Pageviews

18 November 2011

Yangbaik dan cermin mata

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


sumber gambar:  google.com
Tersebutlah alkisah, Yangbaik pernah juga suatu ketika dahulu ketika tingkatan 4 sebenarnya mula memakai cermin mata.  Ada terasa macam budak cerdik pandai pulak.  Yelah biasanya bila pakai cermin mata dikaitkan denga budak pandai sebab rajin baca buku.  Nak kata Yangbaik ni pandai tidaklah sepandai mana pun dan tidaklah sepandai tupai melompat juga...

Sejarah Yangbaik mula pakai cermin mata bermula kerana sering diserang sakit kepala.  Setelah berjumpa doktor dan atas nasihat doktor juga Yangbaik mula memakai cermin mata. 

Namun tidak lama, setelah tamat SPM Yangbaik mula berhenti memakai cermin mata. Rimas lah... nak pakai contact lens tak pandai, lagi pun masa tu mana ada sangat kat pasaran, kalau ada pun mahal-mahal.



bukan gambaran sebenar.  Sumber gambar dari Google.com
Sekarang ni, umur dah semakin meningkat... penyakit lama ... sakit kepala menyerang lagi. Dah tak lalu nak makan Ponstan (ubat tahan sakit), Panadol pun dah tak berapa nak jalan... So teringatlah la pulak saranan doktor dulu... maka Yangbaik pun buatlah pemeriksaan mata.  Memang tepatlah, mata dah 'season' rabun pun mula menjengah, manakan tidak asyik buat report dan menghadap komputer, tambahan lagi dok buat blog pulak...

Maka kembalilah memakai cermin mata ....

Eh... ada petua tradisional untuk merawat mata... Ada sesiapa nak kongsi pengalaman kat sini... Sila!

%^%

.

2 ulasan:

  1. nak kongsi xde pengalaman n xpakai cermin mata. bila umur makin meningkat, performance mata pulak menurun, susah nak elak.

    BalasPadam
  2. dni dah kena rabun jauh... skang nak tengok jauh2 kena sepetkan mata kalo xpakai spek :D

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.