Pageviews

25 Februari 2012

Tulis macam ni faham macam tu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Sejak kebelakangan ini suka sangat tengok dan jalan2 di blog kawan blogger yang berkogsi cerita mengenai kisah perkahwinan walaupun bukan kisah perkahwinan mereka.

Antaranya kisah perkahwinan artis muda , Lisa Surihani dengan Yusri KRU dan tidak ketinggalan juga yang terkini perkahwinan Ana Raffali.  Selamat pengantin baru, semoga perkahwinan mereka berkekalan bahagia hingga akhir hayat.  Cabaran dan dugaan dalam alam perkahwinan tetap ada walau kepada siapa pun, hanya mereka yang alaminya saja mampu mengatasi dan memahaminya.

Kadang-kadang mereka tulis begitu tetapi kita yang bacanya faham begini.  Memang tak sama, mungkin kerana cara pemikiran dan penerimaan kita mengenai penulisan itu berbeza.  Tetapi bukanlah satu masalah besar sekiranya pemahaman itu tidak lari dari niat asal penulisnya.

Dalam masa sama, entah mengapa beberapa entri yang tertera di blog yangbaik mungkin telah disalah tafsir.  Tidak dinafikan mungkin juga kesilapan yangbaik kerana menulis begini lalu menimbul kefahaman begitu kepada mereka yang membacanya. 

Sekadar berkongsi rasa suka duka kehidupan di pentas dunia yang kadang-kadang penuh dengan pilih kasih.  Biarpun tidak semua tetapi sebagai manusia normal kita tidak lari dari bermacam-macam perasaan.  Cuma mungkin juga luahan perasaan itu menimbulkan rasa tidak puas hati. 

Yangbaik tidak mengenali anda, begitu juga anda yang membaca tidak mengenali yangbaik sepenuhnya. Jika anda mengenali yangbaik... itulah adalah tidak adil sekiranya komen anda tidak pula menggambarkan siapa diri anda sebenarnya....

Sungguh diakui ini blog aye (yangbaik), jadi terpulang kepada yangbaik untuk menulis apa tetapi masih lagi ada batasnya.  Justeru yangbaik mohon maaf andai apa yang tertulis menimbulkan kemarahan atau kebencian banyak pihak yang membacanya.

Sekian adanya.

1 ulasan:

  1. Salam. Saya mohon maaf jikalau komen-komen saya telah menyinggung penulis. Saya hanya singgah di blog penulis kerana tugas yg diberi. Memberi komen yang mungkin mengundang "kehangatan" barangkali dapat mendatangkan ilham untuk menulis dari perspektif yang berbeza.

    Maklum, saya kenal siapa anda.:)

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.