FOLLOWER

30 September 2012

Cara menikmati keenakan roti canai di hujung minggu

As salam


Hujung minggu memang dinanti-nantikan oleh anak-anak terutama mak anak-anak... hehehe.  Kerana pada hari inilah dapat peluang makan satu keluarga tanpa tergesa-gesa dengan kata lain santai giteww...

Oleh kerana nak masak-masak pun mood tak berapa nak datang... so siap-siap jom kita makan kat kedai mamak sajalah... Alif memang suka sangatlah dapat makan di kedai mamak... tambahan dapat makan roti canai mamak.


Sementara menunggu roti canai tiba apa kata makan nasi lemak bungkus dulu... nampak macam sedap jer.  Itulah Alif, semuanya sedap... tak sabar-sabar nak makan.


Sudahnya... sejurus saja tiba roti canai, nasi lemak tolak tepi tinggal Inas Insyirah menikmatinya seorang... tak layan dah nasi lemak.  Eh! korang nampak tak apa yang Inas pakai tu.  Ha!! jangan tak tahu itulah muffler,  tak tahulah betul atau tidak ejaannya.  Inas memang suka pakai muffler tapi tak suka pakai tudung... heee... entah apa la pulak bezanya... tapi disebut tudung gak.  Boleh lah...



Meh tengok dekat sikit... inilah rupanya.  Bukan rupa muffler tetapi si pemakainya... rupa muffler nanti nantilah upload yer.. hari ini nak cerita mengenai roti canai dan hujung minggu jer.




Eh! kau ... dah makan dah... tak tunggu orang lain yer... nampaknya kurus kering tapi kuat makan la si Dina Huda nih... boleh tahan.

Gambar Alif dan Ummi tak der eh... saja tak dilekatkan di sini... gambar atas sekali tu lah tangan Alif.  Selalunya nak makan roti canai banjir, entah mengapa pulak hari ini nak makan cicah.  Gambar Ummi pulak... emm tak yah lagi lah, jadi tukang tangkap gambar dan tukang karut pun dah cukup dan gambar ayah pulak... dah nampakkan tangan pegang sudu dengan Inas tadi... itulah ayah... nak letak gambar mukanya, tak berapa gemar pulak dia... cukuplah gambar anak-anak dulu.

Itulah antara cerita roti canai di hujung minggu.  Macam tak berapa kena jer antara tajuk dan jalan cerita, tapi isi ada kan?  Layan jer.


'suka duka pentas dunia'

28 September 2012

Pengurusan acara dan Dr Zakir Naik Malaysian Tour 2012

As salam


Pengurusan acara sememangnya sesuatu yang menakutkan bagi sesetengah orang dan menjadi teruja pula bagi orang yang lain.  Tiba-tiba pengurusan acara nak dijadikan topik perbualan pada hari ini.  Bukannya expert sangat pun dalam dunia pengurusan majlis, tetapi bila teringatkan banyak sangat even kena buat dan kena hadiri rasa macam rimas pulak.  Dan, tak semena-mena idea nak menulis tu datang.

Hanya satu saja silapnya idea datang pada masa yang tidak sesuai dengan keadaan.  Tengah malam ketika tidur ler... sampai terjaga dari lena, nak on laptop malas la pulak.  Sudahnya idea itu dibiarkan berlalu ... sekarang tiba masa untuk kutip semula idea yang bertebaran.

Walau apapun nantikan perkongsia idea dan pandangan dalam masa terdekat.  Cuma @yangbaik tak berapa pasti pula bila idea itu akan dicatatkan di sini dengan keadaan badan yang agak lemau bertambah pula dengan kerja-kerja yang hampir tertangguh dek lambakan even dan macam-macam.


Ada yang nak berkongsi idea?  Boleh kita rekodkan di sini untuk tatapan adik-adik yang akan study event management.  Kesian kat mereka...

Sementara itu lihat tu apa yang menarik mengenai Dr Zakir Naik Malaysian Tour 2012.  Terima kasih kepada bro Denaihati atas perkongsian maklumat ini.

25 September 2012

Keseronokan membuka aib orang

As salam


Keseronokan membuka aib orang.  Apalah punya tajuk entry kali ni.  Memang sesekali rasa bosan bila buat tajuk baik-baik tak ramai yang suka.  Atau memangnya tajuk tu yang tak menarik perhatian.  Adakah dengan membuat tajuk negatif mampu menarik perhatian orang atau sekadar memberi imej dan gambar buruk mengenai blog dan penulisnya.
Tetapi gambar di atas tidak memberikan apa-apa kaitan pula dengan kemerapuan blog pada hari ini.  Maaf yer. 
Siapa yang menutupi aib seorang muslim maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat.
(HR Muslim)

24 September 2012

Lawatan ke klinik kesihatan menjelang minggu ke-34

As salam,
 
 
 
Hari ini Isnin dah masuk minggu kehamilan ke-34.  Ada dua minggu lagi.  Berdebar-debar rasanya menanti saat lawatan.  Lawatan kali ini biarpun bukan kali pertama namun bukan juga kali terakhir untuk pemeriksaan kandungan ke-4 (mungkin juga).  Tetapi setelah dimamah usia yang hampir mencecah ke angka empat ... lagi terasa suspen. 
 
Dan... seperti biasa masa lawatan ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) tidak pernah tamat awal.  Kurang pasti pula petang ini bagaimana hasilnya.  Harapan menggunung tinggi agar lawatan ini tidak memakan masa yang lama.  Sesungguhnya penantian itu memang satu penyiksaan.
 
Nantikan berita bergambar, seandainya kekuatan semangat melepasi kekuatan kemalasan... huhuhu
 
Namun yang pasti janji mesti ditunaikan... dak gitu?  Heee
 
 

21 September 2012

Profesionalisma dalam pengurusan acara

As salam,



gambar hiasan
Profesionalisma dalam pengurusan acara.  Memang agak berat tajuk penulisan kali ini.  Namun yangbaik akan cuba tulis seringan mungkin.  Andai ada rasa cuak dengan penulisan ini, apakan daya hamba ini sekadar meluah isi hati.
 
Suasana kerja sekarang tidak sama dengan zaman dahulu, sekarang banyak guna teknologi seperti komputer terutama e-mail  sebagai perantara dalam komunikasi.  Namun tidak semua orang mahir dan mahu berinteraksi melalui e-mail.  Rata-rata lebih suka berurusan secara bersemuka atau paling tidak melalui telefon.
 
Begitulah dalam kecanggihan teknologi sekarang, memang kita terpaksa menerima segalanya dengan hati yang terbuka dan berlapang dada termasuk kaedah komunikasi 'baru' dalam meningkatkan profesion.  Tidak bermakna pula orang yang tidak menerima teknologi ini tidak pro tetapi akan dilihat sebagai tidak pro-aktif kerana masih lagi bergantung kepada kaedah tradisional.
 
 
Bukan hasrat nak menyalahkan sesiapa, tetapi itulah hakikat yang harus diterima dalam dunia kerjaya hari ini.  Walau secanggih mana sekalipun teknologi masih perlu diiringi dengan kaedah tradisional agar kita tidak ketinggalan dan tidak terbeban dengan tanggungjawab untuk menjayakan sesuatu majlis.
 
gambar hiasan: tiada kaitan dengan cerita
 
Perlu ingat bahawa kita tidak boleh terlalu mengharap kepada orang lain untuk membantu kita dalam menjayakan sesuatu acara.  Pengurusan majlis dan acara memerluka komitmen diri sendiri yang tinggi serta kekuatan semangat dan peribadi bagi menjayakannya.  Jika terlalai atau terleka kerana percaya kan orang lain... silap2 kita yang merana dan terseksa.  Memang terseksa. 
 
Mengurus dan menjayakan sesuatu acara dan majlis, bagi sesetengah pihak memang mudah tetapi tidak bagi @yangbaik yang baru setahun jagung sesekali diberi tugas untuk mengendalikan majlis.  Memang tak suka tetapi demi tugas dan tanggungjawab kepada organisasi maka tugas ini harus digalas walaupun terpaksa menebalkan muka apabila acara tidak berjalan seperti yang dirancang.  Perlu belajar lagi.
 
gambar hiasan
 
 
Perjalanan kehidupan masih jauh dan masih banyak yang akan ditempuh.  Andai tidak diatur dan dirancang dengan teliti mungkinkah akan tersungkur atau rebah di perjalanan. 
 
Hanya masa yang mampu menyaksikannya dan tidak mungkin kita selaku pelaku harus membiarkan sahaja ianya berlalu tanpa sebarang penambahbaikan!
 
Hidup perlu KAIZEN!
 
 
'suka duka pentas dunia'
 
 
.

20 September 2012

Lisan orang yang berakal

As salam,




Lisan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, ia berbicara dan apabila dapat berbahaya, maka ia menahan diri.


(HR Bukhari dan Muslim)

15 September 2012

Ada Apa Antara Perkataan dan Perbuatan

As salam,





Hati-hatilah kalian dengan perkataan yang dusta, karena perkataan yang dusta akan menuntun pelakunya kepada perbuatan fajir. Dan sesungguhnya perbuatan yang fajir akan menuntun pelakuya kepada api neraka.
(HR Muslim)

14 September 2012

Mengapa mengalah dan bosan

As salam,


 
Mengapa mesti bosan dengan blog?
Bukan blog yang buat susah
Yang susah adalah pemilik blog itu
Tak tentu pasal nak bosan
Dah tiada idea nak menulis mulalah bosan
Tapi bila ada idea bukan main lagi
 
Itu blog ini blog apa saja nak diblogkan
 
Entah lah mengapa harus pula mengalah dan rasa bosan dengan blog sedangkan masih banyak perkara yang boleh dibuat dengan blog
 
 
kan???
 
 

12 September 2012

Baik diam jika tidak mampu berkata yang baik

As salam


Semoga Allah merahmati orang yang baik bicaranya dan meraih kebaikan atau yang diam dan menghindari keburukan.
(Ibnu Mubarak)

11 September 2012

Cabaran mengasah bakat kemahiran menulis

As salam,
 
 
 
 
Menulis atau mencoret... adakah ianya berbeza.  Yangbaik tidak dapat memberikan jawapan yang tepat untuk soalan sendiri itu...
 
Bagi yangbaik ianya nampak seperti memberi maksud yang sama tetapi memberi kaedah yang berbeza.  Di mana menulis mungkin lebih serius seperti menulis buku atau karya berbeza pula dengan mencoret, ianya lebih santai dan tidak dibuat secara serius atau tidak mempunyai pengertian yang berat.
 
Menulis memerlukan idea yang banyak dan bernas sebalik mencoret lebih kepada idea selamba dan tidak memerlukan pemikiran yang kritis.  Betul kah?  Andai salah... sudilah diperbetulkan.
 
Untuk mengasah bakat dan kemahiran menulis memerlukan azam dan bakat serta kesungguhan dalam menghasilkan karya.  Walaupun sedikit biarlah ia memberi manfaat buat orang yang membaca.
 
 
 
Sekian.  Suka duka pentas dunia.
 

Mengembirakan atau mengecewakan

As salam
Apakah yang mampu mengembirakan kita? 
Walaupun sebenarnya kita sendiri tidak tahu dan kurang pasti apa yang mampu mengembirakan kita.  Tidak sepertinya apa yang kita suka itu mampu dilaksanakan oleh orang lain.  Dan... sebenarnya kita sendiri tidak tahu apa sebenarnya mampu mengembirakan orang lain.
Dan penting juga tidak menganggu kerja-kerja orang lain dan tidak perlu lah menceritakan semua kerja yang kita buat kepada orang lain hanya semata-mata untuk menerangkan bahawa kita sebenarnya buat kerja dan kita juga banyak kerja.... Hehehehe.... kantoi lah tu...
Sebagai jiran juga kadang-kadang kita terperangkap antara hendak menjaga hati atau hati kita yang terluka... harus sedar hati kita yang terluka akan ada pengubatnya tetapi hati jiran yang terluka ... mampukah kita ketahui dan ubatinya? Tidakkan.
Jadi... sentiasalah berlapang dada dengan setiap apa juga kejadian dan masalah yang ditimbulkan oleh jiran.  Adalah penting untuk kita menjaga hati dan hak jiran kita.  Gembirakan mereka juga satu kebaikan.
Setelah ibadah yang wajib, amal yang paling dicintai Allah adalah menggembirakan Muslim lainnya.
(HR Tabarani)
'suka duka pentas dunia'
~

10 September 2012

Suami meragam ketika isteri hamil

As salam,

 
Bukan sahaja suami malahan satu keluarga meragam dam buat hal bila isteri hamil.  Mana tidaknya mereka semua turut menanggung alahan.  Dah di penghujung ni... lagi kesian kat anak yang kecil nak dukung pun dah tak larat.
 
Kalau kat ayahnye lagi le kesian... saban hari dok mengadu lenguh pinggang rasa macam nak tercabut, lenguh kaki, loya nak muntah (aih... tak habis lagi?), nak demam le macam-macam.  Bila pi klinik, buat pemeriksaan doktor kata okey jer.  tekanan darah okey... semua okeh... doktor memahaminya... kesian kan encik suami.  Memang begitulah lazimnya.  Selalunya dah dekat-dekat sambil tunggu hari ni, lagi kuat ragamnya.  Nak simpati ker nak kata ' rasakan'?  Heeeiii.... tak patut.  Memang simpati tetapi dah nak terkena kat dia macam mana nak kita nak ambil.  Biasanya bila dah bersalin esok esok sihat lah dia... bak orang Perak kata 'mengoncah' le... boleh le bergaya semula. 

Teringat dulu encik suami memang tak suka makan asam, tetapi sekarang dia pulak yang lebih siap beli buat stok lagi. 
 
Itu baru sebahagian dari cerita encik suami, belum lagi cerita bab anak-anak yang dok asyik meragam jer... pening kepala... sabor jer...
 
 
 
'suka duka pentas dunia'
 
 
 

9 September 2012

Transformasi waka waka ungu

As salam


Tiba-tiba akak teringat pulak nak post pasal waka waka.  Sekarang ni memang sedang in dengan fesyen waka waka kan?  Or dah sampai ke penghujungnya?  Oooo ... macam-macam fesyen sedang in sekarang ni.  Dah tak terikut dah akak yang tak berapa cekap dalam dunia fesyen dan peragaan nieh... perasan model la pulak.

Inilah baju waka waka in my feveret colour.  Jenis kain campuran baldu... selesa dipakai.  Memandangkan en suami tak berapa berkenaan dengan gayanya yang agak pelik makanya terpaksalah di ubahsuai mengikut kesesuian dan sedap mata memandang.  Kainnya dah memang elok dan sedap dipakai terutama buat ibu yang hamil.  Tak naklah nampak sangat perut... bukan bermaksud nak sorok perut tetapi untuk keselesaan.  (Entah berapa kali ulang ayat dengan maksud yang sama)

Baju ni di beli di Bazar Rakyat di dalam Tesco Stesen 18 pada bulan puasa lepas.  Haaa.... cepat... entah ada lagi ke tidak.  Ada warna merah dan hitam serta coklat. Tetapi hanya warna ungu ini saja yang berkenan di hati dan saiz yang sesuai... rezeki kan!!! Rembat jer.

Lepas ni kalau sempat nanti @yangbaik letakkan pula transformasi waka waka setelah diubahsuai oleh teller separa mahir ... heheheh siapa lagi... diri sendiri ler.  Tak caya.... no hal punya.

'suka duka pentas dunia'


.

8 September 2012

Sudah 20 bulan sekarang : Perkembangan anak-anak

As salam,

Ingat tak lagi budak kecil ni... Inas Insyirah si jari runcing aka nenek tak tua yang suka berjaga malam.  Setahun yang lepas, kebetulan pula tarikh yang sama bawa Inas ke Klinik Desa di Felcra Nasaruddin tetapi hari ini pada tarikh yang sama (8/9/2012) hari Sabtu la pulak... lepak2 di rumah.  Semakin panjang akalnya.  Kalau dulu mau jer tengok lensa kat kamera ni... sekarang dah lain.  Bila ajak bergambar jarang-jarang sangat nak tengok kamera selalu jer pandang ke lain tak pun buat tak pandang. 

Meh kita tengok pulak gambarnya yang terkini.


Inilah gambar terbarunya pada hari ini.  Dah dipanggil pun buat tak tau, tadi tengok jer kamera ni tapi bila nak snap tiba2 jer buat-buat tengok tv.  Agaknya dah jemu tengok lensa kamera kot. 



Bersama abang besar (Alif) yang sebok sama nak bergambar dengan adiknya.  Macam-macam gaya dibuat, adik wat tak kesah jer... tengok tu...mana lah dipandangnya. 



Bersama kakaknya si diena huda.  Kakak siap posing bagai lagi... tapi adiknya entah ke mana jer... jenuh jugaklah nak adjust kamera ni... dapat sisi pun jadilah...

sekarang ni mereka semua dah semakin pintar... huhuhu... memang pintar yang amat.  Kalau bermain memang tak nak kalah.  Seorang diam, seorang lagi datang mengusik.... sekejap lagi salah seorang start enjin... heeee... itulah kerenah anak-anak.  Buat masa ni Inas steady jer, tak de lah kesah sangat dengan tindakan abang dan kakaknya... lebih kepada pemerhati jer... Tapi bila Inas yang meragam habis kakak dan abangnya diam... bagi giliran kot.

anak-anak permata hati, penyejuk jiwa, penenang ketika gelisah.


'suka duka pentas dunia'


.

Hujung Minggu tak ramai pengunjung

As salam,


Hujung minggu adalah hari untuk beristirehat atau beriadah bersama keluarga.  Jadi tak ramai yang ada masa untuk blogwalking atau bersosial di laman web.  Sementelahan kehangatan Syawal masih lagi terasa.  Sesiapa yang jadi tuan rumah sibuk dengan segala macam persiapan sementera penerima jemputan pula sibuk memenuhi undangan rumah terbuka.  So... masa untuk melawat blog juga di pinggirkan.

Ewahh... terperasan ke bersedih nie?  Kalau blog picisan macam ni memang lah dah tentu tak ramai yang berkunjung walaupun sentiasa diupdate. Tetapi itu semua bukan alasan untuk tidak berblog. 


@Yangbaik sendiri pun sebenarnya ada menerima undangan rumah terbuka sempena Syawal.  Rumah ofis-mate ada dua tak termasuk lagi rumah terbuka yang dianjurkan oleh pemilik PASTI.  Tak dapat nak pergi sebab encik suami kerja.  Kalau encik suami kerja memang @yangbaik 'patah kaki' ... tinggal di rumah sajew dengan anak-anak sambil melayan kerena mereka melukis, menonton CD dan juga aktviti mengemas rumah.

Kepada kawan-kawan yang terbaca blog ini (ada ker?), mohon maaflah tak dapat hadir ke majlis kalian.  Bukan tak sudi tetapi seperti yang dinyatakan di atas... 'patah kaki' youuuu.

Oh ya, kepada pengunjung yang sudi hadir ke blog ini terima kasih daun keladi, jika sudi datanglah lagi


'suka duka pentas dunia'

Kueh cara berlauk bukan anak rusa nani

As salam



Tiba-tiba la pulak teringin nak makan kueh cara.  Tak ingat tengok iklan apa kah yang menyebab keinginan itu datang membuak-buak.  Dah lama sangat tak buat kueh cara.  Setiap kali buka kabinet dapur terlihat acuan kueh cara tak pula terasa nak buat.  Teringat juga bulan puasa lepas beli kueh cara manis untuk berbuka ... tapi rasanya kurang memuaskan.  Mulalah rasa baik buat sendiri jer kalau tak sedap pun memang air tangan sendiri tetapi bila beli... rasanya tak sedap dan kurang memuaskan memang tak puas hati.  Malam tadi minta tolong encik suami belikan tepung gandum.  Encik suami memang tak berapa suka nak susahkan orang rumahnya tambah bila dah sarat macam ni.  Katanya 'kesian' kena buat kerja rumah dah lah kat ofispun banyak kerja.  Tak per lah bang... kerja tetap kerja tetapi bab makan bila dah nak buat kena buat ler... nanti meleleh plak air liur.

Panjang lebar pula ceritanya.  Berbalik kepada cerita kueh cara berlauk... bangun pagi ingat nak buat lauk sardin jer tapi dah daging rusa balance bulan puasa hari tu ada sikit lagi... buat lauk daging rusa pulak lah... lain sikit kan.  Jom kita layan resepinya.

Bahan untuk kueh:
2 mangkuk tepung gandum
1 mangkuk santan
3 mangkuk air
secubit garam (secukup rasa sebenarnya)
serbuk kunyit

cara buat:  yangbaik bukan derhaka yer tetapi saja nak cuba.  Semua bahan di atas dimasukkan dalam blender (hadiah kahwin. hehehe) dan blend sampai sebati... senang kan? lepas blend masukkan dalam besen atau jug kecil untuk mudah tuang ke dalam acuan.

setelah lauk siap. panaskan acuan sapu minyak sebaiknya guna daun pandan yang diikat.  setelah acuan benar-benar panas tuang bancuhan kueh dan diikuti dengan lauk. tutup acuan.

kueh akan mudah dikeluarkan dari acuan sekiranya ia telah masak.

Bahan untuk lauk:
1 mangkuk daging rusa di cincang halus
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji kentang (sederhana) dipotong dadu kecil - jika suka boleh tukar dengan karot
1 sudu besar rempah kari daging
garam
air
minyak untuk menumis

cara membuat:
1.  panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih.
2.  masukkan rempah kari, tumis hingga naik bau.
3.  masukkan daging rusa dan ubi kentang, gaul hingga sebati dan biarkan sehingga air daging kering.
4.  masukkan air ~ anggaran 3 cawan, diikuti dengan garam. 
5.  masak sehingga daging dan ubi kentang empuk.  angkat




'suka duka pentas dunia'

Tiada yang sukar andai itu kehendaknya

As salam
Akhlak yang paling mulia adalah menyapa mereka yang memutus silaturahim, memberi kepada yang kikir terhadapmu, dan memaafkan mereka yang menyalahimu.

(HR Ibnu Majah)
gambar ini sungguh tiada kaitan dengan tajuk atau cerita di atas.  Maksudnya gambar ini sekadar hiasan.



Kenapa susah nak tidur

As salam


Susah sangat ke nak tidur?
Tak susahlah, ambil bantal letak kepala sambil menonton tv, sat lagi tidur le
Tak juga, dah tengok tv macam mana nak lelap mata
Boleh jer... kalau tidak tak der lah istilah tv tengok orang tidur.... hahhaha

Habis macam aku ni... sampai sekarang tak tidur lagi macam mana pulak
Ala tak susah... senang jer
Nko kata senang tapi yang nko tak tidur lagi kenapa?
Eh ... aku tak nak tidur lagi laaaa...
Nko buat apa tak tidur lagi nieh...
Ni ha... tengak menaip
Ehhh... sama la kita...
Apa yang samanya
Sama lah... nko menaip aku baca....

Hahahahha

Biul per ....

'suka duka pentas dunia'


.

Resipi cinta mengelak retak menanti belah

As salam,


Pecah menanti sebab, retak menanti belah.  Peribahasa berkenaan menggambarkan sesuatu yang pasti terjadi.  Walaupun begitu tidak semestinya retak itu akan terbelah.  Apa pun yang terjadi berpunca juga dari kebijaksanaan seseorang dalam menangani masalah atau sesuatu situasi.

Apa yang penting dalam mengharungi kehidupan adalah kesabaran dan kesediaan menerima kekurangan orang lain serta menerima apa juga teguran dengan berlapang dada serta bersedia berubah.  Berat tu... Memang berat dan sukar kan?  Tetapi percayalah dalam keberatan dan kesukaran itu kita akan temui kebahagiaan yang kita sendiri kadang-kadang sukar fahami.


Resepi cinta ini tidaklah semanis kurma atau sehebat cinta bidadari namun ramuannya sedikit sebanyak boleh juga membantu melegakan kepanasan dalam hidup berumahtangga. 

Antara ramuan utama adalah kesabaran dan kesetiaan serta rasa hormat kepada pasangan tanpa mengira pangkat atau darjat.  Selain dari itu tidak kurang penting adalah keimanan dan ketakwaan kepada Pencipta dan RasulNya mampu menghilangan rasa marah yang membuak-buak dan meredakan kepanasan hati.

Tips yang tidak kurang penting adalah, setiap kali keluar atau pulang ke rumah berilah salam kepada ahli keluarga atau penghuni yang ada di dalam rumah kita. Ramuan ini jarang digunakan namun ia turut menyumbang kepada kemanisan dalam berumahtangga.

Sedikit kepahitan seperti kekurangan pasangan dapat diatasi dengan bersedia menerima kekurangannya disamping muhasabah diri bahawa kita sendiri juga punya kekurangan dan kekurangan itu sepatutnya dapat diatasi dengan saling bantu membantu dalam menghadapi kesukaran.

Gurau senda serta manisnya kenangan lalu sepatutnya dijadikan sandaran ketika rasa keciwa mula menjelma.

Semoga dengan resepi yang tidak seberapanya ini mampu melengkapi menu kehidupan harian.






'suka duka pentas dunia'

7 September 2012

Hilang

As salam

Sekali lagi ia hilang
hilang dari ingatan
hilang dari pandangan


di mana ia menghilang
puas menanti kepulangan
namun tak jua muncul
tak juga tiba

sungguh kejam
kehilangan itu menjerut sejuta rasa
mencekik seluruh hela nafas

6 September 2012

Mesti balik juga dan tips untuk berjaya sebagai pengurus

As salam

Mesti balik juga.  Di rumah menanti dan pejabat pula kerja memang lah sentiasa menunggu dan sampai bila pun tak siap cuma tak sampai hati nak biarkan tak siap maklumlah tak berapa minggu lagi harus dan wajib bercuti panjang.

Akhirnya balik juga ke rumah walaupun kerja di atas meja pejabat tak selesai lagi... tinggalkan nota untuk makluman tugas esok pula biar tidak terlupa akan tugas yang harus dilaksanakan.

Teringat ada satu kisah berkenaan kisah kejayaan korporat terkenal dunia bagaimana mereka membahagikan tugas dan merencanakan tugas mereka.  Tetapi yangbaik tak berapa ingat pula siapa dan yang mana satu.






Antara tips berkenaan adalah :

1.  Seorang merencanakan atau merancang tugas penting petang ini untuk dilaksanakan pada hari esoknya.
2.  Seorang lagi merancang tugasnya pada hari yang sama sebelum masuk kerja.






Kesimpulan:
Memang terdapat perbezaan antara mereka tetapi apa yang sama adalah mereka memastikan senarai tugas yang dilaksanakan itu tidak lebih atau kurang dari 5 tugas utama.  Bagi yangbaik perancangan mereka itu menjadi perangsang dan pembakar semangat untuk tugas harian.  Bezanya kita yang kurang berjaya ini kadang-kadang terbabas dari membuat perancangan dan melaksanakan perancangan tugas tersebut.  Namun usaha harus ada untuk melakukan yang terbaik dan tidak membiarkan hari-hari yang dilalui kosong tanpa perancangan.


'suka duka pentas dunia'

5 September 2012

Rasa macam tak nak balik

As salam


Hidup ini memang subjektif.  Setiap hari ada saja kerja-kerja yang melambak-lambak dan datangnya tiba-tiba di saat akhir nak balik kerja.  Sesekali rasa macam tak yah balik lah... sambung jer siapkan kerja.. esok tak yah nak ganggu kerja lain pulak.  Mana tidaknya kalau tak siap kerja tu hari ini esok dah berganda pula kerja.  Dan... harus ingat dan sedar bahawa kerja yang berganda itu bukan sahaja kerana kerja yang bertangguh tetapi hadirnya di saat komputer dah nak ditutup... dan meja dah pun kemas bersih... harus kah aku???  Yang tinggal atas meja adalah kerja yang tak siap, nampak macam kita tak pandai urus masa pulak.


Namun... harus ingat ada lagi tugas yang menanti di rumah.  Sebagai seorang isteri dan ibu makanya suami dan anak-anak tidak harus diabaikan walaupun ada tugas di pejabat.  Walaupun diri rasa bersalah kerana kerja tidak siap tetapi masa untuk keluarga tidak harus dikorbankan... kesian mereka menanti dirumah mengharapkan secebis perhatian.
 
Kerja tetap kerja... keluarga masih lagi dihati... anak-anakku.... tunggu sat lagi ummi balik.... huhuhuhu

Tips memikat pasangan

As salam


Macam-macam tips memikat yang kita boleh perolehi di mana-mana sahaja.  Boleh dapat daripada blog atau juga goggle jer jumpa la.  Termasuk tips untuk memikat burung dan kucing juga... hahahha

Tetapi awas, tips yangbaik nak bagi di sini  lebih kepada tips untuk menarik perhatian pasangan agar sentiasa sayang dan ingat pada setiap pengorbanan kita.  Bukan bermaksud untuk menjadi 'ratu kawalan' atau queen qontrol tetapi untuk mengeratkan lagi perhubungan dan mengekalkan perhubungan yang sedia terjalin ini.


1.  Berikan perhatian
Sentiasa memberikan perhatian atas setiap perbualan dan sebarang bentuk komunikasi.  Pastikan kita tidak mengabaikan apa yang dibicarakan walaupun sepatah ayat.  Kerana kemungkinan dengan sepatah ayat itu walaupun seperti tidak bermakna kepada kita tetapi mempunyai makna yang mendalam bagi pasangan kita.
 
 
 

2.  Senyum dan Sabar
Senyum kepada pasangan kita walaupun kita sebenarnya dalam kesukaran.  Sebenarnya senyum itu walaupun pahit sebenarnya menjadi ubat dan penawar bagi setiap kesukaran kita.  Semoga pasangan kita mengerti walaupun kita sebenarnya dalam kesukaran tetapi kita masih mampu membahagiakan dia.



3.  Jangan ambil hati sangat
Janganlah ambil hati sangat terhadap apa yang dikatakan oleh pasangan kita.  Memang pada masa itu kita sungguh terasa hati tetapi percayalah lama-kelamaan sebenarnya hal itu tidaklah menjadi isu.  Sebaliknya kita yang perlu bersabar.  Kerana ada kemungkinan pada masa-masa tertentu kita juga ada sebut sesuatu yang menyakitkan hati pasangan kita.


Rasanya cukuplah dulu 3 tips yang diberikan.  Yangbaik bukanlah pakar motivasi tetapi yang ditulis ini adalah berdasarkan pengalaman dan pengetahuan cetek yang tidak seberapa ini.  Semoga tip ini mampu memberikan kebaikan dan andanya tidak baik jadikan sempadan.

Sekian.

sekadar mencelah bila nuffnang tarik status glitterati

As salam
 
 
Hari ini, baru masuk hari ke-5 yangbaik tak update blog dan baru nak update, kira baru empat hari lah yer.  Bukan malas nak update atau tak ade cerita, tetapi disebabkan banyak sangat cerita sampai tak tau mana satu nak buat cerita kat blog nih... sudahnya langsung hilang cerita melayang-layang macam layang-layang putus tali.
 
Al kisahnya, walaupun empat hari tak update blog tetapi selalu juga singgah kat nuffnang tinjau perkembangan status dan apa-apa yang ditawarkan.  Seperti satu kejutan juga, 2 hari lepas ada rakan blogger buat post pasal status glittterati nya yang tiba-tiba dah hilang. 
 
 
 
 
 
Jadi semalam (4/9) yangbaik pergi le ke Nuffnang dan eh.... status glitterati dah hilang juga.  Malas betul nak layan ... lantaklah.  Tetapi yangbaik tau NUffnang bukanlah dengan sengaja menarik status glitterati tu kan... mungkin jga sebab diaorang sedang update status kot... dan inilah hasilnya, hari ini status glitterati yangbaik telah dikembalikan.  Terima kasih nuffnang.  Cuma nak tahu dalam tempoh kehilangan status glitterati tu ada ganti rugi tak.. macam ada rugi banyak la pulak... memang tak nampak tapi kesannya mungkin ada kan.... mana tau dikemudian hari.
 
Tiba-tiba la pulak blogger yang tak hengat ni nak menceceh pasal glitterati... apa hal nko... sihat?  yangbaik sihat jer... sebab tu masih boleh menceceh kat sini... bila tiba masa dok dalam labour room ni... tak dapatlah nak update kan... sementara masih ada masa ni... menceceh jer dulu.
 
Sekian dulu untuk hari ini... kalau ada sumur di ladang boleh saya membasuh kaki, kalau ada umur yang panjang boleh saya update lagi...
 
'suka duka pentas dunia'