Pageviews

07 Februari 2012

Rezeki dan nasib yang berbeza

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Sekadar berkongsi rasa berkenaan rezeki nasib manusia.  Kita sering merasakan diri kita ini malang. Bukan tidak bersyukur dengan rezeki yang ada tetapi begitulah hakikatnya bila kita tidak berjumpa dengan orang lain yang bernasib kurang baik dari kita.

Luahan rasa dalam blog ini sekadar ingin menyatakan rasa simpati pada nasib seseorang.  Bagaimana beliau mampu mengharungi hidup dengan ujian yang kita tidak pernah rasa.  Benar! Allah menurunkan ujian ke atas hambanya mengikut kadar kemampuan.

Begitulah kita sebagai manusia sesekali menyimpan rasa simpati kepada orang lain kelak mendatangkan keinsafan kepada kita betapa nikmat yang kita perolehi.  Semoga kita sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diterima seterusnya berusaha untuk menjadi hambaNya yang terbaik di muka bumi ini.

Kita sering rasa terluka dan kecewa dengan sikap orang lain kepada kita.  Tetapi jangan lupa masih ada ramai lagi insan lain yang menyayangi dan menghormati kita.  Bukan minta disayang atau dihormati tetapi cukuplah sekadar kehadiran di muka bumi ini disedari dan dipeduli.

Semoga setiap dari kita dikurniakan ketabahan dan kesabaran mengharungi ujian dunia demi mendapat ganjaran di akhirat.

.

1 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.