Pageviews

11 Oktober 2011

Bantuan bukan cari susah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Memudahkan urusan orang lain bukan bererti mencari susah.  Memang benar bila kita bantu orang lain, kerja kita akan tergendala tetapi itu bukannya lama sekadar memudahkan kerja orang.  Mana kita tahu dengan memudahkan kerja orang lain, kelak kerja kita juga akan jadi mudah.

Kita harus sedar bahawa bukan semua orang dilahirkan boleh terus berjalan atau boleh makan sendiri.  Perlu bersuap perlu diberi peluang dan tunjuk ajar. 

Namun tidak semua orang juga bila diajar akan cepat memahami atau mudah memahami arahan.  Tambahan pula setiap orang dilahirkan dalam suasana dan latarbelakang keluarga yang berbeza. 

Kita adalah tergolong dalam hamba Allah yang bertuah kerana diberi peluang untuk memilik kefahaman yang tinggi dan kepintaran serta kepandaian dalam memahami sesuatu isu.  Sedar tak kita bahawa ilmu yang kita ada itu hanyalah tidak sampai setitik pun daripada ilmu yang terdapat di lautan luas.  Inikan pula tujuh lautan dari tujuh benua.

Kepintaran dan kepandaian yang kita miliki tidak sama dengan ilmu yang ada pada orang lain.  Hari ini kita bantu dia, ilmu kita akan bertambah lagi dan esok lusa kita pula akan dibantu walau bukan oleh orang itu tetapi orang lain dan dalam bentuk yang berbeza dan tidak sama.

Hidup kita tidak selamanya di situ dan akan sentiasa berubah.  Tidak sekarang esok, ataupun bulan depan ataupun tahun depan ataupun dalam jangkamasa yang kita sendiri tidak terfikir.

Bila memberi bantuan berusahalah sebaik mungkin dan sekuat mungkin seperti mana kepandaian yang kita miliki untuk tidak mengungkit kembali bantuan yang kita berikan.

Ilmu yang kita miliki akan hilang kehebatannya apabila diungkit-ungkit mengenai bantuan yang telah diberikan.

Semoga dalam hidup ini kita sentiasa memberi kemudahan dan bantuan kepada orang lain.  Gunalah kepandaian dan akal yang diberikan Allah untuk jalan kebaikan.  Jangan sentiasa mengharap balasan atau ganjaran dari orang yang kita bantu.  Mungkin dia tidak mampu bantu kita kerana ilmunya tidak sama dengan ilmu kita tetapi kita tidak tahu apa pula ilmu yang dimilikinya atau ilmu yang bakal dimilikinya.

Sekian.

.*.
'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.