Pageviews

14 Mei 2010

Berani kerana Benar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, semoga keberadaan kita di hari yang penuh keberkatan ini membawa jutaan manfaat kepada kehidupan kita dan alam seluruhnya.
Berani kerana benar
anda berani kerana anda benar
adakah anda benar-benar berani
atau hanya kerana anda sangka anda benar
betulkah anda benar
atau hanya sangkaan anda saja

Berani biar bertempat
walau kita benar
kebenaran itu hanya di pihak kita
belum tentu ianya benar dipihak orang lain

Sangkaan kebenaran kita tak semestinya tepat
sebelum memberanikan diri siasat
apa disebaliknya....ambillah masa anda...

Ada orang berani berkata
kerana dia memang pandai berkata
hingga orang lain semuanya salah
walhal apa yang dikata itu tak sama pun dengan apa yang dia buat
Bak kata pepatah "Cakap Tak Serupa Bikin"

~~~~
~~~~~
Sekian

4 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.