Pageviews

04 Disember 2010

Ada apa dengan 401

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali di alam maya,

Setelah sekian lama (walaupun tidaklah sampai berbulan2) tidak ke udara, kini aye kembali semula.  Entah bagaimana nak memulakan cerita tidaklah berapa nak pandai pulak.  Walaupun idea ada namun susunan cerita bagaimana yer nak mulakan?

Ada bermacam-macam siri cerita; siri suka, siri duka, siri benci, siri menyampah, siri sakit hati, siri berangan, siri gembira atau siri merapu. Memang banyak siri dalam kisah kehidupan.

Nak mula dengan siri suka!.  Suka sebab ada kisah ketawa dan gembira jumpa benda-benda dan peristiwa yang memberi kesukaan seperti jumpa kawan2 yang baik hati, anak2 dengar cakap dan tak banyak kerenah.

Siri duka!  Duka sebab penuh dengan air mata, yang mengalir secara tiba2 atau kerana tidak suka dengan sesuatu perkara namun hati dan lidah tidak bisa bicara lantas air mata mengambil peranan itu... menggantikan lidah dan mata...

Siri benci, menyampah dan sakit hati!  sama jer cuma dengan versi yang berbeza yang akhirnya membawa kepada siri duka lantas menggantikan siri suka dan gembira.

Akhirnya membawa kepada berangan dan merapu bagi menzahirkan rasa hati yang sukar digambarkan.

sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.