Pageviews

15 Januari 2011

BEN ASHAARI ! MASIHKAH KAU INGAT ??

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

BEN ASHAARI ! MASIHKAH KAU INGAT??
Persoalan di atas tu tak taulah nak ditujukan kepada Ben atau kepada anda yang membacanya.  Kalau ditujukan kepada Ben, ntah dia ingat atau tidak pada blog picisan yang tidak sepertinya ini.  Kerna blog ini tidaklah sepopular blog jejari runcing yang dikatakan telah mencecah jutaan pengunjung.  Tapi aye ada si jari runcing yang comel di sebelah ... jangan marah...


Berbalik kepada tajuk catatan kali ini.... melalut sekejap tadi.  Ini adalah segmen Sabtu dan Ahad yang ditaja oleh Ben.  Dah banyak segmen aye terlepas, pada asalnya ingat malas lah nak layan segmen ni... tapi bila tengok dan baca syaratnya... tak lah susah mana cuma kena usaha lebih sikit... untuk diri sendiri juga.

Mengimbas kembali saat saat kali pertama berbloging, rasanya pengalaman aye mungkin sama dengan ramai bloger lain.  Buat entry macam syok sendiri.  Memang susah sangat nak dapatkan pengunjung... tapi mana tau ada pengunjung ke tidak?  Ntah2 dalam seminggu tu nak dapatkan pengunjung pun tak seberapa (sampai sekarang pun!)  Tapi aye tak kisah (bukan aiman yer), sebab bagi aye kepuasan berbloging tidak semestinya ramai pengunjung (lepas ni makin kuranglah pengunjung gamaknya).

Aye tak ingat sangat siapa yang jadi pengomen pertama.  Kalau pengikut pertama tu ingat lah... dia ialah DJ-LRC (Lemon Rose Chicken).  Memang teruja sangat2 sebab tak sangka ada juga orang yang suid ikut.  Walaupun aye tak pernah rasa keenakan ayam panggang DJLRC, tapi suatu masa aye akan cuba ke situ... nak beli online tak buleh sebab aye kat Perak, tak buleh tak pos la pulak ayam tu... hehehe.  Terima kasih kepada DJ LRC.

Selain dari itu, blog yang banyak memberi inspirasi kepada aye untuk berblogging adalah Denaihati dan MBP.  Terima kasih kepada mereka dan tak dilupakan juga kepada mie ahmad (mengandung.com), kerana aye mula mengenali dunia bloging adalah semasa mengandung anak pertama pada tahun 2006 dan kerana mencari beberapa maklumat mengenai kandungan dan kehamilan aye terjumpa dengan blog mengandung.com. 

Sehingga sekarang, blog yang banyak memberi inspirasi kepada aye .... tak lain tak bukan.... taraaaaaaaa...
adalah Benashaari.com.  Macam tak percaya kan? Aye yang dikatakan dulu buat blog, tiba2 blog ben pulak yang lebih glamor .... tu lah usaha mau lebih kan..

Banyak sangat mengomel nih... dah lah... si jejari runcing aye nak mandi....

Sekian.

1 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.