Pageviews

26 April 2011

Kumpul dan hafal ilmu | Ada tips menghafal juga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Kita biasa suatu masa dulu ketika zaman sekolah terutama ketika sekolah rendah... kena hafal sifir dulu dipanggil kali atau darab... dari no. 1 hingga no. 12... dan mungkin sekarang juga kita masih juga menghafal tentang sesuatu... yang penting bukan sahaja hafal untuk mengingat tetapi kita juga perlu faham apa yang kita hafal supaya lebih mudah lagi untuk kita mengingat semula... okeh kan?

Di sini juga aye nak kongsikan tentang kaedah untuk menghafal... sebelum tu nak kongsi juga semasa sekolah dulu aye pernah diceritakan ... bahawa budak lelaki kalau nak menghafal quran terutama yang sekolah ugama (SAR atau SMA) tak boleh tengok tumit wanita... so...

Back to the tips tadi, tips ini sebenarnya aye dapat semasa menonton TV9 berkenaan flashback di sebalik kisah pemenang Akademik Al-Quran (AQ) musim pertama.... Namanya aye tak ingat pulak... khabarnya sekarang ada kat Jeddah.  Okeh... okeh tips yang diberi untuk memudahkan hafalan dan mengingat adalah dengan memakan kismis.  Bilangan kismis adalah mengikut bilangan hari dalam kalendar Hijrah.  Contohnya, pada 1hb Rejab makan 1 biji kismis, 5hb Rejab makan 5 biji kismis... sehingga 15hb Rejab makan 15 biji kismis... dan... mulai 16hbRejab makan 1 biji kismis semula dan begitulah bilangannya hingga tamat bulan Rejab. Dan,, mulakan semula dengan kiraan yang sama untuk bulan berikutnya...

Panjang lebar penerangan kat atas tu... boleh ker...

okeylah apa kata kita layan pulak petikan mutiara kata kat bawah nieh...


Hafalkanlah ilmu yang telah Anda kumpulkan! Karena orang yang mengumpulkan ilmu namun ia tidak menghafalnya, bagaikan seorang laki-laki yang duduk di depan hidangan, lalu ia mengambil hidangan tersebut sesuap demi sesuap, namun ia lemparkan suapan-suapan itu ke belakang punggungnya. Kapankah Anda akan melihatnya kenyang?  (al-A'masy)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.