Pageviews

15 Mei 2011

Susah sangat ke nak mengalah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Dalam kehidupan ini kita tak selamanya boleh dan tak selamanya juga kita mampu hidup sendirian.  Walau sekuat mana atau sehebat manapun kita, adakalanya kita memerlukan khidmat dan bantuan orang lain. 

Tetapi bila kita rasa kita adalah orang yang hebat dan kuat mengatasi segala-galanya atau bila kita rasa kita mampu berhadapan dengan sebarang kemungkinan ia akan menjadikan kita seperti orang yang sombong.  Peraturan dibuat sebagai panduan dan sempadan untuk kita menghadapi sesuatu situasi.

Betul! Melanggar peraturan adalah satu kesalahan, namun tidak menjadi kesalahan sekiranya kita mengalah sedikit untuk memberi kemudahan dan melepaskan kesusahan orang lain.  Kita telah ikut peraturan dan garis masa yang ditetapkan, tetapi orang lain tidak dapat mengikutnya mungkin kerana sebab-sebab tertentu yang diluar kawalan.

Kita harus sedar dan harus juga memahami situasi orang lain.  Di situ kalau berkorban sedikit waktu dan tenaga untuk melepaskan kesusahan orang bukankah satu kemenangan buat kita.  Ya! mungkin juga ada orang akan mengatakan kalau kita tidak ikut peraturan dan garis masa yang ditetapkan kita akan menjadikan orang itu 'naik lemak' dan sukar dikawal.  Tetapi tahukah kita apa yang kita rasa bila kita berada di situasi itu.

Memang! kalau nak bercerita bab berkorban masa dan tenaga, tak semua orang suka.  Kita lebih suka bercerita tentang kesusahan kita tanpa mengambil peduli akan hati dan perasaan orang yang dalam kesusahan.

Agak sukar untuk ditafsirkan bagaimana untuk diceritakan pun agak sukar kerana manusia ini corak pemikiran dan gaya berfikir berbeza.  Tak semestinya orang yang pandai bercakap, lantang bersuara itu punyai naluri ingin membantu yang ikhlas untuk kebaikan orang. Dan !... tak semua juga orang yang tak pandai cakap itu tak punya perasaan. 

Renung-renungkan.  Kita mungkin akan berasa selesa dengan cara kita dan apa yang kita ada sekarang.  Namun kita juga perlu ingat bahawa suatu masa kita akan memerlukan bantuan orang lain juga.  Tidak semestinya orang yang kita bantu itu yang datang menolong dan tidak semestinya juga orang yang kita tidak bantu itu akan membantu kita.

Serius catatan ini kerana hati rasa kurang selesa dengan penilaian dan pendapat orang lain tentang memberi kesenangan untuk memudahkan idup orang lain.

Sekian.

8 ulasan:

  1. bertolak ansur adalah cara terbaik :)

    BalasPadam
  2. SalaM...

    BiaSaLaH ManuSia.. SeMua PuN Nak MeNaNG... (-_-)

    BalasPadam
  3. to ezan,

    betul setuju... tetapi adakalanya bila kita banyak sangat bertolak ansur akan membuatkan kita rasa tidak selesa dengan pandangan orang lain yang tidak mahua atau kurang bertolak ansur.

    BalasPadam
  4. to sis nad,

    ini memang bukan kisah perlumbaan siapa nak menang atau kalah, tetapi tetap juga ada orang yang nak menang sendirian...

    BalasPadam
  5. If you are wrong, just apologise and admit, so much easier than trying to get out.

    BalasPadam
  6. hidup nih seperti berperang
    kena ada pelbagai strategi
    adakala kita kena bertolak ansur
    ada kala kita kena berkeras
    ada kala kita kena berlembut

    pandai2 lah mencorakkannya :-)

    Blog Rollo De Pelicula

    BalasPadam
  7. to hans,

    itulah pentas kehidupan yang penuh dengan kepelbagaian ragam dan mehnah...

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.