Pageviews

05 Julai 2012

Iklan Kemasukan ke UiTM bagi Sesi Pengajian 2012/2013

As salam,




Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk mengikuti Program di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

● Pemohon dikehendaki melayari http://online.uitm.edu.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut, sebelum membuat permohonan.

 ● Pemohon dikehendaki membeli no. slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 2 Julai 2012 (Isnin) dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/Mesin ATM/MyBSN/SMS Banking.  (no. slip yang dibeli sebelum 2 Julai 2012 adalah TIDAK SAH untuk permohonan ini).

 ● Sila nyatakan Peringkat Program (DIPLOMA & ASASI UNDANG-UNDANG/PENERAPAN/ PROFESIONAL) seperti di dalam jadual semasa pembelian no. Slip di BSN. Sila pastikan peringkat program yang betul pada slip yang dibeli sebelum  meninggalkan kaunter. Sebarang kesilapan pembelian no. slip, tiada pemulangan bayaran.

 ● Permohonan melalui http://online.uitm.edu.my/ bermula 2 Julai 2012 (Isnin).

 ● Tarikh tutup permohonan online pada 26 Ogos 2012 (Ahad).


NOTA:

● Bagi program e-PJJ dan Pengajian Luar Kampus UiTM selain dari di atas sila layari laman web http://ined.uitm.edu.my
● Bagi program pengajian Pasca Siswazah (Sarjana dan PhD) sila layari laman web http://ipsis.uitm.edu.my

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jadi dengan ini juga kepada adik-adik yang tidak terpilih dalam permohonan lepas boleh lah membuat permohonan semula.  Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Selamat maju jaya.


^-^

2 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.