Pageviews

15 Oktober 2010

Naskah cinta... rindu buat Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pelik sikit tajuk entri kali ini.  Mana tak peliknya sekarang nih bloggers dok sibuk cerita pasal Proton Inspira, kalau tak pun pasal pewangi Hugo Boss yang dimenangi dari contest revamp blog Redmummy.com, tahniah kepada Ariffshah kerana berjaya merebut hati redmummy.com... dan latest pasal bajet 2011. Agak-agaknya apa lah Dato' Najib nak bagi kejutan kat semua rakyat Malaysia yer?  bab pengenalan nih lari tajuk sekejap...

Berbalik kepada tajuk 'Naskah Cinta' adalah judul buku atau koleksi buku sumbangan CITU UiTM Shah Alam kepada peserta Program Ihya' Ramadhan 1431H (2010).  Di dalamnya mengandungi Surah Yaasin & Tahlil dan Al Ma'thurat.  Lambat sangat buat cerita ni kerana 'Naskah Cinta' (berserta sijil penyertaan) ini baru sahaja diterima memandangkan semasa penyampaian cenderahati berkenaan di UiTM Shah Alam aye tak dapat pergi sementelahan cuti panjang seminggu sebelum raya dan seminggu selepas raya (bibik ku lari, tak balik sini dah.... huhhuhu... carik bibik lain plak... sighhhh). Dah balik lepas raya, baru minggu lepas (semasa jamuan Hari Raya) baru teringat.

Antara petikan yang terdapat pada kulit naskah berkenaan amat cantik untuk dihayati bersama.  So layan lah yer... gambarnye nanti aye upload, tak sempat lah...

Petikan 1:
Nabi Muhammad saw berdoa:  Wahai Tuhanku, aku pohon daripadaMu kasihMu, dan kasih mereka yang kasihkanMu, dan aku pohon amalan yang boleh menyampaikanku kepada kasihMu.  Wahai TuhanKu, jadikan kasihMu lebih dicintaiku daripadaku, daripada keluargaku dan daripada air yang dingin.  (Riwayat Al-Tirmizi)

Petikan 2:
Tiadakah mereka berjalan di muka bumi, supaya mereka mempunyai akal (untuk) memikirkan atau telinga untuk mendengar.  Sesungguhnya bukanlah matanya yang buta, tetapi buta hati yang ada didadanya. (Al-Haj: 46)

Sekian untuk kali ini.
*p/s:  gambar tak sempat nak post...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.