FOLLOWER

30 April 2012

Wajah baru idea lama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sukarnya mendapatkan idea
Tidak pula sesukar mendapatkan mood
Bila idea ada mood pula kedaung
Maka jadilah blog ini blog yang syok sendiri


(^_^)

26 April 2012

bukan pura-pura atau kura-kura

Assalamualaikum


Masih lagi berkisar kehidupan seharian yang mana mood nak menulis masih belum timbul.  Namun masih ada hati nak bercerita.

24 April 2012

Tahukah anda apa yang terbuku di hati ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Tahukah anda apa yang terbuku di hati ini?
Tidak tahu kan?
Memang tidak tahu
Sebab belum lagi diceritakan
apa nak diceritakan
andai tuan punya blog belum ada hati nak bercerita




orang kata tak baik buat ayat tergantung
tambahan buat pembaca tertunggu-tunggu
tapi ...
siapa yang baca blog tak seberapa adanya ini





jadilah
apa yang terbuku di hati ini
sebenarnya adalah.............










bagaimana nak dapatkan mood baru untuk lebih bersemangat berceloteh di sini tanpa rasa jemu dan tanpa rasa bosan...


20 April 2012

Berubah wajah berubah segalanya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

gambar hiasan, sumber: google.com

Dah banyak hari tak online dengan blog nih, apatah lagi ngan facebook atau twitter.  hari ini buka jer blog konon-konon nak update.... alamak dah berubah pulak wajahnya...

buat masa ni bukan sahaja blog yang berubah wajah malahan masa update juga turut berubah mengikut angin dan kerajinan puan punya blog... maklumlah banyak sangat kedaungnya....

pulangkan.....pulangkan.....
mood yang hilang...

16 April 2012

Indahnya kehidupan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Rasanya masih belum sempat lagi blog ini bersawang cuma baru berhabuk jer.. hikhikhik

Kehidupan ini memang indah.. mengapa indah?  Kerana setiap kehidupan ini adalah ciptaan Allah Yang Maha Bijaksana.

apa juga ujian yang tiba adalah berbaloi dengan keadaan hidup kita dan kemampuan kita

hari ini, ketika keadaan kesihatan yang tidak berapa baik dalam sedar atau tidak keadaan sekeliling kita aman dan tiada desakan yang sangat berat

dalam keadaan ini... atau dalam mana-mana keadaan sekalipun sentiasalah bersyukur dengan nikmat yang diterima.

Sekian adanya


12 April 2012

Pengalaman blogger ketika hamil

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Pengalaman.  Bercerita mengenai pengalaman memang suatu yang agak klise kerana setiap orang mempunyai pengalaman hamil yang berbeza.  Termasuk juga blogger.

Bukan niat nak kata semua blogger bila hamil akan jadi malas update blog tetapi ia sedikit sebanyak ada kaitan dengan alahan atau pembawa budak.  Bukan sekadar alasan tetapi harus diakui.  Walaupun tidak semua blogger itu malas update blog dan tak kurang juga yang rajin sangat update blog.

Sesaja nak berkongsi pengalaman yangbaik ketika hamil dan ketika berhadapan dengan blog yang bersawang.  Blog ini pada awalnya ditubuhkan ketika hamil anak pertama di trisemester terakhir.  Ketika itu tidaklah aktif sangat sampai 2 hingga 3 bulan tak buat apa-apa.  Sehinggalah lepas bersalin baru saja nak berjinak-jinak semula dengan blog dah hamil anak ke-2.  Perasaan malasnya nak hadap blog tak tau nak katalah...sampai blog bersawang lagi... sehinggalah habis pantang anak kedua... baru bergiat aktif semula dengan blog.  Ketika dalam keadaan biasa, update blog akan jadi seperti satu kemestian dan kegilaan sehinggakan dirasa hari itu tidak lengkap jika tidak update blog.  Dan setelah 4 tahun berlalu... hamil pula anak ke-3, perasaan malas dan muak itu datang kembali... bukan sahaja malas malahan nak buka blog pun tak de minat. Yang seronoknya semasa dalam pantang masih sempat pula update blog...

Kini... perasaan malas, muak dan mual itu datang semula ketika hamil anak ke-4.  Memang menghairankan kerana rata-rata blogger yang rajin update blog ketika hamil.  Tetapi yangbaik tak berapa nak boleh.  Maklumlah siang kerja... memang tak sempat nak update blog.  Malam pula asyik tidur awal, kalau tidak pagi esok kesiangan lah jawabnya.... memang tak boleh layan blog.  Ketika hari cuti pula, siangnya dok asyik cari idea nak sedapkan mulut yang dok asyik meloya jer...tengok netbook pun tak selera.  Kini, setelah beberapa hari digagahkan juga semangat nak membebel kat sini.

Sekianlah dulu... cari idea lain pula.

7 April 2012

SEMINAR PERANCANGAN CUKAI & e-FILING 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Tahukah anda?


Bil.
Jenis Perbelanjaan/Bayaran Layak Potongan Cukai Individu
1
Perbelanjaan Perubatan Ibu Bapa
2
Peralatan Sokongan Asas untuk Orang Kurang Upaya seperti kerusi roda dsbgnya. (Sendiri/Pasangan/Ibubapa/Anak-anak)
3
Yuran Pendidikan (Sendiri) dari peringkat diploma sehingga selanjutnya.
4
Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati seperti kanser, leukemia dsbgnya. (Sendiri/Pasangan/Anak-anak)
5
Pemeriksaan perubatan penuh (Full medical check-up) (Sendiri/Pasangan/Anak-anak)
6
Pembelian buku, majalah, jurnal dan penerbitan
7
Pembelian komputer peribadi 
8
Tabungan bersih dalam skim SSPN
9
Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan seperti bola, raket dsbgnya.
10
Yuran langganan Jalur Lebar (Broadband)
11
Faedah pembelian rumah. Potongan cukai terhad kepada RM10,000 setiap tahun asas bagi 3 tahun taksiran berturut-turut bermula dari tarikh faedah mula dibayar.
Syarat kelayakan:
(i) pemastautin warganegara Malaysia;
(ii) pembelian rumah kediaman terhad kepada satu unit sahaja;
(iii) perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010; dan
(iv) rumah kediaman tersebut tidak disewakan.

*Untuk pembayaran bersama, potongan cukai boleh dituntut oleh setiap pembayar bergantung kepada jumlah faedah yang telah dibayar.
12
Insuran nyawa dan KWSP (Sendiri/Pasangan)
13
Insurans pendidikan dan perubatan (Sendiri/Pasangan/Anak-anak)
14
Zakat
15
Derma/Hadiah (Sumbangan Wang atau Barang yang dibenarkan sebagai potongan cukai)

(sila klik pada gambar untuk lebih jelas)

seminar perancangan cukai dan e-filing 2011

Tarikh:  14 April 2012
Tempat:  Dewan Kuliah Al-Khawarizmi
Yuran penyertaan:  RM15.00 seorang


5 April 2012

Pengalaman pertama hamil anak ke empat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Sedar tak sedar, dalam meniti kehidupan bertahun-tahun lamanya kini berpengalaman hamil anak ke empat.  Memang tak sangka rezeki dari Allah setelah hampir 11 tahun menunggu kini dah sampai ke empat (Insya Allah).

Memang mengejutkan dan tidak sangka sama sekali terutama kerana peringkat umur yang agak berusia.  Semasa ke klinik ibu dan anak untuk membuat buku 'pink' telah ditegur oleh doktor.  Antara lain anak yang terdahulu belum lagi mencecah 2 tahun dan umur sekarang juga tidak sesuai. 

Hmmm... malas nak bersoal jawab dengan doktor, kerana doktor menjalankan tugasnya sebagai doktor untuk memberi nasihat mengikut kepakaran dan pengetahuannya.  Dan kita... sebagai pesakit terimalah seadanya nasihat yang diberikan.  Walaupun dalam hati terpendam bahawa soal ajal maut dan rezeki itu urusan Allah.

Hairan juga dengan kecanggihan peralatan perubatan zaman sekarang doktor masih lagi bimbangkan kesihatan ibu yang berusia lebih 35 tahun.  Adakah kecanggihan perubatan sekarang tidak mampu menandingi keadaan atau akibat yang ditanggung oleh ibu hamil?  Persoalan ini memang sukar dijawab. 

Namun sebagai ibu zaman moden yang penuh dengan pencemaran dan cabaran kerja serta gaya hidup dan pemakanan, kita seharusnya akur dengan nasihat yang diberikan.

Sekian.

Lama tak bersiaran teringin juga Toshiba Ultrabook

Assalamualaikum dan selamat selamat sejahtera

 

sumber:  google.com

Agak lama juga tidak bersiaran bukan sahaja blog yang tidak dikemaskini malahan jengok dan jalan-jalan blog juga tidak dilaksanakan.  Mood dah kedaung....

Tetiba hari ini teringat pula nak berbloging.
Belek punya belek... terjumpa pula rakan blogger dok asyik bercerita pasal ultrabook... eh yangbaik dah ketinggalan rupanya...

apa pun yangbaik memang nak juga ultrabook.. tapi macam mana caranya... kena beli la kan mana ada orang nak bagi free melainkan kalau masuk peraduan mana-mana blog yang tawarkan ultrabook.

huish... mengidam makan mangga tak per lagi... kalau mengidam ultrabook jenuh la cik abang nak cari... bukan boleh dapat seringgit dua..

oh! ultrabook...

1 April 2012

Teguran dan nama baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


sekadar berkongsi... semoga bermanfaat

Barangsiapa menasihati saudaranya secara rahasia, maka ia telah menasihatinya dan menghiasinya. Dan barangsiapa yang menasihati saudaranya secara terang-terangan (di hadapan orang banyak), maka ia telah mencemarkan nama baiknya dan mengkhianatinya.


(Imam asy-Syafi'i)