Pageviews

06 Januari 2012

Bukan salah fesyen

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



(walla... baru semalam keluar gambar nih... hari ini keluar semula.  sebab dikeluarkan semula adalah kerana pada gambar ni tertera perkataan fesyen)
update: gambar sebelah telah ditukar bagi mengelakkan kecelaruan atau salah anggap mengenai kaitan antara gambar dan cerita.  Walau apapun gambar di atas sekadar hiasan dan tiada kaitan dengan isi cerita.
 
Memang terasa terpanggil (entah sapa yang panggil tak tau ler) untuk menulis mengenai fesyen.  Sayangnya Yangbaik bukanlah penulis atau kolumnis fesyen di mana-mana majalah kerana tulisan Yangbaik tidaklah sebagus mana pun.  Nak menulis tentang fesyen sedangkan Yangbaik sendiri tidak pandai berfesyen tetapi minat terhadap fesyen tetap ada terutama fesyen muslimah.

Sejak dua menjak (ayat apa nie) ni fesyen muslimah dah jadi seperti satu keperluan dalam mana-mana majalah fesyen sehinggakan kita sebagai pembaca kadang keliru adakah ianya benar-benar muslimah atau sekadar perniagaan yang bertopengkan muslimah tetapi penghayatan muslimah tidak sejati.  Ini adalah kerana rata-rata pengeluar fesyen lebih mementing keuntungan dan mengambil kesempatan di atas lonjakan fesyen muslimah dan mula mencipta trend sendiri sehingga mengadaikan keperluan dan kehendak Muslimah. 

Fesyen muslimah sendiri yang diberi nama menjadikan wanita muslimah sebagai perangkap untuk melariskan jualan.  Sebagai muslimah pula, tidak seharusnya terpengaruh secara total terhadap longgokan fesyen muslimah.  Tidak dinafikan terdapat fesyen muslimah yang benar-benar diperjuangkan untuk wanita muslimah.  Oleh kerana dengan adanya lambakan fesyen muslimah tiruan yang berleluasa di pasaran maka secara tidak langsung fesyen muslimah sejati tidak berapa menonjol sebaliknya kelihatan seperti melukut di tepi gantang.

Wanita terutamanya yang muslimah seharusnya bijak dalam menilai fesyen yang terdapat di pasaran.  Keperluan berfesyen itu seharusnya disulami dengan kehendak syariah dan kehidupan beragama bukan semata-mata kerana keinginan untuk menunjuk-nunjuk.

Semoga fesyen muslimah tidak disalah ertikan.  Berilah maksud yang betul ke atas fesyen muslimah, bukan semata-mata mencari untung dunia sehingga mengabaikan keperluan 'di sana'.

Sekian.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.