang semula... bukan salah mereka yang mengubat tetapi bak kata orang juga belum jumpa yang rasi (sesuai).  Dengan itu kami ambil keputusan untuk berjumpa Dr. Yasmin bagi mendapatkan khidmat nasihat dari segi perubatan moden... dengan itu terhasillah temujanji di atas.

Dalam bakul rotan

Pemandangan bukit di Segari yang telah gondol

Pergi ke Manjung jika tidak ke Lumut memang tidak sah.  Sejurus keluar dari Klinik Yasmin oleh kerana masih awal lagi jom pusing-pusing pekan Lumut.  Baby masih dalam bakul rotan lagi... 


Baby Abid dah kepanasan ... topi dah tanggal tiba masa nak tidur pula.  Umi dan ayah dok sibuk menikmati keindahan laut Lumut dari dalam kereta sahaja... tak keluar?... hm...tak taulah kenapa pula.

cendol Lumut
Sambil menikmati keindahan pemandangan Pulau Segari dari Jalan Lumut TLDM jangan lupa menikmati keenakan cendol pulut pula.  Dah bleh makan pulut ker?  Secara kebetulan pula mamak cendol ada menanti di bawah pokok berhampiran, apa lagi oleh kerana dah agak lama tak menikmatinya... bila dah dapat rasa sesekali baru puas hati.  Selain dari cendol ada juga mee rebus dan rojak pasembor, tak sempat menikmati rojak... lagi pun tak berapa berani lagi nak makan rojak nei...pantang tak habis lagi... nanti bentan pula... tak kiralah dah berapa lama pun tapi masih perlu berjaga-jaga lagi..


Selepas menikmati cendol, terus balik ke Seri Iskandar.  Berapa km dari Lumut ke Seri Iskandar yer?  Agak lah kan kalau perjalanannya ambil masa antara 45 minit ke 60 minit tertakluk kepada fungsi lampu isyarat di sepanjang jalan.

'suka duka pentas dunia'


.

Bakul Baby

As salam


Seperti kebiasaannya orang dewasa mempunyai kelengkapan peribadi seperti bedak, sikat, minyak rambut, losyen, krim kecantikan dan sebagainya.


bakul baby Abid 

Tanpa melengahkan masa, seperti yang tertera pada gambar di atas berikut aye senarai kelengkapan baby Abid yang terdapat di dalam bakul... souvenir dari Klinik Bersalin Yasmin.  Pada asalnya kandungan bakul berkenaan bukanlah seperti tertera di atas barangan asal adalah tuala mandi baby, set baju baby, tuala tangan untuk baby, minyak kayu putih dan beberapa kelengkapan asas untuk mandian baby... tak sempat nak tangkap gambar sebab tak terfikir pun nak buat cerita mengenai bakul baby pada masa itu.  Eh... celoteh panjang pulak... bila nak cerita kandungan atas tu....?

Senarainya:
1.  Wet tissue / tisu lembap
2.  Mangkuk kecil berisi lilin
3.  Bedak baby
4.  Losyen Baby
5.  Bungkusan jintan hitam untuk tuam baby (dipanaskan dengan lilin).  Sekarang digantikan dengan batu kecil, sesekali guna juga jintan hitam.
6.  Dalam bakul ada kotak plastik lagi, kandungannya (tak kelihatan kerana terlindung/ tersimpan dalam kotak plastik); nappy cream, minyak telon, minyak kayu putih, balm baby cap petani, gunting kuku babydan penyedut hidung baby.
7.  Ada juga sikat khas untuk baby tetapi belum dibuka dari bungkusan asalnya...bermakna belum guna lagi lah.

Kandungannya akan berubah dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian dan seiring dengan peningkatan umur baby.


17 Januari 2013

Antara syukur dan nikmat

As salam,




Bersyukur dengan apa yang ada tidak bermakna berdiam diri dan berpuas hati dengan apa yang ada.

Bersyukur kerana kita ada dan bersetuju dengan apa yang kita dapat.

Bersyukur kita terus diberi nikmat walaupun sedikit tetapi berpanjangan dan berkat.

Tak perlu merungut dengan apa yang kita dapat atau apa yang orang lain dapat itu lebih dari kita.

Rezeki orang dan rezeki kita tidak sama yang paling pasti kita juga menerima nikmat yang sama



Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni'mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni'mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih. (QS Ibrahim :7)




.

16 Januari 2013

Bagaimana jika tiba-tiba

As salam,




 
Bagaimana nak berjaya jika...
Tiba-tiba mesin fotostat meragam buat hal.
Tiba-tiba mesin faksimili pulak masa tu la... nak offline tak pun toner habis... lambatlah cam nie...
Tiba-tiba pula mesin cetak meragam la pulak... sangkut sana sini... panggil technician tak sampai-sampai, kalau setakat toner yang habis boleh leh ganti sendiri
Tiba-tiba black-out... habis padam lampu dan semua peralatan tak berfungsi
Tiba-tiba komputer atau PC blurr... hanging semacam

Kerja tetap kerja ...
aka hidup mesti diteruskan

Bagaimana pula jika tiba-tiba
kita yang sakit....
agak-agak ada tak orang nak tolong siapkan kerja kita?
Bertimbun la kat situ... sampai korang dah masuk kerja pulak baru nak sambung
nak set-up semula mana yang telah tertinggal
.... kan sakit semula...

fikir-fikirkan....

Wordless Wednesday: Listen Listen Listen?

As salam,