Pageviews

22 Disember 2011

Buat baik biar berpada

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Petang tadi atau lebih tepat lewat petang Yangbaik menerima satu pesanan yang rasanya amat mengejutkan dan menghilang segala mood dan perasaan.  Namun sejurus itu Yangbaik terfikir pesanan itu memberi maksud bahawa ada orang yang telah dan mahu berbuat baik serta menolong meringankan tugas di ofis yang berkaitan. 

Seketika Yangbaik merasakan walaupun ia membawa maksud yang baik tetapi kenapa susah untuk diterima kebaikan itu.  Adakah kerana kebaikan itu turut mendatangkan kesusahan? Di mana Yangbaik terpaksa dalam masa yang sama memikirkan kaedah untuk menerima kebaikan itu dengan hati yang terbuka dalam masa yang sukar diramal dan sukar ditentukan kesudahannnya.

Bukanlah bermakna kebaikan itu tidak boleh diterima.  Tetapi ia mengingatkan kepada pepatah lama "Buat Baik Biar Berpada, Buat Jahat Jangan Sekali".  Sungguh tiada kejahatan disebalik kebaikan itu kerana sudah tentu niatnya baik untuk membantu tetapi sukar diterima kerana sebabnya sukar nak digambarkan di sini dan biarlah gambaran itu bersemadi dalam jiwa ini.  Bukan dipendam tetapi untuk dijadikan iktibar.

Kesudahannya tunggu dan lihat apa yang bakal terjadi adakah ia akan menjejaskan prestasi dan reputasi di mata bos atau bisa menerobos dan menjarakkan jalinan persahabatan yang selama ini terjalin.  Sukar dipercayai dan diramal apa yang bakal terjadi kerana peristiwa ini memang tidak pernah terduga akan terjadi atau bakal terjadi lagi... siapa tahu. 

Semoga segalanya berjalan dengan baik dan tiada hati yang terguris luka...  Luka di jari nampak darahnya, luka di hati tak siapa mengerti.

Sekian.


*

1 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.