Pageviews

05 Jun 2011

Cubit peha kiri peha kanan terasa juga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Cubit peha kanan pulak, peha kiri pun terasa juga sakitnya.  Dalam kita cuba untuk berperi bahasa dan menggunakan bahasa yang baik-baik untuk memberi nasihat atau panduan masih juga ada sebilangan orang yang tidak mengerti.  Jangan pula kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga.

Peha Kanan atau Peha Kiri

Bila ada pepatah yang berbunyi sedemikian, jangan pula ada orang yang tak makan cili turut terasa pedasnya.  Dalam dunia blogger, dunia wartawan, pentas dunia atau dunia artis macam-macam hal boleh berlaku. 

Ada masa kita mungkin terkasar bahasa atau tersilap taip walaupun tujuan kita ada sekadar untuk memberi pandangan atau pendapat tetapi ada pulak orang lain yang tidak suka dengan cara kita.  Seolah-olahnya macam kita pula yang terhegeh-hegeh menadah tangan cari publisiti murahan. 

Ini adalah kerana apa yang kita tulis itu walaupun untuk tujuan murni iaitu membaiki kesilapan supaya tidak berulang, tetapi telah disalah ertikan oleh orang yang ditegur.

sumber gambar:  google.com

Atau mungkin juga kerana cara kita menegur tak kena.  Akibatnya dah kena sumpah seranah dan dimaki hamunnya semua orang walaupun bukan semua orang yang memberi teguran. 

Itulah maksudnya...

Sekian.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.