Pageviews

03 Oktober 2011

Promosi perkara yang baik-baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Promosi?  Keluar lagi ayat ni.  Ha! untuk pelajar jurusan pemasaran eloklah belajar bagaimana nak 'promote' berita dan perkara yang baik-baik.  Contohnya kejayaan pelajar miskin sehingga berjaya menggenggam segulung ijazah, atau juga berkenaan kecekalan hati wanita dalam mendidik anaknya hingga berjaya, atau keberanian wanita dalam mengharungi dugaan hidup, atau kekuatan semangat remaja menepis segala tohmahan masyarakat. 

Jangan pula diberikan promosi berkaitan kegiatan tidak bermaruah,  selidik di sebalik kejadian itu... dan kupaslah sebaik-baiknya.

Tetapi pemasaran tu biasanya untuk melariskan perniagaan kan?  Macam mana perniagaan nak laris kalau tak promote benda-benda tahyul dan kontorversi... betul jugak kan?  Sudahlah ... itu semua kerana kehendak masyarakat, kalau kita dan jiwa kita kuat untuk berbuat baik, ... promosikan perkara yang baik-baik... bukannya pasal kiamat tahun 2012... kalau itu yang diiklankan setiap hari dan ditonton setiap hari... bersediakah semua menghadapi tahun 2012?  Bukan sahaja kerana kiamat, tetapi kerana gejala dan musibah malapetaka yang bakal berlaku.

Cubalah sekali ... iklankan cerita atau barangan yang mendatangkan kebaikan dan kebahagian serta keindahan hidup... bukan kerana nak menolak hakikat tetapi kita seharusnya memikirkan perkara yang baik-baik agar menjadi kenyataan dan itulah akan jadi doa kita seharian...

Eh eh... sekian lah sekali lagi.

*.*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.