Pageviews

27 Mei 2011

Bukan Hadis Nabi S.A.W

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Baca tulisan berikut:  Sabda Rasulullah SAW "Dunia ini ibarat bangkai. Hanya anjing sahaja yang akan merebut bangkai."

Tolong ingat bahawa tulisan di atas bukanlah hadis Nabi S.A.W seperti yang biasa kita pernah baca atau kita dengar.

Baca pula ulasan berikut, mengapa ia bukan hadis Nabi S.A.W:

1. Sebenarnya ia bukan hadis Nabi saw.  Ertinya Nabi tidak pernah mengatakan perkataan yang sedemikian bentuknya.

2. Menurut Syeikh Nasiruddin al-Albani : Mengkatagorikan ia sebagai hadis Maudhu’ (palsu)
  • Syeikh Nasiruddin al-Albani (1914-1999) adalah termasuk pakar hadis kontemporari, lahir di Albania, fokus kajian beliau kepada bidang hadis sejak berumur 20 tahun.
  • Bermazhab Hanafi. 
  • Beliau adalah antara pakar rujuk hadis bagi negara Arab Saudi, Madinah, Damsyik, Mesir, Syria, India  (dilantik sebagai Ketua Masyaih hadis Universiti al-Salafiyyah) dan dunia Islam seluruhnya.
  • Bidang pengkhususan beliau ialah mentahqiq hadis (membuat kajian sama ada hadis-hadis Nabi yang digunakan oleh umat Islam benar-benar sahih atau tidak)
3. Diharap kita tidak mengambil hadis ini sebagai rujukan.

Wallahualam.
Sumber:  Ustaz Hj Supani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.